Tiger! Tiger! Langkawi Tempat Menarik di Pulau Langkawi

Tiger! Tiger! Langkawi

Assalamualaikum. Tiger! Tiger! Langkawi merupakan tempat menarik di Langkawi.  Terletak di Oriental Village yang merupakan kawasan tumpuan pelancong kerana terdapat banyak aktiviti menarik disini seperti menaiki kereta kabel. Jadi anda boleh datang ke sini untuk melihat haiwan yang semakin pupus iaitu harimau.

Pembukaan tempat ini merupakan inisiatif untuk memberi pendidikan dan kesedaran tentang harimau Malaysia. Tarikan utama di sini ialah harimau Malaysia, Zanah yang dilahirkan di zoo Malaysia, dibawa masuk ke Langkawi pada tahun 2009.

Di pusat pameran, anda akan berjumpa dengan Pegawai yang boleh membantu anda mengumpulkan lebih banyak pengetahuan tentang harimau Malaysia. Malah, Harimau Malaysia adalah sub-spesies Harimau Indo-Cina. Anda akan lebih dekat dengan harimau Malaysia melalui pameran-pameran yang disediakan.

Anda dapat melihat kelakuan harimau Malaysia ini secara percuma. Sambil bersantai di restoran anda akan dapat melihat harimau yang sedang bermain. Jangan lepaskan peluang untuk berkungjung ke tempat ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

KENALI HARIMAU MALAYSIA DI TIGER! TIGER! LANGKAWI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Tiger! Tiger! Langkawi, Panthera Maximus Sdn Bhd, E.01 Oriental Village, Burau Bay07100 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon :  (+604) 959 4959
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m – 7:00 p.m
  • Email : [email protected]
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Tiger! Tiger! Malaysia

Aktiviti Sesuai

Anda dapat melihat Harimau Malaysia yang lahir di Zoo Malaysia dan telah dipindahkan ke Langkawi. Harimau ini bernama Zanah. Anda pasti terhibur dengan aksi-aksi yang akan ditunjukkan oleh Zanah.

Selain itu, anda akan didedahkan dengan maklumat-maklumat mengenai harimau Malaysia melalui pameran-pameran yang disediakan. Anda boleh bertanya dengan pegawai disana untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harimau Malaysia.

Harga dan Kos Terlibat

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke tempat ini.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Tiger! Tiger! Langkawi


Jom Lihat Review Pengunjung di Tiger! Tiger! Malaysia

The entrance fee not too expensive. The viewing spot very near to the tiger. Can spend about 15mins as theres only 1 tiger called Zana was there. Theres a small place we can play with the rabbits next to the tiger cage. Radzi Alfilfilani.

Felt excited to saw the tiger beside me while enjoying a cup of hot chocolate. Lim Jie Ming Ming.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.langkawi-insight.com dan www.maxximus.my kerana memberi maklumat dan gambar yang menarik tentang tempat ini. Maklumat yang digunakan sangat membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tiger! Tiger! Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tiger! Tiger! Langkawi.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleNikmati Keindahan Alam di Kilim Geoforest Park Langkawi
Next articleAktiviti Lasak di Skytrex Langkawi
tiger-tiger-langkawi-tempat-menarik-di-pulau-langkawiSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!