Terminal Bersepadu Selatan Stesen Bas Terbesar Di Kuala Lumpur

Terminal Bersepadu Selatan

Assalamualaikum. Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan kecanggihan teknologi pengangkutan terkini untuk mempertingkatkan kemudahan dan keselesaan pengunjung dan para penumpang yang menaiki bas ekspres ke selatan, timur, dan utara. Di bawah satu bumbung terdapat pelbagai destinasi di seluruh Malaysia yang ditawarkan di sini. TBS merupakan Stesen Bas Terbesar di Kuala Lumpur dan Di Malaysia.

Melalui Kaunter CTS 1 – 59 dan Mesin Tiket Layan Diri 1 – 12, TBS-BTS menawarkan Sistem Tiket Bersepadu (CTS) untuk semua destinasi selatan, pantai timur dan kesemua destinasi utara, dimana penjualan tiket secara individu oleh pengendali bas ekspres telah disepadukan di dalam satu sistem penjualan tiket yang inovatif dan terancang. Sekaligus memberi peluang kepada pengguna untuk membeli tiket bas tanpa gangguan peraih tiket dan ulat tiket.

ketika anda menunggu bas, anda boleh luangkan masa dengan membeli-belah kerana pelbagai jenis jualan runcit dan butik fesyen yang disediakan di dalam terminal ini. Sekiranya anda ingin menjamu selera ketika beristirehat di hujung minggu, sila kunjungi pelbagai gerai makanan dan minuman yang disediakan di Aras 3 dan 4 terminal ini.

Ketika menunggu orang tersayang atau hanya sekadar tempat persinggahan ketika transit, TBS-BTS direkacipta dengan persediaan yang lengkap untuk menampung jumlah pengunjung yang kian meningkat, seperti bilangan tempat duduk yang banyak serta aliran penghawa dingin yang sesuai dengan keadaan semasa. Admin kongsikan Peta Terminal Bas ini. Semoga Bermanfaat.

TBS TERMINAL BAS CANGGIH DAN BERINOVATIF

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Terminal Selatan, Bandar Tasek Selatan, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-9051 2000
  • Waktu Operasi : 24 Jam
  • Website : www.tbsbts.com.my
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Terminal Bersepadu Selatan

Perkhidmatan Disediakan

Menawarkan Sistem Tiket Bersepadu (CTS) untuk semua destinasi selatan, pantai timur dan kesemua destinasi utara.

Dengan kemudahan akses rangkaian jalan raya utama MRR2 dan Lebuhraya Sungai Besi (SBE), dan juga tiga laluan kereta api yang berkedudukan selari dengan terminal ini, TBS-BTS merupakan sebuah hab pengangkutan bersepadu yang beroperasi 24-jam bagi para penumpang yang ingin ke 150(+) destinasi Selatan, Timur dan Utara.

Keperluan Khas

Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan untuk para pengunjung yang memerlukan keperluan khas seperti bilik menyusu, tandas khas dan sebagainya. Sila ke Kaunter Informasi ARAS 3 sekiranya anda perlukan bantuan atau layari Kiosk Informasi yang berdekatan dengan anda.

Kemudahan Disediakan

  • Bilik Istirehat VIP – Bilik Istirehat VIP disediakan di ARAS 3.
  • Bilik Penjagaan Bay i- Bilik penjagaan bayi disediakan di ARAS 2, 3, dan 4.
  • Medan Selera – Medan Selera TBS menyediakan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa.
  • Surau – Surau untuk pengunjung dan penumpang beragama Islam terletak pada ARAS 1, 3, dan 4 terminal ini.
  • Tandas Awam – Tandas awam terletak di ARAS 1 , 2 , 3 , dan 4 terminal dengan kemudahan khas untuk golongan kurang upaya juga.
  • Kawasan Larangan Merokok – Merokok dilarang sama sekali di dalam premis terminal.
  • Kemudahan untuk golongan OKU (Bantuan Khas) – Di TBS-­BTS, memberi layanan istimewa kepada setiap individu seperti tetamu kami. Kesemua kemudahan yang disediakan seperti tanjakan, lif, kaunter tiket, tandas OKU dan panduan taktil, boleh digunakan oleh OKU atau individu yang memerlukan keperluan khas seperti Warga Emas.
  • Pusat Bagasi dan Loker – Pusat bagasi dan loker terletak di ARAS 3 terminal. Kedua-­dua pusat bagasi dan loker menggunakan sistem pembayaran elektronik.
  • Gintell Rest N Go – Pelanggan kini boleh berehat dan bersantai di kerusi urut Gintell -­ Rest N Go dilengkapi dengan kawalan urut pratetap semasa menunggu orang tersayang atau menunggu untuk berlepas. Kerusi urut Gintell disediakan di Balai Menunggu ARAS 3 & 4-25 terminal.
  • Troli – Di TBS­‐BTS, Troli telah disediakan pada ARAS 2 (Balai Ketibaan) dan ARAS 3 (Lobi Utama).
  • Rest & Go (Hotel Transit & Reflexologi) – Rasa letih dan mengantuk semasa transit? Sila berhenti dan rehatkan diri di Rest & Go Motel. Hotel ini mempunyai bilik tidur yang lengkap dengan peralatan tempat tidur dan sistem penghawa dingin untuk keselesaan dan kemudahan anda.
  • Mesin ATM – Jika anda ingin mengeluarkan wang tunai, pelbagai mesin ATM dan Deposit Tunai disediakan pada ARAS 3 seperti CIMB, MayBank (ATM & SRM) dan AmBank.
  • Balai Perlepasan – Balai Perlepasan di ARAS 2 terbahagi kepada 3 kawasan. Balai Perlepasan 1-­19 untuk perlepasan Sistem Tiket Bersepadu (CTS) dilengkapi dengan penghawa dingin, skrin paparan jadual perjalanan bas, tandas, kiosk makanan dan minuman, serta pengumuman perlepasan berjadual.
  • Tempat Letak Kereta – Untuk kemudahan anda, tempat letak kereta ARAS 4, 5, 6 mempunyai bilangan tempat parkir yang lebih besar. Tiada bayaran dikenakan untuk motorsikal.
  • Automated External Defibrillator (AED) – TBS kini dilengkapi dengan Automated External Defibrillator (AED) di Pejabat Khidmat Pelanggan, ARAS 3 dan di Bilik Kecemasan, ARAS 2.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Stesen Terminal Bersepadu

     

Jom Lihat Review Pengunjung di Terminal Bersepadu Selatan

Your last call announcement really helpful me. I was not realised waiting at wrong gate until my name called.. It was fantastic. Modern design with 5 star cleanliness. The girl selling the ticket very beautiful with an adorable smile. Kuih Kosoi.

Biggest bus station in Kuala Lumpur and Malaysia. Hundreds of buses to most destinations in peninsular Malaysia. Important to know that there are additional ticket counters apart from the ones in the main hall. You’ll save time since queues are shorter. Many restaurants at the second level. During the weekends and public holidays can get busy – may be a good idea to buy your bus ticket online. Laurentiu Morariu.

Very systematic and organized. The last call announcement is pretty useful. However this place can get a bit crowded during holidays, queues everywhere, washrooms, surau, cafe. Tom Bishop.

Best bus terminal i’ve been to! Long row of counters selling tickets. Spacious with a vast seating area for passengers. Fully airconditioned with restrooms and food stalls. Marilyn Paradina.

Been a frequent user for past few years. Well upkeep and everything was perfectly organized and arranged. Very impressed with the standard. Kim Fooi Choo.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada laman web rasmi TBS kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Terminal Bersepadu Selatan , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Terminal Bersepadu Selatan.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleKidZania Tempat Menarik Di Kuala Lumpur
Next articlePenginapan Hebat di Lexis Hibiscus Port Dickson
terminal-bersepadu-selatan-stesen-bas-terbesar-di-kuala-lumpurSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!