Terokai Sejarah Pulau Langkawi di Taman Lagenda

3470

Taman Lagenda Langkawi

Assalamualaikum. Terokai sejarah Pulau Langkawi di Taman Lagenda yang merupakan tempat menarik di Pulau Langkawi. Kewujudan taman lagenda langkawi adalah idea dari Tun Mahathir  dan mula dibuka secara rasmi pada tahun 1996. Dahulu taman ni adalah pantai dan lautan, selepas itu ditambak seluas 50 ekar untuk dijadikan taman lagenda.

Tujuan taman lagenda langkawi dibina adalah untuk ‘menghidupkan semula’ cerita-cerita lagenda dan mitos pulau langkawi. Sangat sesuai dengan gelarannya sebagai pulau lagenda. Di sini juga ada bukit tinjau setinggi 20 kaki. Menariknya, anda boleh melihat keindahan selat kuah dan seluruh lagenda langkawi.

Taman ni mempunyai empat buah tasik buatan, sebuah lagun dan pantai. Selain itu, taman ni memang popular di kalangan mereka yang suka beriadah. Disini terdapat ‘pathway’ untuk anda berbasikal atau berjogging. Kalau terasa mahu bersantai-santai sambil makan coklat boleh duduk ditempat rehat yang disediakan.

Taman tema yang indah dan cantik ini juga mempunyai lagun air tawar buatan manusia yang merangkumi kawasan seluas 50 ekar yang dibina diatas tanah tebus guna. Aliran air yang jernih turun ditengah-tengah kawasan membahagikan kawasan berbukit disebelah kiri dengan ukiran patung-patung lagenda disebelah kanan. Keindahan Selat Melaka dapat dilihat dari kawasan bukit yang tinggi atau Galeri Perayaan (Celebration Gallery) manakala kecantikkan kawasan laut dan pantai dapat dinikmati dari dua peghujung tanjung yang membentuk lagun di Pantai Lagenda. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca.

PENGEMBARAAN SEJARAH PULAU LANGKAWI DI TAMAN LAGENDA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.  
  • Waktu Operasi : Beroperasi 24 Jam
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Taman Lagenda

Aktiviti Sesuai

Melangkah ke Taman Lagenda Langkawi menjanjikan satu pengembaraan melalui sejarah dan pintu masa yang membawa kita ke zaman yang penuh kemeriahan kaya dengan lagenda dan dongeng tempatan.

Disini terdapat ‘pathway’ untuk anda berbasikal atau berjogging dan anda juga boleh bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan disini.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Taman Lagenda

 Jom Lihat Review Pengunjung di Taman Lagenda

Nice place to walk and many relaxing locations, i would consider this a secret destination for pictures and walks, could spend many hours here, the water here is so nice! Danny Ler.

This park is really huge, for a Malaysia standard of course. A lot of sculpture and arts, trees and pathway are well maintained. Most of the time, it’s quite here. Some trees near the globe are planted by world leaders, such as General Mugabe of Zimbabwe. Muhammad Othman.

Very excellent place for family fun. Usman Ali.

Nice park. Some wild animals to see! Jeremie Berges.

The environment is very peaceful to have some recreation activities, plus it also nearest to the beach. muzhafar akmal mahmud nor azlan.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, Terima kasih diucapkan kepada cakapsempoi.blogspot dan kedahdarulaman.tripod.com kerana telah berkongsi maklumat mengenai taman lagenda ini. Terima kasih juga kepada www.panoramio.com dan langkawi-info.com kerana berkongsi gambar Taman Lagenda Langkawi ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Lagenda Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Lagenda Langkawi.

Facebook Comments