Warung Badik-badik Tempat Makan Terkenal di Kota Bahru

Warung Badik-badik Tempat Makan Terkenal di Kota Bahru

Assalamualaikum. Admin tahu ada antara anda semua inginkan tempat yang santai di mana kita boleh melepak-lepak dan berbual kosong sambil minum smootie. Tempat di mana bukan untuk makanan berat dan tempat yang senang untuk parking. Jangan risau, tempat itu wujud dan ia berada di Kota Bahru, Kelantan. Nama kedai tersebut ialah Warung Badik-badik sebagai salah satu tempat makan menarik di Kelantan. 

Warung Badik-badik mempunyai daya tarikan yang unik di mana ia akan menghidangkan pelanggannya dengan air-air seperti smootie yang segar, sihat dan lazat. Rupa bentuk smootie itu pun menjadi perbualan hangat di antara pengunjung kerana bentuknya yang amat cantik dan mengiurkan.

Warung Badik-badik menggunakan media social seperti Facebook dan Instagram untuk mencari pelanggannya. Ini disebabkan hidangan yang disediakan lebih kepada menu anak-anak muda seperti smootie dan bihun ringkas. Tambahan pula, warung kecil ini pernah keluar di TV3 di bawah rancangan Majalah 3.

Jarak di antara Warung Badik-badik dan Pasar Besar Siri Khadijah amat dekat. Kalau anda berjalan kaki, ia akan mengambil masa setengah jam tetapi jika anda menaiki kereta, ia akan mengambil masa kurang dari 10 minit. Cari signboard BUTIK PAKAIAN SOUKHA, Signboard warna hitam. Warung ini akan berada betul-betul di belakang butik tersebut. Admin kan berkongsi Peta Tempat Menarik ini.

COOL! WARUNG BADIK-BADIK YANG MENJADI PILIHAN RAMAI 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Nombor Telefon : 011-3232 4415
  • Waktu Operasi :  Isnin – Sabtu, 3 petang hingga 9 malam. Jumaat, 5 petang – 11 malam
  • Facebook : Warung Badik2
  • Whatsapp : Tekan sini
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Warung Badik-badik

Menu yang Terkenal

  • Smoo-tie
  • Bihun So-so

Jom Lihat Menu di Warung Badik-badik

Warung Badik-badik

Warung Badik-badik

Warung Badik-badik

 

Warung Badik-badik

Jom Lihat Review Pengunjung di Warung Badik-badik

Saya mmg suka “mild food”. Bagi saya bihun sup disini cukup lengkap, tidak masin, tidak tawar. Just perfect! And dia punya mango dessert is to die for! Cubalah! Qamarul Ariffin Hassan

Service best sangat2. Belum duduk lagi, dah ada yang ambil order. Then, tak sampai 5 minit makanan dah sampai. Sup pon sampai kepada saya special. Terbaik! Lepas ni nak pergi lagi! Lynn Bridal House

Murah dan berbaloi. Mesti makan 2 hingga 3 mangkuk baru kenyang. Boleh challenge boat noodle. Reika Rafika

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada facebook.com/warungbadik2 kerana berkongsi maklumat berguna dan menarik. Datang ke sini untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan makan bersama. Anda pasti akan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Warung Badik-badik, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Warung Badik-badik.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleRestoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu Kesegaran Ulam Yang Tiada Bandingan
Next articlePasar Besar Siti Khadijah Pasar yang Terkenal di Kelantan
warung-badik-badik-tempat-makan-terkenal-di-kota-bahruSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!