UK Farm Tempat Menarik di Kluang Johor

UK-Farm-Johor

Assalamualaikum. UK Farm merupakan sebuah tempat tarikan pelancong yang berada di Kluang Johor. UK Farm merupakan sebuah pusat pelancongan di bawah Projek Pertanian Moden dan juga di bawah pemantauan Kementerian Pertanian Malaysia. UK Farm ini merupakan tempat menarik di Johor yang wajib anda kungjungi.

UK Farm merupaakn ladang terbesar di Malaysia dalam penternakan kambing dan bebiri dengan keluasan ladang 100 ekar tanah yang mempunyai kapasiti 6000 ekor kambing dan bebiri. UK Farm sangat sesuai dilawati secara kumpulan sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.

Percutian yang menjanjikan seribu kenangan umpama berada di luar negara. Anda pasti teruja jika pertama kali datang ke sini kerana pemandangan di depan mata sungguh cantik dan mempersonakan mata yang memandang. Dengan kehijauan alam semuala jadi, deru angin yang menghembus serta burung berkicauan.

Jika di Kundasang anda dapat melihat lembu di sini anda dapat melihat kambing. Anda pasti akan teruja melihat suasana seperti ini dengan pemandangan yang sangat cantik dan indah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! SUASANA SEPERTI DI LUAR NEGARA DI UK FARM KLUANG JOHOR

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Projek Pertanian Moden Kluang,, KM13 Jalan Batu Pahat, Kluang, 8, 86000 Kluang, Johor.
  • Nombor Telefon : 07-759 5018
  • Waktu Operasi : 9:00 pagi – 6:00 petang 
  • Facebook : uk farm
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di UK Farm Kluang Johor

Tarikan Utama

Terdapat banyak tarikan untuk anda lawati seperti kilang proses makanan kambing, kandang kambing dan bebiri, kilang proses susu kambing, kolam itik, kawasan penternakan ayam kampung, taman brung unta, kampung orang asli, ladang buah markisa, mini zoo, taman lavender dan banyak lagi.

Aktiviti Menarik

Anda berpeluang melihat acara melepaskan bebiri secara kumpulan ke padang ragut. selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti memberi haiwan makan, menunggang kuda, cabaran menangkap kambing, safari malam, aktiviti DIY dan aktiviti malam seperti BBQ, melepaskan tanglung dan sebagainya.

Penginapan yang Ada

Di sini juga menawarkan tempat penginapan selesa. Anda boleh memilih menginap di chalet atau dormitori yang disediakan yang berkonsepkan rumah panjang.

Kemudahan Lain

Terdapat pelbagai kemudahan lain seperti restoran, bilik persidangan, kedai serbaneka, pentas terbuka, tapak perkhemahan dan sebagainya.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di UK Farm Kluang Johor

Jom Lihat Review Pengunjung di UK Farm Kluang Johor

Kampong experience. Meet the goats, ducks, chicken, ostrich, deer, rabbit and get to pluck your own passionfruit. Food is fantastic there. Bike rental also available. HN Loh.

This is one of the largest goat farm in Malaysia. I recommend this for family which love nature. Good for kids to explore the field and nature. kenny tan.

Son went there for Overseas Learning Journey and told me that he fed all sorts of farm animals,and even wild animals like deer! Vanthana Vanthana.

There’s a mini zoo where you can spend your time feeding the animals while waiting for the bus to come and fetch you. The farm is quite big and has different stations. One of my favourites is where you can feed the goats and carry their kids.The goats are tame. I guess they are used to human presence. I would recommend you to go with children. Paulinee Lok.

A good place for family short trip. Tong CL.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.koleksiviral.com dan noipunyablog.blogspot.my kerana berkongsi maklmat dan gambar yang menarik. Ternyata UK Farm merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di UK Farm Kluang Johor , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke UK Farm Kluang Johor.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleTaman Rekreasi Tasik Y Tempat Menarik di Batu Pahat Johor
Next articleDataran Segamat Tempat Menarik di Segamat Johor
uk-farm-tempat-menarik-di-kluang-johorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!