Zoo Negara Tumpuan Pelancong Ke Kuala Lumpur

879

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

zoo negara malaysia di kuala lumpur

Assalamualaikum. Zoo Negara Malaysia yang dibina di atas tanah seluas 110 ekar di Ampang mempunyai lebih 5446 spesimen, termasuklah 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Kepada peminat haiwan boleh datang ke Zoo Negera bagi melihat pelbagai jenis haiwan yang pasti memberi satu pengalaman yang luar biasa. Zoo Negara ini merupakan tempat menarik di Kuala Lumpur. 

Zoo ini diuruskan oleh Persatuan Zoological Malaysia (sebuah badan bukan kerajaan). Zoo ini sedang dalam proses transformasi ke arah konsep zoo terbuka dengan lebih 90 haiwan diletak di dalam ruang pameran dengan landskap yang luas. Anda pasti teruja melihat pelbagai jenis haiwan dengan aksi-aksi tersendiri.

Terdapat lebih daripada 15 kawasan pameran haiwan untuk anda lawati iaitu dari spesies orang utan di dunia monyet, ikan tropika di taman ekologi air tawar pertama negara hinggalah kepada kodok di dunia amfibia. Anda juga boleh melihat secara dekat burung kakak tua di kawasan perlindungan burung dan mengambil gambar anda dengan ular dan kuda kecil berhampiran pintu masuk utama zoo.

Panda gergasi yang dihadiahkan kerajaan Cina juga boleh anda lihat di Zoo Negara ini. Tetapi untuk melihat panda harga tiket berasingan perlu di bayar. Jika anda teringin melihat perlulah korbankan sedikit duit untuk membeli tiket masuk. Jadi, ceriakan hidup anda dan keluarga dengan melawati Zoo Negara bagi melihat keindahan fauna ciptaan Tuhan yang pasti mengagumkan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada semua pembaca.

WOW! PELBAGAI JENIS HAIWAN YANG DAPAT DILIHAT DI ZOO NEGARA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-4108 3422
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 4:30 p.m 
  • Facebook : Zoo Negara
  • Website : www.zoonegaramalaysia.com
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Zoo Negara

Aktiviti Sesuai

Mengembara di Zoo Negara dengan melihat pelbagai jenis haiwan yang hidup disini. Terdapat 17 pameran haiwan yang anda dapat lihat disini. Anda pasti teruja kerana terdapat haiwan yang belum anda lihat dapat dilihat disini. Anda boleh menaiki train yang disediakan untuk mengembara di Zoo Negara.

Pameran Haiwan yang ada

  1. Giant Panda

Anda dapat melihat panda yang dihadiahkan kerajaan China kepada Malaysia. Bagi melihat panda anda dikenakan bayaran yang berbeza.

2. Taman Rama-rama

Anda dapat melihat pelbagai jenis rama-rama disini. Anda dapat mengambil gambar dengan suasana rama-rama berterbangan.

3. Burung Enggang

Terdapat 10 spesis burung enggang yang terdapat di Malaysia. Anda dapat melihat 7 daripada 10 spesis enggang di Zoo Negara.

4. Haiwan Reptilia

Disini anda dapat melihat buaya yang terbesar di dunia, ular yang terpanjang di dunia dan juga kura-kura kedua terbesar di dunia.

5. Gajah

Terdapat 3 ekor gajah iaitu Siti, Simbol dan Teriang. Gajah-gajah ini berasal daripada Negeri Pahang. Gajah-gajah ini sudah tidak lagi membuat persembahan tetapi masih lagi dianggap sebagai superstar di zoo ini.

6. Burung Tasik

300 ekor burung berterbangan di Tasik Tunku Abdul Rahman. Burung-burung seperti Painted storks, ibises, egrets, swans and pelicans telah jadikan dua buah pulau di tengah tasik sebagai rumah mereka. Suasana ini pasti sangat cantik dan memukau pandangan anda.

7. Bird Aviary

Mengumpulkan pelbagai jenis burung dan merupakan salah sebuah yang terbesar di Malaysia. Anda akan terhibur dengan pelbagai siulan daripada jenis burung yang berbeza sepanjang perjalanan anda disini.

8. Kangaroo

Anda dapat melihat kangaroo yang merupakan ikon kepada Australia. Terdapat juga burung terbesar di Australia berkongsi tempat disini.

9. Penguin

Lapan penguin Humboldt datang dari zoo Republik Czech yang sejuk ke hutan hujan tropika Zoo Negara pada 23 Januari 2010 sebagai sebahagian daripada program pembiakan.

10. Dunia Kanak-kanak

Tempat di mana anda boleh membiarkan anak-anak anda berjalan di sekitar tempat itu sambil deria mereka dirangsang. Ia adalah tempat di mana anak anda menghidu rusa, kambing, dan kuda kecil. Luangkan masa belajar 1, 2. 3 dengan mengira arnab atau kura-kura dalam pameran mereka dengan anak anda. Terokai gua mini juga terletak di Dunia Kanak-kanak. Bandingkan saiz gajah dan gigi gajah atau cari warna telur emu.

11. Beruang

Terdapat 8 spesis beruang di dunia. Tiga spesis daripadanya anda dapat  lihat di Zoo Negara.

12. Savannah Walk

Anda akan terbayang seperti berada di Afrika kerana dikelilingi oleh haiwan afrika seperti zirafah, burung unta dan kuda belang.

13. Badak Sumbu

Anda dapat melihat keluarga badak sumbu yang diberi nama Duke, Kibu dan Combie.

14. Mammal Kingdom

Anda dapat melihat haiwan yang berjaga malam seperti leopard cats, slow loris, Malay civet, pumas, leopards, raccoons, striped hyaenas dan Binturong. Anda juga dapat melihat tikus terbesar di dunia di Zoo Negara.

15. Tunku Abdul Rahman Akuarium

Disini anda dapat lihat pelbagai jenis haiwan yang tinggal di dalam air seperti ikan, ketam, udang dan banyak lagi.

16. Cat Walk

Disini anda akan dapat lihat lion king dan the african lion yang diletak secara terbuka di satu kawasan.

17. Ape Centre

Disini anda akan dapat melihat spesis chimpanzees daripada Amerika dan dua jenis orang utan iaitu borneo orang utan dan Sumantran Orang Utan.

Harga Tiket

Rujuk jadual di bawah :

* Harga tiket boleh berubah

Majlis Yang Boleh Dianjurkan

  1. Birtday Party
  2. Majlis Perkahwinan
  3. Family Day

Waktu Pertunjukan

Waktu pertunjukkan dilakukan sebanyak dua kali iaitu 11:00 a.m dan 3:00 p.m. Pada hari Jumaat pertunjukkan petang dijalankan pada 3:30 p.m.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Zoo Negara

Zoo Negara Kuala Lumpur, Malaysia

Jom Lihat Review Pengunjung di Zoo Negara

Great place for family especially for kids. Lots have changed then before. Last time came here previously was about 25 years ago. Brought daughter here for her birthday. She got very excited watching the animal show. Also brought my mom who’s stroke patient and need to ambulate with wheelchair. The zoo staff is very helpful and friendly from the ticketing counter till the tram driver. Had a very good time there. Will come back for sure. Muhammad Syazni.

Lots of animals at one place. An animal show is also organized.Loved the Pandas and Penguins. But humid and hot – visit on a pleasant weather day! Muhammad Ghazanfar Abdullah.

A must-visit if you are a Malaysian. A good-to-visit if you’re a tourist. If for no other reasons than to tick that off your bucket list. Ian Kho.

Great place get together especially for but facilities to be improved during rainy season. Zan M.

Nice place to spend a day with Animals and nature. Panda is the main attraction! santhosh s balachandra.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.jomjalan.com.my dan laman web Zoo Negara kerana memberi maklumat dan gambar yang menarik mengenai Zoo Negara. Maklumat yang diperolehi sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Zoo Negara, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Zoo Negara.

Facebook Comments