

Assalamualaikum. Tengah mencari tempat rekreasi dan bercuti untuk keluarga anda? Anda sudah lihat senarai tempat menarik di Melaka? Kalau sudah, apa kata anda lihat pula satu lagi daya tarikan yang hebat di sini iaitu Zoo Melaka! Ya, bukan sebarangan Zoo kerana disini ada menyediakan pengalaman Night Safari yang pasti mengujakan anda.
Untuk pengenalan, Zoo Melaka ini telah ditubuhkan sejak 1963 di bawah jagaan Kerajaan Negeri Melaka. Kemudian baru-baru ini ia telahpun diswastakan pada awal tahun 2013 di bawah nama baru Zoo Melaka dan Safari Malam.
Zoo Melaka ini merupakan yang kedua terbesar di Malaysia di bawah pengurusan baru Konsortium KKW Sdn Bhd. Ianya membuat perubahan baru dimana konsep terbuka dalam pameran haiwan, mempertingkatkan program pendidikan hidupan liar, program pembiakan haiwan dan pemuliharaan dan menjadikan zoo sebagai kawasan rekreasi yang sebenar.
Safari Night yang sentiasa popular pula dirancang untuk menjadi antara Safari Night yang lebih hebat untuk memberi peluang kepada pelawat melihat dan memerhatikan tingkah laku haiwan pada waktu malam di habitat semulajadi mereka. Di Zoo Melaka & Safari Night ini, pelawat bukan hanya boleh berjalan kaki melalui susunan haiwan, tetapi anda juga boleh melihat pelbagai hidupan liar baru dengan pelbagai program kami yang sesuai dari pra-sekolah hingga pelajar universiti dan syarikat korporat. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan lihat juga senarai Peta Tempat Menarik ini.
Pengalaman Indah di Zoo Melaka dan Safari Night
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Zoo Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka 75450
- Nombor Telefon :Â 06-232 4053
- Waktu Operasi : 9am
- Waktu Operasi Night Safari : Friday & Saturday, eve of Public Holiday and School Holiday from 8.00pm to 11.00pm
- Facebook : Zoo Melaka
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Zoo Melaka & Safari Night
Harga Tiket Masuk dan Menaiki Tram
Untuk pengetahuan semua, harga tiket adalah berbeza mengikut peringkat umur. Untuk dewasa ialah RM17.80 seorang bagi pemegang MyKad dan Rm23.70 tanpa MyKad. Manakala untuk kanak-kanak ialah Rm7.10. Untuk lebih details lihat dibawah.
- Tiket Dewasa : RM17.80 (bawa mykad)
- Tiket Dewasa : RM23.70 (tanpa mykad)
- Tiket Kanak-kanak : RM7.10
- Harga Tram Dewasa : RM5.00
- Harga Tram Kanak-kanak : RM3.00
Untuk group booking, anda boleh email pertanyaan anda kepada [email protected]
Pelbagai Promosi Semasa Mengikut Kalendar
Satu perkara yang menarik disini ialah pihak Zoo Melaka sangat hebat dari segi rangka kerja dan pelaksanaan program mereka. Mereka begitu cakna dengan keadaan semasa dimana banyak program dan “special event” telah dibuat. Antaranya ialah seperti berikut :
Program Lawatan Sambil Belajar dari PraSekolah, Sekolah dan Universiti
Ya, sudah banyak pihak yang telah membuat lawatan sambil belajar ke zoo ini. Apa yang pasti, anda boleh cuba dapatkan harga tertentu jika datang untuk program lawatan secara berkumpulan. Cuba hubungi bahagian [email protected]
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Zoo Melaka & Safari Night
Pengalaman di Zoo Melaka & Night Safari Malaysia
Jom Lihat Review Pengunjung di Zoo melaka & Night Safari
Lawatan saya pada Sabtu lepas dengan keluarga saya dapat melihat ianya adalah seperti zoo besar. Anak-anak saya seronok, dan haiwan keseluruhan 80% adalah dalam keadaan yang baik. Tetapi bahagian haiwan “Lion African” saya lihat berada dalam keadaan pengurusan yang buruk dan ini perlu pihak zoo semua ambil berat tentangnya. Saya bagi markah 70% untuk kebersihan. Selain itu, saya mengharapkan selepas ini akan mempunyai lebih banyak gerai makanan dan minuman di zoo dengan harga yang berpatutan. Adalah lebih baik sekiranya pihak zoo menyediakan peta zoo untuk pengunjung, dan menyediakan lebih banyak staf untuk membimbing pengunjung. Kasturi Jegan Jessy
Pada 13/9/17 saya telah membawa anak-anak ke sana tetapi malangnya banyak kandang yang kosong. Selain itu, haiwan yang ada pula dilihat sekadar terbaring sahaja. Saya terpaksa dukung anak bagi memastikan mereka nampak haiwan-haiwan itu. Selain itu, ada monyet yang terlepas dan dilihat sedang bermain kejar mengejar di kawasan kami berjalan. Anak saya takut sampai menangis kerana monyet ini. Kami mohon pihak zoo tolong ambil perhatian, takut monyet cederakan pengunjung. Namun, anak-anak gembira boleh tengok badak, zirafah dan beri makan gajah. Sharifah Sariff
Haiwan tidak banyak seperti yang dijangka. Ada kandang yang kosong dan haiwan dalam kandang tidak seperti yang dinyatakan di papan informasi. Marhamah Abu Zahar
2/11/2017 saya dan anak saya mengikuti rombongan tabika kemas dari Perak. Ia adalah lawatan sambil belajar di zoo Melaka. Kami datang dari jauh dengan harapan ingin melihat dengan lebih menarik binatang disana. Tapi amat mengecewakan dimana binatang-binatang tidak begitu banyak untuk dilihat. Selain itu, banyak tempat-tempat yang kosong walaupun tempatnya begitu luas haiwan-haiwan bebas seperti monyet, malah ular pun ada. Mungkin kawasan tidak terjaga begitu rapi. Dari segi bayaran memang berpuas hati. Harapan saya agar Zoo Melaka dapat diperbaiki agar lebih menarik lagi untuk menarik para pelancong berkunjung disitu. Norhasimah Nazri
Staf di bahagian hadapan harus di beri tunjuk ajar bagaimana cara untuk berinteraksi dengan sopan kepada pengunjung. Juga minta pihak pentadbiran zoo mengkaji semula larangan membawa makanan dan minuman kedalam zoo. Ini kerana makanan dan minuman didalam zoo adalah lebih mahal. Mungkin bagi keluarga yang tidak ramai tidak terasa dengan harga tersebut. Juga harap pihak zoo lebih prihatin tentang kebersihan tandas. Kandang-kandang binatang juga hendaklah sentiasa di selengara kebersihannya. Erry Nasril
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, pengalaman di Zoo Melaka ini sangat hebat. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Zoo melaka & Night Safari, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Zoo melaka & Night Safari.