Tubestay Tempat Pengianapan Menarik Di Selangor

141

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Tubestay Tempat Pengianapan Menarik Di Selangor

Assalamualaikum. Anda mencari tempat penginapan yang unik dan selesa di Selangor? Sudah pasti anda perlukan tempat penginapan yang akan memberi seribu kenangan sepanjang percutian anda. Di selangor terdapat sebuah penginapan yang sangat dikenali dengan keindahan yang tersendiri. Tubestay merupakan tempat menarik di Selangor. 

nda pernah melihat siri kartun teletubbies? Apabila anda sampai disini, cuba perhatikan rekaan rumah “tube” ini dibina seakan-akan rumah siri popular kanak-kanak Teletubbies. Penginapan disini berkonsepkan konkrit tiub berdiameter hanya 6 kaki dan dilengkapi sebuah katil bersaiz Queen dan pendingin hawa.

Bagi mereka yang suka pada aktiviti lasak, di sini menyediakan pelbagai aktiviti lasak. Aktiviti lasak seperti paragliding, basikal trike, dan aktiviti memanjat (hiking) ke puncak Bukit Jugra. Sudah pasti disini bukan sekadar tempat penginapan tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di masa lapang.

Perjalanan dari Kuala Lumpur bakal mengambil masa selama 50 minit, manakala dari KLIA selama 25 minit dan hanya 15 minit dari Klang. Admin juga kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat!

COOL! PENGINAPAN ALA-ALA TELETUBBIES DAN DILENGKAPI AKTIVITI LASAK YANG SERONOK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Tubestay @ Rumah Kontena Lot 942, Jalan Seri Tanjung, Kampung Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor.
  • Nombor Telefon : 011-6156 8740
  • Facebook : Tubestay
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Tubestay

Harga dan Kos Terlibat

Cas untuk penginapan satu malam di dalam bilik tiub dikenakan sebanyak RM60 buat masa ini (sebagai harga pengenalan). Satu bilik hanya boleh didiami oleh 2 orang dewasa sahaja. Terdapat hampir 20 rumah tiub akan dibina secara berperingkat.

Harga boleh disemak secara online.

Kemudahan

Kemudahan-kemudahan asas disediakan untuk keselesaan pengunjung seperti 3 tandas awam, dapur ringkas beserta kafe, ruang BBQ, mesin membasuh, dan sistem air bertapis. Kemudahan lain seperti surau juga disediakan. Terdapat kaunter untuk tempahan sukan ekstrim atau extreme sport seperti paragliding, basikal trike, hiking, berbasikal, jogging, memancing. dan permainan tradisional.
Makanan tidak disediakan disebabkan oleh kewujudan kafe. Namun para penginap boleh memasak sendiri di dapur yg disediakan. Laman di sekitar TubeStay juga luas dan boleh memuatkan pelbagai majlis melibatkan ramai pengunjung seperti majlis reunion, family gathering, spot photoshoot, dan sebagainya.

Aktiviti

Pakej penginapan juga boleh disertakan dengan aktiviti sukan extreme secara “add-on” seperti paragliding, basikal trike, dan aktiviti memanjat (hiking) ke puncak Bukit Jugra.
Pengunjung juga berkesempatan untuk melawat tempat menarik di sekitar Bukit Jugra seperti muzium, rumah api Bukit Jugra, jeti nelayan, dan Pantai Klanang dan Morib.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tubestay

Jom Lihat Review Pengunjung di Tubestay

This place good as if you want something new for camping.. but they can make so many improvement in future. Syaz wani.

Nice place, surrounding by green landscape and closer to nature. Saharuddin Abu Kassim.

Good place for relaxing. Hema Hema.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada kakireview.com dan says.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tubestay, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tubestay.

Facebook Comments