The Pirate Adventure Tempat Paling Menarik Wajib Pergi di Melaka

The Pirate Adventure Tempat Menarik di Melaka untuk rasai pengalaman pengembaraan lanun.

Tempat menarik kita kali ini semestinya semakin hebat dan berbaloi kerana kali ini pihak admin tempatmenarik.my tidak akan membawa anda semua pergi melancong jauh ke Borneo mahupun jauh ke luar negara untuk merasai kelainan. Tetapi admin kali ini ingin membawa anda ke tempat menarik di Melaka iaitu ke satu destinasi perlancongan yang semakin meningkat naik.

Pernah rasai pengalaman menjadi lanun dan sukakan debaran seperti di Penang Escape Theme Park? Inginkan sesuatu yang mencabar? Maka anda wajib ke The Pirate Adventure yang terletak di Jalan Parameswara, Bandar Hilir Melaka.

The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.

The Pirate Adventure di Melaka pastinya sangat menyeronokkan jika anda semua dapat pergi bersama-sama dengan rakan atau keluarga. Cuba bayangkan pelbagai pengalaman, cabaran dan pengembaraan yang bakal anda lalui bersama mereka yang tersayang. Memang menyeronokkan!

The Pirate Adventure Membawa Pengalaman Dunia Lanun Terhebat di Melaka!

  • Lokasi The Adventure Pirate Melaka terletak di Melaka Alive, Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka
  • Waktu Operasi : Isnin – Ahad : 10am – 7pm
  • Hubungi : Tel: 03-7877 2828, 012-266 9374, 012-266 3473
  • Email : [email protected]
  • Peta Lokasi :

Dapatkan Info Menarik di The Adventure Pirate Melaka

Aktiviti Sesuai dilakukan di The Adventure Pirate Melaka

Pastinya ramai tertanya-tanya apa aktiviti menarik yang dapat dilakukan The Adventure Pirate Melaka ini betul tak? Jawapannya mudah sahaja, anda bakal merasai satu pengalaman dunia lanun yang menyeronokkan!

Harga Tiket Masuk

  • Harga Biasa
Ticket Pricing MyKad Non MyKad
Adult RM23.00 RM28.00
Child (4 – 12 years) RM17.00 RM23.00
Senior Citizen (60 years +) RM17.00 RM28.00
  • Harga Promosi Belian Online Sahaja
Ticket Pricing MyKad
Adult Original Price = RM23.00
20% Discount = RM18.40
Child/Senior Citizen Original Price = RM17.00
20% Discount = RM13.60
Ticket Pricing Non MyKad
Adult/Senior Citizen Original Price = RM28.00
20% Discount = RM22.40
Child Original Price = RM23.00
20% Discount = RM18.40

Jom Kita Jelajahi The Pirate Adventure

The Pirate Adventure Tempat Paling Menarik Wajib Pergi di Melaka
Hensem pula lanun ini.
The Pirate Adventure Tempat Paling Menarik Wajib Pergi di Melaka
Di penjarakan lanun!
The Pirate Adventure Tempat Paling Menarik Wajib Pergi di Melaka
Tahu kawasan apa ini?
The Pirate Adventure Tempat Paling Menarik Wajib Pergi di Melaka
Ini ke lanun?
The Pirate Adventure Tempat Paling Menarik Wajib Pergi di Melaka
Ibarat watak “kraken” dalam Anime Luffy!

Review Pengunjung yang Telah Merasai Adventure di Sini

Impressive performance with beautiful lighting. Philip Khew

Such a Good place to visit for treasure hunt and explore. Joshua Lieng

Beautiful show at night. Wasin Siricai-ekawat

Nice. Marita Syarimah

Haaaa ape tunggu lagi? Dari kita terbang ke luar negara untuk bercuti. Kat dalam negara pun ade macam-macam boleh kita tengokkan. Ayuhhhh!. Kaki Berangan

Menarik, ok lepas ni boleh pergi, thanks for the info. Encik Limited Edition

Special Thanks

Alhamdulillah, kami rasa mungkin setakat ini dahulu maklumat tentang The Pirate Adventure Melaka yang dapat kami di tempatmenarik.my dapat kongsikan dengan pembaca. InsyaAllah jadikan website kami sebagai rujukan WAJIB anda semua jika mahu pergi bercuti atau mencari tempat menarik untuk berhibur, makan dan menenangkan fikiran. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di The Pirate Adventure Melaka, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Akhir kata, sekali lagi admin ingin berpesan. Siapa antara pembaca tempatmenarik.my yang pernah sampai ke The Pirate Adventure Melaka silalah tinggalkan review ikhlas anda di bahagian komen.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleGua Kelam Perlis Tempat Menarik Sebagai Tempat Percutian Bajet yang Hebat
Next articlethe Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang Romantik
the-pirate-adventure-tempat-paling-menarik-wajib-pergi-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!