the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang Romantik

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon dalam Malaysia

Tempat Menarik untuk Honeymoon yang romantik pastinya menjadi pilihan ramai pasangan muda di Malaysia masa kita. Terutama pilihan tempat honeymoon di dalam Malaysia kerana faktor ekonomi negara yang kurang memberangsangkan sekarang.

Oleh sebab itu, kami di tempatmenarik.my ingin membantu mereka terutama yang ingin berbulan madu di dalam Malaysia untuk mencari tempat yang romantik, indah dan menarik supaya dapat mulakan kehidupan berumah tangga dengan sesuatu yang indah. Sebelum ini, admin sudah berkongsi teman di Terengganu iaitu Tanjung Jara Resort yang sesuai untuk honeymoon. Jadi, perkongsian kami kali ini membawa kita ke Negeri Sembilan dimana admin ingin mengetengahkan destinasi menarik disana iaitu “the Dusun” atau juga dikenali sebagai The Tropical Rainforest Resort!

Secara umumnya, the Dusun  ialah Guesthouse yang diperbuat daripada kayu dengan rekaan moden & tradisional yang memberikan sentuhan yang unik dan semulajadi. The Dusun Negeri Sembilan juga mempunyai pemandangan hutan hujan tropika yang cukup indah dan menenangkan yang ibaratnya yang belum  pernah diterokai oleh manusia.
The Dusun sangat menjaga privacy tetamu, iaitu dengan mengehadkan jumlah tetamu pada sekali kemasukan demi ‘menjaga’ suasana hutan yang sunyi dan tenang di samping juga memberikan ketenangan kepada tetamu lain yang datang demi menikmati ketenangan alam semulajadi ini. Kerana tak semua tetamu suka bising-bising. Oleh sebab itu, untuk the Dusun, anda perlulah menempah atau “booking” secara online dan bukannya walk-in supaya ketika anda datang akan ada kekosongan untuk anda.

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon dalam Negara yang Mengasyikkan!

  • Alamat : 3437, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Facebook : thedusun
  • Waktu Operasi : 9:00am – 6:00pm
  • Peta Lokasi :

Dapatkan Info Menarik di the Dusun Negeri Sembilan

Cara ke the Dusun Negeri Sembilan :

Dari Kuala Lumpur : KTM Kommuter dari KL Sentral ke Seremban.
Dari Singapore : Terbang dari KLIA atau KLIA2 atau Bas dari Singapore ke Seremban.

Kami menyarankan  supaya anda membiarkan pihak kami ( thedusun.com.my) untuk membuat tempahan taksi untuk anda. Hal ini kerana kami sudah ada pengalaman di mana ada pengunjung yang membuat tempahan sendiri dan memang ada yang sampai dengan jayanya namun masih ada kes yang mana taksi sesat atau taksi tidak mahu memanda ke atas bukit.

Untuk perhatian, kami (thedusun.com.my) tidak mengambil sebarang komisyen dari pihak taksi jika anda membiarkan kami membuat tempahan untuk anda. Niat kami hanyalah supaya anda dapat sampai dengan selamat.

Harga Taksi ke the Dusun

  1. Seremban ke the Dusun : RM40 (sehala)
  2. Airport ke the Dusun : RM160 (sehala) untuk 2 orang dengan bagasi kecil.
  3. Kuala Lumpur ke the Dusun : RM200 (sehala) bergantung kepada lokasi anda di mana di KL.

* Harga di atas ialah panduan sahaja dan mungkin tidak tepat 100%.

* Selepas anda membuat tempahan secara online, anda akan terima email pengesahan dari kami( email kedua dengan nombor tempahan dan butiran pembayaran), anda hanya perlu balas untuk membuat tempahan taksi.

Pelbagai Aktiviti Sesuai di the Dusun

Apa yang menariknya di guesthouse the Dusun ini? Tepuk dada tanya selera! Sudah semestinya menikmati saat-saat yang menenangkan dengan keindahan alam semula jadi flora dan fauna dengan kemudahan guesthouse yang tiptop. Ada kolam renang, tempat rehat, katil yang selesa, dan bermacam lagi.

LIMA (5) Jenis GuestHouse di the Dusun dan Harga

Sora House

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang RomantikSora House ni amat sesuai untuk keluarga besar yang tidak lebih dalam 6 / 7 orang sahaja. Rekaan guesthouse pula sangat menarik dan nature friendly kerana terdapat sebahagian binaan yang menggunakan kaca tingkap yang besar membolehkan tetamu menikmati alam semulajadi daripada dalam rumah.

Emas House

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang RomantikGuesthouse yang dibuat dengan cat dan warna kekuning-kuningan sesuai dengan namanya iaitu Emas House. Guesthouse lain yang juga sesuai untuk keluarga besar, yang mungkin tak minat duduk di rumah Sora House yang menggunakan konsep open.

Perling House

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang RomantikPerling House ni amat sesuai untuk yang ingin ber-honeymoon sebab guesthouse ini khas untuk dua orang.

Berembun House

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang RomantikBerembun House adalah yang paling popular kerana satu-satunya  Guesthouse yang betul-betul mengadap pemandangan gunung-ganang yang berhutan hujan tropika, ianya sangat-sangat privacy.Berembun House adalah guesthouse yang sangat-sangat sesuai untuk lokasi honeymoon anda. Berembun House merupakan guesthouse yang paling kecil antara semua jenis guesthouse di sana, kerana ia memang dikhaskan untuk 2 orang dewasa sahaja.

Tembusu House

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang Romantik
Details mengenai Tembusu House the Dusun Negeri Sembilan

Tembusu House juga guesthouse yang sesuai untuk lokasi honeymoon anda. Dengan keindahan susun atur bilik yang romantik, pastinya ianya memberikan 1000 pengalaman manis untuk anda.

* Peringatan mesra:

  • Sebelum menempah sila takenote bahawa ada guesthouse yang dog-friendly dan ada yang tidak. Jadi sila lihat details guesthouse dengan teliti.

* Tempahan Online the Dusun Negeri Sembilan

Panorama Indah di the Dusun Negeri Sembilan

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang Romantik

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang Romantik

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang Romantik

the Dusun Negeri Sembilan Tempat Honeymoon yang Romantik

Review di the Dusun

Very nice place. Located up on the cool hills with great views. Well designed houses. Private with a good establishment. Manj Sindu

Nice people. Amazing scenery. Pets friendly. Simply the best place to visit during the holiday. :). Vaani Vignes

till a good place too spend holiday. Navin Nathan

Nice environment, friendly staffs and tasty breakfast. Legolas Goh

Great natural environment. All you can eat on fully organic fruit. Matahari Gemuk

Fall in Love With This Place. Miss Honey

Special Thanks

Alhamdulillah, kami rasa mungkin setakat ini dahulu maklumat tentang the Dusun Negeri Sembilan yang dapat kami di tempatmenarik.my dapat kongsikan dengan pembaca. InsyaAllah jadikan website kami sebagai rujukan WAJIB anda semua jika mahu pergi bercuti atau mencari tempat menarik untuk berhibur, makan dan menenangkan fikiran.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di the Dusun Negeri Sembilan, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke the Dusun Negeri Sembilan.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleThe Pirate Adventure Tempat Paling Menarik Wajib Pergi di Melaka
Next articlePenang Escape Theme Park Tempat Menarik di Pulau Pinang Wajib Pergi
the-dusun-negeri-sembilan-tempat-honeymoon-romantik-dalam-negaraSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!