"Port Rahsia" Instafamous dan Pelancong Seluruh Negeri

Terengganu Selangor Sarawak Sabah Putrajaya Pulau Pinang Perlis Perak Negeri Sembilan Melaka Kuala Lumpur Kelantan Kedah Pahang Johor

Underwater World Tarikan Pelancong Ke Langkawi

4034

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Assalamualaikum. Jika anda berkungjung ke Langkawi terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikungjungi. Antara yang menjadi tumpuan pelancong ialah Underwater World. Tempat ini merupakan tempat menarik di Langkawi bagi merasai sendiri pengalaman di dasar laut dengan hidupannya. Sesiapa yang berminat dengan hidupan laut boleh datang ke sini bagi melihat sendiri dan pasti anda akan rasa teruja.

Tempat ini ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan memulihara hidupan akuatik kita. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian – Hutan Hujan Tropika, Iklim Sederhana dan Sub-Antartika. Tarikan lain juga terdiri daripada teater 3D, kafeteria dan Pusat Sumber Pengetahuan. Perjalanan ke sini hanya memakan masa 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA).

Paling menarik di sini terdapat sejenis penguin yang bernama Rockhopper iaitu sejenis penguin yang suka melompat dari satu batu ke satu batu. Penguin ini memiliki bulu kening yang unik seperti dalam cerita “Surf UP”. Mengikut info, penguin ini dibawa sendiri olehTun Mahathir dari antartika. Terdapat juga kolam yang terbuka dan anda berpeluan untuk menyentuh hidupan di dalam itu.

Ditengah-tengah kawasan luar underwater world terdapat sebuah taman buatan yang sangat cantik. Bagi yang suka bergambar sangat sesuai abadikan kenangan disini selain bergambar di dalam. Jadi, bawalah keluarga atau rakan-rakan untuk terokai sendiri hidupan laut dalam di Underwater World Langkawi. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini sebagai rujukan pembaca dan boleh kongsikan kepada semua.

TEROKAI HIDUPAN LAUT DI UNDERWATER WORLD LANGKAWI, KEDAH.

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-955 6100
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m – 6:00 p.m
  • Facebook : Underwater World 
  • Email : [email protected]
  • Peta Lokasi : 

Apa yang Menarik di Underwater World Langkawi

Aktiviti Menarik

  1. Terokai hidupan dasar laut
  2. Teater 3D
  3. Menggunakan VR untuk menonton cerita
  4. Mirror Maze

(Terdapat bayaran untuk aktiviti tertentu)

Macam mana, menarik bukan?

Harga Tiket

Warganegara : Dewasa: RM36 Kanak-kanak : RM 26
Pelancong Asing : Dewasa: RM 46 Kanak-kanak: RM 36

Jom Saksikan Keindahan Panorama  di Underwater World Langkawi

Info Apa Yang Anda Perlukan?


Jom Lihat Review Pengunjung di Underwater World Langkawi

Its just a nice place. I really like it, pekerja kt sana smuaa sporting, memang enjoy sangat tempat ni, bersih dan selesa. paling penting ada tempat-tempat yang cerah untuk selfie, thanks underwater world. Sasha Shameera Aslam.

Kali ke3 kesini, best layanan yg sempurna dari staf sini, akan kesini lagi in shaa Allah. Alia Jamaliah

Nice place, anak2 suka sangat, macam-macam dapat tengok. Baz Lindawati.

Terbaik lah.Semua cntik2. Ada macam-macam di underwater world. Nami Abdi Aqilah.

Saya bersama pak cik sya mohamad tarmizi mahamud yang bekerja di underwater world langkawi berasa amat gembira dan berasa sangat ceria bila tiba disana. Nur Aisya Imtiaz.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, Terokai dasar laut tanpa perlu menyelam dan hanya datang ke Underwater World Langkawi. Terima kasih kepada salleh30.blogspot dan farahsanusi.com kerana telah memberi banyak maklumat kepada admin mengenai tempat ini. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan dapat membantu dalam menilai Underwater World Langkawi.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Underwater World Langkawi , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Underwater World Langkawi.

Facebook Comments