Tok Aman Bali Beach Resort Percutian Menarik Di Kelantan

Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum. Tok Aman Bali Beach Resort Merupakan tempat menarik di kelantan yang terbaik, bertaraf 4 bintang. Lokasinya terletak di Tok Bali, Pasir Puteh iaitu lebih kurang 50 km dari bandar Kota Baharu. Resort ini dibuka pada bulan November 2011 dan telah  menepati citarasa dari segenap lapisan pengunjung. Jauh dari kesibukan bandar, resort ini membolehkan pengunjung yang datang menikmati suasana panorama pantai yang indah dan mendamaikan bersama pasangan dan keluarga tersayang.

Antara keunikan di resort ini yang tidak didapati di mana-mana adalah rekabentuknya, dimana kesemua blok menghadap kolam renang yang luas. Kolam renang terbuka ini memang sangat sesuai untuk mandi-manda terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak. Ditambah lagi dengan bilik permainan kanak-kanak serta kawasan permainan yang disediakan, pasti dapat menghiburkan anda sekeluarga.

Menikmati suasana damai yang jauh dari kesibukan, resort ini adalan pilihan yang tepat kerana turut menyediakan pelbagai pakej keluarga yang menarik bagi menjamu selera dengan pelbagai menu masakan istimewa mahupun masakan barat. Selain itu, pengunjung juga boleh mengadakan aktiviti barbeku bersama keluarga pada sebelah malam.

Tok Aman Bali Beach Resort juga adalah transit untuk ke kawasan pelancongan lain di sekitarnya seperti Pulau Perhentian (Kuala Besut), Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Kolam Air Panas La (Hulu Besut), Latar Tembakah (Besut), Jeram Linang dan Jeram Pasu. Banyak bukan tempat untuk kita kunjungi? Mari saksikan juga kongsikan juga Peta Tempat Menarik ini.

Percutian Hebat Di Tok Aman Bali Beach Resort Yang Pasti Menjadi Kenangan Terindah

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : No. Lot 6264-1, Pantai Bisikan Bayu, 16700, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-691 8809
  • Facebook : Tok Aman Bali Beach Resort
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Tok Aman Bali Beach Resort

Aktiviti Sesuai

Aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung disini ialah:

  • mengayuh basikal
  • menaiki pedal bot
  • memancing
  • menaiki kayak
  • bermain bola tampar pantai
  • permainan paintball
  • water ball
  • 8 elements obstacle course
  • menaiki kenderaan buggy

Harga Bilik

Rujuk jadual di bawah:

Penginapan yang Ada

Resort ini menawarkan 4 jenis bilik yang boleh dipilih oleh pengunjung iaitu Deluxe Room, Deluxe Triple Room, Family Room dan Suite. Sekurang-kurangnya disediakan 100 Deluxe Room dan Suite yang dilengkapi dengan perabot yang elegen dan mewah, termasuk katil berkembar dan sofa Cleopatra.

Setiap bilik di resort ini mempunyai bilik air yang luas iaitu individual shower dan bathtub serta balkoni yang menghadap ke arah pantai dan tasik buatan manusia. Reka bentuk resort ini juga menarik kerana semua blok menghadap kolam renang yang luas. Sangat sesuai bagi mereka yang merancang untuk berbulan madu, singgah bercuti atau mengadakan hari keluarga.

Promosi Istimewa yang di Berikan

Percuma 1 jam aktiviti paddle boat atau bicycle ride sekiranya booking terus di laman web utama resort ini.

  • Booking Period: 15th June 2017 – 31st July 2017
  • Stay Period : 19 Jun 2017 – 31 Dec 2017

Jom Saksikan Keindahan Panorama Tok Aman Bali Beach Resort

Jom Lihat Review Pengunjung di Tok Aman Bali Beach Resort

Tempat menarik. Kena dengan jiwa saya sekeluarga. Kalau nak mari lagj lepas ini memang berbaloi dan rasa tak rugi. Staff mesra. Lebih-lebih lagi yabg jaga makan masa time sahur. Yang pakai cermin mata besar itu memang terbaik. Muhd Khairul Azmi.

Persekitaran yang bersih dan menyegarkan. Makanan yang sedap dan selebihnya menu banyak pilihan. You are the best! Khatemah Majid.

Once I arrive here the hospitality is good. The breakfast buffet is superb! A lots of choices. The room is nice. The pool is OK. Will come again. Fahmi Najib.

You’ll never regret if you stay in this hotel. Near the beach where the local people sell jagung bakar and the wau. This hotel have a bar, gym, swimming pool, restaurants and a small Lake where you can play kayak while watching the sunset. Good for private or family / honeymoon. The food are 75/100. xyn jiren.

Saya check in pada 30 April jam 4 petang dan check out pada 1hb mei jam 12.30 tengahari hnya satu malam sahaja sempena family day akademi memandu kota raya. Memang terbaik Tok Aman Bali dan saya berpuashati sangat. Baik dari segi kebersihan serta layanan diberikan. Man Golok.

Tok Aman Bali lokasi terbaik untuk beristirahat. Hotelnya selesa dengan fasiliti yang lengkap dan sempurna. Sesuai untuk keluarga. Dilengkapi dengan kolam mandi untuk semua peringkat umur. Stafnya yang mesra dan sentiasa sedia membantu. Yang penting ianya memberi keselesaan sebagai sebuah resort. Tenang dan damai. Pasti saya menyukainya. Ismail Awang Kechik.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada blog cuti kelantan kerana berkongsi maklumat mengenai Tok Aman Bali Beach Resort ini. Maklumat yang lengkap, dapat membantu admin untuk membuat ulasan mengenai resort ini. Maklumat seperti ini sangat diperlukan bagi memudahkan untuk pengunjung memilih tempat menarik untuk bercuti.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tok Aman Bali Beach Resort , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tok Aman Bali Beach Resort.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleNasi Lan Kedah Tempat Makan Menarik Di Shah Alam
Next articleDesa Cattle Dairy Farm Tempat Menarik Dikungjungi Di Kundasang, Sabah
tok-aman-bali-beach-resort-percutian-menarik-di-kelantanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!