The Shore Sky Tower Tarikan Baru Di Melaka

the-shore-sky-tower

Assalamualaikum. Anda tidak tahu tempat menarik di Melaka? Di Melaka bukan hanya terkenal dengan tempat bersejarah tetapi terdapat terikan baru iaitu The Shore Sky Tower. The Shore Sky Tower merupakan tempat menarik di Melaka yang pasti menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. The Shore Sky Tower yang baru sahaja dibuka kepada pengunjung pada pertengahan tahun 2015 terletak di puncak bangunan galeri membeli-belah yang menempatkan hampir 100 buah kedai berjenama.

Pengalaman yang menarik menanti pengunjung untuk melihat keindahan keseluruhan bandar Melaka di sini. Terletak di tingkat 43, ia adalah struktur buatan manusia tertinggi di Bandaraya Melaka dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan sehingga 50 kilometer di setiap arah.The Shore banyak menggunakan konsep dinding berkaca bagi menerapkan lagi perasaan berada di langit dan membolehkan pengunjung melihat pemandangan bawah secara menyeluruh.

Berjalan di sekitar bumbung, pagar yang dibina daripada kaca memudahkan anda untuk melihat pemandangan bandar melaka secara langsung. Jangan bimbing disini ada disediakan  teleskop bagi memudahkan anda melihat  pemandangan Bandar Melaka secara keseluruhan. Rasa sendiri perasaan berdiri diatas lantai berkaca dimana anda dapat melihat sendiri pemandangan di bawah tempat anda berdiri. Untuk berdiri di lantai berkaca apa yang anda perlukan adalah keberanian. Ia agak menyeramkan bagi mereka yang takutkan ketinggian.

Sesiapa yang gayat boleh cabar diri sendiri untuk mencuba berjalan di atas lantai berkaca. Pengalaman ini pasti akan sentiasa terpahat diingatan. Jangan lepaskan peluang ini dan ajak keluarga atau rakan-rakan untuk bersantai di The Shore Sky Tower. Disini admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini untuk panduan pembaca.Masukkan tempat ini di dalam kalendar percutian anda bagi mencuba sesuatu yang baru.

BERJALAN ATAS KACA DI THE SHORE SKY TOWER MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : The Shore Sky Tower Sdn Bhd, Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka Tengah, Malaysia.
  • Nombor Telefon :  +06 – 288 3833
  • Nombor Fax : +06 – 288 3533
  • Waktu Operasi :  10:00 a.m – 10:00 p.m
  • Facebook : Shore Sky Tower
  • Email : [email protected]
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di The Shore Sky Tower

Aktiviti Utama

  1. Melihat pemandangan bandaraya Melaka secara langsung dengan berjalan atas lantai kaca pasti memberikan pengalaman menarik kepada anda.
  2. Abadikan kenangan anda bersama rakan-rakan dan keluarga dengan mengambil gambar pemandangan bandaraya Melaka.

Harga Tiket

  1. Dewasa : RM18:00
  2. Kanak-kanak : RM15:00

Tidak mempunyai limit masa. Boleh berada di atas sehingga mall tutup.

Tempat Menarik Lain yang Awesome!

Di shopping mall yang sama terdapat beberapa lagi tempat menarik lain yang boleh dikunjungi dan pasti anda tidak akan menyesal. Di bawah satu bumbung pelbagai aktiviti boleh dilakukan selain melihat pemandangan bandaraya Melaka. Antara tempat menarik lain:

  1. Toy Museum

Dapat melihat dan beraksi dengan geng the Avengers, Starwars, Batman, Superman dan pelbagai lagi watak-watak filem terkenal yang lain.

2. The Shore Oceanarium

Dapat melihat pelbagai hidupan laut yang pelbagai jenis. Anda juga berpeluang untuk memegang pari, jerung dan gamat laut. Terdapat juga penyu yang banyak yang menjanjikan pemandangan yang cantik. Tiket masuk bagi dewasa RM35 manakala Kanak-kanak RM 25.

3. 3D Interactive Park

Terdapat bilik hantu yang menjanjikan pengalaman yang menyeramkan. Pelbagai 3D art terdapat disini dan anda boleh beraksi bersama.

Promosi Tiket

Anda boleh gabungkan aktiviti dengan harga tiket yang lebih murah

4 in 1 Combo Promotion : (The Shore Sky Tower + 3D Interactive Park + Toy Museum + Sky Deli)  :

  1. Dewasa : RM 85
  2. Kanak- kanak : RM55

Jom Saksikan Keindahan Panorama  di The Shore Sky Tower

Jom Lihat Review Pengunjung di The Shore Sky Tower

Tempat yg sangat menarik. Sesuai untuk sesi keluarga. Farah Shahida.

Menarik. cuma kalu boleh tambah lagi apa2 benda yg lebih menarik. Ahmad Azdal .

Nice 360 view of Malacca and it’s river. Hint: Go when the sky is clear near sunset. Omar Murad.

Ok, relaxing place see view of whole Melaka. Michele Lim.

Highest point in Malacca. Xukang Xie.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, penuhi masa terluang anda untuk mengunjungi destinasi ini bagi melihat sendiri pemandangan bandaraya Melaka. Bagi yang minat kepada pemandangan sangat sesuai datang ke sini. Terima kasih diucapkan kepada sini.com.my dan kekayaanmalaysia atas perkongsian mengenai tempat ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di The Shore Sky Tower , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke The Shore Sky Tower.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleRenaissance Hotel Penginapan Bertaraf 5 Bintang di Johor Bahru yang Berkelas Tinggi dan Ekslusif
Next articleRestoran Anjung Keli Di Perlis Tempat Makan Wajib Dikunjungi
the-shore-sky-tower-tarikan-baru-di-melaka-yang-menakjubkanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!