Tiara Desaru Homestay di Bandar Penawar Johor Tempat Penginapan Unik Tersendiri

378

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Tiara Desaru Homestay di Bandar Penawar Johor Tempat Penginapan Unik Tersendiri

Assalamualaikum. Hari ini admin nak bawa anda semua pergi ke Bandar Penawar di kawasan Pantai Desaru. Ya, lokasi kita kali ini ialah di Johor dan admin cuba pastikan lokasi ini akan menjadi satu tempat menarik di Bandar Penawar Johor jika admin sendiri ke sini nanti.

Jika anda bergerak ke sana sama ada mempunyai program khas bersama rakan sekerja atau keluarga dan memerlukan tempat tinggal yang santai di tepi pantai dengan angin yang menyamankan maka admin sangat sarankan tempat ini. Homestay ini bukan sahaja luas, malah anda boleh buat bermacam lagi aktiviti menarik disini seperti BBQ. Jika anda sangat mementingkan keselataman maka Tiara Desaru Homestay ini merupakan pilihan tepat kerana ianya merupakan kawasan berpagar dan mempunyai kawalan keselataman 24jam.

Jadi tak salah bukan kalau admin memilih Homestay Tiara Desaru ini sebagai satu tempat anda wajib pergi untuk tinggal beberapa malam disini. Lokasi homestay ini telah admin kongsikan di dalam Peta Tempat Menarik ini.

Tiara Desaru Homestay di Bandar Penawar Johor Tempat Penginapan Yang Menyamankan Dengan Angin Pantai

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Tiara Desaru, Jalan Tanjung Lompat, 81930 Bandar Penawar, Johor
  • Nombor Telefon : 017-792 0522
  • Waktu Operasi : 24/7
  • Website :tiaradesaru.com
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Homestay Tiara Desaru

Penginapan dan Kemudahan Yang Ada

Dengan suasana tenang tepi pantai, Homestay ni memang sesuai untuk orang yang berkeluarga. Bilik yang disediakan serius selesa dan serba lengkap, siap disediakan WiFi percuma, ada 4 jenis kolam renang yang anda dan keluarga anda boleh bermandi manda, kedai runcit, dan gimnasium & court tenis untuk beriadah.

Nampak tak? Boleh dikatakan banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini bukannya tidur sahaja. InsyaAllah memang tak akan bosan harapnya.

Tambahan pula, kawasan ni berpagar dan ada kawalan keselamatan 24 jam, jadi kawasan ini memang selamat didiami.

Promosi Yang Ada Semasa

Sekarang ini(untuk update perlu hubungi merek), Tiara Desaru Homestay-Desaru Beach sedang buat promo, hanya dari RM500 SAHAJA untuk sebulan. Berbaloikan?

Bagi yang ingin menginap untuk bawa keluarga bercuti di sini pun ada nice offer, hanya dari RM200 SAHAJA untuk semalaman. Mana nak dapat harga murah dengan bilik lawa macam ini?

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tiara Desaru Homestay

Jom Lihat Review Pengunjung di Tiara Desaru Homestay

General the place is clean, and excellent for family, the room might be a bit smelly (you may just use fabrics),the swimming pools are excellent (warm water) they have deeper, 1.2m and 0.45m which are great for all family members, just do keep extra eye to your own kids as no life-guard. And nice to walk over to the beach-front (if would like to swim to careful of the waste water outlets on the right-hand side). Ngee Heng Hiew

Good,clean & cheap apts fot weekend stay. Nice clean beach. Evelyn Tan

Very good place to spend holidays. Internet connection is very poor and sometimes no mobile network connection. S.K Gupta

Provides great facilities and accommodation, but really need to improve in service including food and beverages. Big room can fit more than 4person. But the price quite high for poor service given. Mohd Sharul Nizam

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak FP Cuti Kat Mana kerana kongsikan beberapa info menarik dan gambar yang sangat cantik.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tiara Desaru Homestay, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tiara Desaru Homestay.

Facebook Comments
Suka Tempat Ini, Beri 5 Bintang