

Tempurung Seaside Lodge terletak di dalam Kuala Penyu. Kira-kira 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Tempat ini dikendalikan oleh Yanti dan Frankie selama 10 tahun yang lalu. Pemandangan disini bertambah indah apabila terdapat pantai berpasir putih yang indah serta pemandangan alam yang nyaman. Walaupun agak jauh daripada Kota Kinabalu dan jalan agak tidak baik, admin pasti semua itu tidak akan terasa apabila anda melihat keindahan Kuala Penyu ini.
Resort ini merupakan tempat yang ideal untuk bersantai dan menghabiskan masa percutian anda. Anda pasti dapat rehatkan minda dan fizikal daripada kerja dan kesibukan kota. Rehatlah dengan aman disini tanpa gangguan. Resort ini menawarkan bilik / chalet pada harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai jenis bilik dan anda boleh memilih mengikut kemampuan dan keinginan anda.
Kedudukan resort di atas bukit membolehkan pengunjung menikmati pemandangan Laut China Selatan seluas mata memandang, sambil tubuh ‘dipukul’ angin pantai. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang bercuti disini bagi melepaskan tekanan di bandar dan rehatkan diri di sini. Admin masukkan tempat ini ke dalam Peta Tempat Menarik bagi panduan pembaca.
RASAI KETENGAN DAN KEDAMAIAN DI TEMPURUNG SEASIDE LODGE
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Kampung Tempurung, Kuala Penyu, 89740 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
- Nombor Telefon :Â +60 88-773 066
- Facebook : Tempurung Seaside
- Website : http://www.borneotempurung.com
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Tempurung Seaside Lodge
Aktiviti Menarik Dilakukan
- Berkayak
- Berbasikal
- Memancing
- Menoreh Getah (ikut musim)
- Menuai Padi (ikut musim)
- pool table
- darts
Bilik Yang Disediakan
- Two Family Room
- Four Twin Bed Room
- Four Double Bed Room
- One Dormitary
Semua bilik dilengkapi dengan tandas, jaring nyamuk, kipas syiling dan Hot Shower
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu
Jom Lihat Review Pengunjung di Tempurung Seaside Lodge
Thank you for a peaceful and relaxing stay. We had wonderful days on the quiet beach and enjoyed messing around in the kayaks. Rebecca Craig.
It was so quite and peaceful here. Enjoyed the great food and reading on a private beach. Thanks for a great time. I’ll be recommending your establishment to my friends. Britten.
Thank you for an amazing few days. Lovely food, stunning setting and the most dramatic sunsets. An all too short but more than sweet pleasure. Anytime again we would love to come back. Karina and Tom.
Our family outing at the resort. Very nice experience indeed! Kamarul Azman.
Thank you for a wonderful stay in your glorious hideaway. Hamish had an unforgettable birthday. Many thanks. The Peagan Family.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada blog.malaysia-asia.my kerana memberi maklumat mengenai tempat ini. Banyak maklumat yang diperolehi daripada laman blog ini. Selain itu, website resort ini juga banyak memberi maklumat dan gambar pemandangan di Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu.