Zoo Taiping Tempat Menarik di Perak

Zoo-Taiping

Assalamualaikum. Semua manusia pasti suka akan haiwan. Mereka ada sebab tertentu untuk menyukai makhluk yang baik tersebut. Antara sebab yang menjadi kebiasaan ialah kerana kecomelan haiwan tersebut. Selain itu, ada juga yang menyukai haiwan disebabkan rupa paras haiwan tersebut yang nampak gah. Ada juga yang suka akan haiwan kerana keunikan haiwan tersebut. Tetapi semua itu boleh disimpulkan kerana manusia mempunyai naluri kemanusiaan. Admin kali ini ingin bercerita tentang tempat menarik dengan ciri-ciri yang unik yang penuh dengan haiwan iaitu Zoo Taiping, salah satu tempat menarik di Perak.

Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan. Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies. Antaranya ialah harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, orang utan dan banyak lagi.

Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, siamang, rusa, nilgai dan burung kuak. Selain itu, Zoo Taiping turut memperkenalkan program ‘Malam Safari’ atau ‘Night Safari’ yang memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan telah bermula sejak Mac 2003 lagi.

Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi. Zoo Taiping merupakan zoo awam pertama yang dibuka di Malaysia. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! ZOO TAIPING ADALAH ZOO TERTUA DI MALAYSIA 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Zoo Taiping, Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak.
  • Nombor Telefon : 05 – 808 6577
  • Waktu Operasi : 8 AM – 11 AM
  • Website : Zoo Taiping
  • Facebook : Zoo Taiping
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Zoo Taiping

Waktu Binatang Diberi Makan

Ialah dalam jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Jadi, anda digalakkan untuk datang pada waktu ini, sebab haiwan akan lebih aktif. Kalau anda datang pada masa petang, kebiasaanya binatang seperti singa dan harimau memang akan tidur.

Perkhidmatan Train

Zoo Taiping menyediakan perkhidmatan train yang akan mengelilingi seluruh kawasan . Tambahan, driver train akan berikan sedikit pengenalan untuk sesetengah binatang.

Night Safari Zoo Taiping

Zoo Taiping dibuka waktu malam untuk menjalankan sesi Night Safari. Anda mesti bawa torchlight tetapi berhati-hati kerana ada haiwan yang akan menjadi agresif jika disuluh. Jika anda berjalan sendiri mungkin agak bahaya kalau berdua atau bertiga, lebih ramai mungkin lebih baik dan selamat dan juga tak bosan, sebab jauh juga perjalanan. Untuk air minuman, memang ada dijual di bahagian dalam atau tengah-tengah kawasan lawatan ataupun dihujung sebaik sahaja anda habis lorong untuk kawanan binatang yang dipamerkan. Begitu juga dengan patung patung souvenir.

Jom Saksikan Suasana Gempak di Zoo Taiping

Zoo Taiping

Zoo Taiping Zoo Taiping Zoo Taiping Zoo Taiping

Jom Lihat Review Pengunjung di Zoo Taiping

It is worth visiting this zoo. Some of the animals roam freely like the common crane that would come up to you or display their feathers. The gibbons were very active swinging from tree to tree and chatting with each other. There is a tram for those who cannot walk much that take you around the place with an explanation of each animal. This is the first zoo in Malaysia. Albert, California.

It’s a very decent zoo. I enjoyed myself. Brought my kid and my parents. The tour guide is friendly. I think with limited budget they are maintaining the place quite well. Farah Hazmi

The Taiping Zoo does something rarely done by other Zoos located in Malaysia and elsewhere. While Zoo is open from 8 AM, it also opens at night until 11 PM when they have displays of nocturnal birds and animals. They do so by “simulating moonlight” and this can provide very interesting results and an understanding of these animals/birds which are most active at Night! It is really worthy of a visit and you will definitely be glad that you did! Subramaniam Khirr

Very interesting. Nocturnal animals roaming. Nothing much to as it was drizzling. But the were having fun. Nor Rahadatul

This is one of the main attractions in Taiping. The kids loved it as you can sit on the tram and see all the animals. The added bonus is we don’t have to carry them. We had to wait a while for the tram as it was busy. The price is very reasonable and there is no discriminatory pricing for foreigners. I understand that local residents of Taiping get a small discount which is fair as it is run by the local council. The animals appear to be well looked after although I am no zoologist. Sadly, a tiger was pacing despite having plenty of space. This is the best zoo we have visited in Malaysia. Caroline, California. 

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada pojiegraphy.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Pulau  merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Zoo Taiping, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Zoo Taiping.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleGua Tempurung Tempat Menarik di Perak
Next articlePulau Manukan Tempat Menarik Di Sabah
zoo-taiping-tempat-menarik-di-perakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!