The Stadthuys Satu Peninggalan Sejarah Yang Menjadi Lokasi Perlancongan Melaka

291

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

the-Stadthuys-MelakaAssalamualaikum. Macam mana dengan perjalanan anda di Melaka setakat ini? Sudah banyak tempat menarik di Melaka yang anda sudah jelajahi? Atau sekadar tengah merancang percutian anda bersama rakan atau keluarga? Jangan risau, kami disini untuk membantu misi percutian santai anda di Melaka.

Baiklah, kali ini admin ingin berkongsi satu tempat menarik yang memang sudah dikenali dunia. Ya, ianya ialah the Stadthuys yang merupakan satu bangunan Belanda tertua di Timur. Stadthuys ialah sebahagian daripada seni bina kolonial Belanda yang terkenal di bandaraya Melaka. Ianya adalah sebuah bangunan berwarna Teracotta-Merah yang terletak berhampiran atau ditepi sungai yang dahulunya merupakan kediaman rasmi gabenor dan pegawai Belanda.

Stadthuys ini sebenarnya telah mula dibina antara tahun 1641 dan 1660 di kawasan runtuhan kubu Portugis. The Stadthuys of Malacca adalah titik tumpuan beberapa kerajaan berturut seperti Belanda, Portugis, Inggeris dan lain-lain selama lebih dari 300 tahun. Pada tahun 1982, Stadthuys diubah menjadi muzium. The Stadthuys memaparkan ciri khas senibina kolonial Belanda dengan dinding besar, tingkap louvred dan pintu chunky dengan engsel besi tempa.

Jadi, ianya merupakan satu tempat yang menarik bukan? Oleh sebab itu, lokasi the Stadthys ini telah kami kongsikan di dalam Peta Tempat Menarik ini.

The Stadthuys Bangunan Tua Bersejarah yang Hebat

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Persimpangan bulatan Jalan Quayside, Admiral Street, dan Jalan Chan Koon Cheng, Bandar Hilir Melaka
  • Nombor Telefon :  + 606 282 6526
  • Waktu Operasi :  
  • Facebook : 
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di the Stadthuys Melaka

Lokasi Ramai Pelancong

Sungguh tidak dinafikan jika anda ke kawasan Stadthuys ini, pastikan anda banyak bersabar. Kenapa perlu bersabar? Kerana memang disini ialah satu kawasan yang sangat sibuk. Jika anda ingin bergambar dan berhasrat agar gambar anda itu tidak mempunyai orang lain rasanya iainya satu perkara yang agak sukar.

Ya, orang ramai tidak kira sama ada pelancong asing atau dari dalam negara sendiri berpusu-pusu kesini. Jadi, jangan lari tetapi pastikan anda menjadi salah seorang pelancong yang menikmati suasana kesibukan disana.

Rasai pengalaman Menaiki Beca

Oh ya, jika anda belum pernah mempunyai pengalaman menaiki beca, maka ini ialah satu peluang untuk anda merasai pengalaman menaiki beca. Beca yang dihiasi dengan bunga-bunga dan warna-warna yang terang dan menarik menjajikan satu pengalaman berharga buat anda.

Kadar bayaran pula pastikan anda tanya dahulu sebelum naik. Bimbang nanti anda tidak menjangkakan kadar bayaran disana. Ingat, tanya dahulu.

Jelajahi dan Terokai Muzium di Sekitar

Dikawasan sekitar ini pastinya mempunyai banyak tempat dan kedai yang anda boleh singgah. Tetapi pastikan anda tidak terlupa untuk menjelajahi juga kawasan muzium yang ada di Stadthuys ini. Bimbang pula kerana terlalu leka menaiki beca dan membeli belah, nanti ada yang terlepas mengalaman menarik memasuki muzium dan melihat sendiri pelbagai bahan disana.

Jadi, anda bersedia untuk terokai the Stadthuys Melaka ini?

the Stadthuys Satu Pengalaman Hebat di Bangunan Merah yang Bersejarah

stadhuys di melaka stadhuys di melaka stadhuys di melaka stadhuys di melaka

Jom Lihat Review Pengunjung di the Stadthuys

Salah satu tempat bersejarah di Malaysia. Anda boleh pergi ke sana menikmati hari anda. Lihat perbezaan di antara kawasan bandar dan tempat ini, ianya sesuatu yang perlu disemat baik di dalam ingatan anda. D.N.Madushanka Mendis

Banyak muzium di sini. Jika anda ingin ke Muzium Sejarah, anda perlu membayar RM10 untuk warga asing dan RM5 untuk rakyat Malaysia. Bagi kanak-kanak pula ialah hanya separuh harga. Lain-lain muzium adalah percuma. Tan CK

Merupakan satu bangunan merah yang menjadi ikon di Melaka. Anda boleh memasuki muzium atau hanya mengembara di sekitar kawasan dengan menaiki beca. Rukti Arum

Merupakan satu warisan peninggalan pemerintahan Belanda di Melaka pada abad ke-15. Dinding luaran luarnya yang unik, bersama-sama dengan barisan beca yang dihiasi bunga dan berwarna-warni telah menarik banyak pelancong tempatan dan asing. Bangunan-bangunan, kenderaan, dan tentu sahaja orang-orang disana tentu sahaja memberikan pengalaman yang hebat. Jangan terlepas pengalaman ini! Kapit Lim

Tempat bersejarah. Beberapa minit berjalan kaki ke Jonker Street, Gereja St Paul, A Famosa dan lain-lain. Sam Wong

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, selesai sudah misi jelajah ke the Stadthuys ini. Memang sangat menarik bukan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di the Stadthuys , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke the Stadthuys.

Facebook Comments