

Assalamualaikum. Uptown Kontena ini terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu atau lebih spesifik di kawasan pesisiran lagun Kampung Pantai, Tok Jembal. Kontena-kontena yang menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman di Uptown Kontena ini dinamakan sebagai Dapo Pata yang bermaksud dapur pantai. Dapo Pata ini merupakan tempat menarik di Terengganu.
Uptown Kontena, satu tapak bazaar niaga di tepi pantai, di mana pengunjung boleh menikmati hidangan makanan yang enak di tepi Pantai Tok Jembal sambil menghirup udara segar angin pantai. Pemandangan di sini amat cantik. Jadi jangan lupa untuk membawa kamera.
Pihak pengurusan Uptown Kontena juga membuka peluang kepada ahli muzik, pelukis, pemain api atau ular, ahli silap mata, ahli seni belon dan sesiapa sahaja yang berbakat dijemput membuat persembahan di situ. Jadi suasana akan menjadi lebih meriah dan menarik.
Uptown Kontena menawarkan kelainan buat kaki-kaki pantai, beach boys, kaki-kaki hipster dan juga family man yang mahu bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil dibuai angin pantai Laut China Selatan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! DAPO PATA TEMPAT RILEKS SAMBIL MAKAN DI TERENGGANU
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : PT 31964, Kg.Tok Jembal, 21000 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.
- Nombor Telefon : +60 10-800 1383
- Waktu Operasi : 5:00 p.m – 2:00 a.mÂ
- Facebook : Uptown Kontena
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Uptown Dapo Pata
Aktiviti Menarik
Bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil dibuai angin pantai. Pasti suasana makan yang lebih rileks dan nyaman di sini.
Konsep Kedai
Konsep kedai lebih kepada hipster dan santai. Kedai di buat daripada kontena yang pasti sesuatu yang unik. Sangat menarik dan pasti anda akan berpuas hati datang ke sini.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Uptown Dapo Pata
Jom Lihat Review Pengunjung di Uptown Dapo Pantai
Great selection of food and shopping items. Norman Ismail.
Excellent view. Joe G.I.
Memang tempat yang bagus nak rilex. Kawasan tepi pantai memamg best. Farizul Syafiq.
Awesome good job lain tahun ketemu lagi sepakat membawa berkat. Azulamri Mohammad.
Tempat yang begitu selesa waktu malam. Tempat rehat dan ketenangan jiwa. Abu Bakar.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada beautifulterengganu.com.my dan www.thevocket.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Uptown Dapo Pata , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Uptown Dapo Pata.