

Assalamualaikum. Gambar adalah benda yang merakam perkara-perkara yang berlaku. Setiap gambar mempunyai cerita yang tersendiri. Tidak kiralah ia perkara yang manis ataupun pahit. Gambar akan mencipta nostalgia apabila dilihat pada jangka masa yang lama selepas dari penangkapan gambar tersebut. Oleh itu gunakanlah gambar dengan betul iaitu untuk merakam kenangan dan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Bercakap pasal gambar, kali ini admin akan bercerita kepada anda semua akan tempat yang menarik untuk mengambil gambar dengan harga masuk yang sangat berpatutan. Tempat tersebut ialah Tropical Village, Ayer Hitam. Ia adalah salah satu tempat menarik di Johor.
Tropical Village adalah tempat menarik yang bertemakan replika gergasi seperti menara condong, tembok besar cina, menara Eiffle dan Statue of Liberty. Warna repika-replika gergasi tersebut adalah cerah seterusnya dapat menarik perhatian sesiapa sahaja dan kanak-kanak juga sukakannya. Replika ini juga dijaga rapi oleh pihak Tropikal Village oleh itu tidak perlu risau akan kebersihan di tempat ini.
Kawasan Tropikal Village ini dibina dengan keluasan 32 ekar seterusnya memberi setiap pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Taman tema ini dibahagi kepada 4 bahagian: Landmarks, Leisure Corner, Playground dan Agricultural Enclosure. Bahagian Landmarks adalah berkonsepkan aset di setiap negara seperti menara condong, Statue of Liberty dan lain-lain. Terdapat juga Kompang, A famosa dan KLCC. Bahahian Leisure Corner adalah untuk pengunjung muda di mana ia ada rumah berhantu, rumah cermin, dan kawasan dinosour.
Jika anda dari Johor Bahru, anda akan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan kereta untuk pergi ke Tropikal Village. Manakala jika anda dari Kuala Lumpur, anda akan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah perjalanan kereta. Tropikal Village ada di tepi jalan. Jika anda lihat ada dua patung kuda di tepi jalan, itulah Tropikal Village. Admin akan berkongsikan Peta Tempat Menarik ini.
COOL! TROPICAL VILLAGE MEMPUNYAI REPLIKA ASET YANG BEHARGA DI SELURUH DUNIAÂ
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Tropical Village, 56, 1381, 86100 Ayer Hitam, Johor
- Nombor Telefon :Â 012-702 7730
- Waktu Operasi :Â Buka setiap hari kecuali hari ahad (9AM-7PM)
- Facebook : Tropical Village Ayer Hitam Johor
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Tropical Village
Replika yang Terdapat di Tropical Village
Kawasan Eropah & USA
- Leaning Tower of Pisa – Italy
- Statue of Liberty – USA
- Colosseum – Italy
- Eiffel Tower – France
- Hollywood sign – USA
- Windmills – Netherlands
- The Little Mermaid – Denmark
- Atomium – Belgium
Kawasan Asia
- Great Wall of China – China
- Sigiriya Lion Rock – Sri Lanka
- Wat Pho Reclining Buddha – Thailand
- Borobudur – Indonesia
- Merlion – Singapore
- Taj Mahal – India
- Kuwait Towers – Kuwait
- Giza & Spinx – Egypt
Replika Lain-lain
- Moai – Easter Island
- Japan kokeshi – Japan
- Olmec head – Mexico
- Budai – Chinese God
- Bruce Lee – Hong Kong
- Jeju Island – South Korea
Jom Saksikan Keindahan Panorama Tropikal Village
Jom Lihat Review Pengunjung di Tropical Village
It’s a place where you can spend a long time walking and discussing about many places of interest around the world. Adequately maintained. Amirtharaj
Stopped by the Tropical Village during the Hari Raya holiday trip. Located along the Jalan Besar just after Ayer Hitam. The place is huge, with a mini Malaysia park on the hill top where u can actually drive all the way up. It is full with replicas of wonder of the world.. but don’t had too high expectations but a good laugh as it is not 100% lookalike replicas.
Fun activities to do – cycling, skateboard, scooter, giant bubbles, haunted house, dinosaur train ride, boat ride and there is also a mini zoo. Arina Farhanna
Open for more than 20 years already. Very old attraction point. Hot! Please bring along your own umbrella. RM12 for adult, RM8 for child. I give 4 star. Nurul Nabilah
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada kerana berkongsi maklmat dan gambar yang menarik. Ternyata Tropical Village merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tropical Village, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tropical Village.