Jom Cari Tempat Menarik di Terengganu Berbaloi Untuk Bercuti

Tempat Menarik di Terengganu

Malaysia sebenarnya merupakan satu negara yang sangat indah. Mana tidaknya ramai pelancong asing yang datang ke Malaysia saban tahun menyatakan mereka sangat teruja dengan keindahan bumi Malaysia ini.

Hutan hujan tropika yang sungguh mengasyikkan menyimpan pelbagai keindahan yang ramai diantara kita belum ketahui lagi. Salah satu negeri yang mempunyai keindahan alam ini ialah negeri Terengganu. Sama ada air terjun, sungai yang cantik, bukit dan gunung, pulau dan pantai, semuanya cukup lengkap di negeri Terengganu Darul Iman ini.

Dengan keramahan penduduk disini yang tidak lokek dengan senyuman dan budi bahasa yang tinggi menjadikan ianya suatu negeri yang penuh rahmat untuk pelancong seluruh negeri di Malaysia untuk datang melancong kesini.

Info Umum Tentang Negeri Terengganu

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ).

Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut.

Kemudian pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikannya daerah yang ketujuh di Negeri Terengganu. Dan seterusnya pada 18 September 2014, Kuala Nerus pula dibentuk dan menjadikan ia daerah yang kelapan. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah.

Ringkasan Info

  • Lokasi : Terletak di Timur Semenanjung Malaysia.
  • Keluasan : 12,955 km² iaitu 3.9% dari keluasan Malaysia.
  • Ibu Negeri : Kuala Terengganu
  • Bilangan Penduduk : 1,036,000 iaitu 3.7% dari bilangan rakyat Malaysia.
  • Kepadatan Penduduk : 88.7 orang bagi setiap 1km².
  • Huruf Pertama Plat Kenderaan : T
  • Poskod Kebangsaan : 20xxx to 24xxx

*Data adalah anggaran pada tahun 2010.

Tempat Menarik di Terengganu

8 daerah di negeri terengganu

Jom admin tempatmenarik.my bawa anda semua untuk mengembara ke negeri Terengganu. Kita lihat setiap keindahan yang ada di pelbagai daerah di sini. Jom saksikan.

Tempat Menarik di Besut

Besut merupakan satu nama yang tidak asing lagi. Ia merupakan daerah unik yang terletak di utara negeri Terengganu. Nama Besut masyhur di seluruh Malaysia kerana sejarahnya serta penduduk Besut yang beradat, sopan santun serta mudah mesra.

Besut bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur. Pantainya cantik dan indah, bertanah beris serta menghadap pulau-pulau yang terkenal di seantero dunia. Baiklah, itu serba sikit tentang daerah ini, mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini yang wajib anda pergi, antaranya ialah :

  1. Perhentian Island Resort
  2. Snorkeling & Menaiki Banana Bot di Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang
  3. Aktiviti Mendaki Bukit Kluang Besut Terengganu
  4. Meluncur Udara di Kota Putera Paragliding Park
  5. Singgah Beli Ikan Segar dan Murah di Jeti Perikanan LKIM Besut
  6. Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih
  7. Pantai Air Tawar
  8. Kolam Air Panas La Hot Spring
  9. Hutan Lipur Lata Belatan & Gunung Tebu
  10. Hutan Lipur Lata Tembakah

Tempat Menarik di Setiu

Setiu terletak di pantai timur semenanjung Malaysia dalam negeri Terengganu. Kedudukan daerah Setiu dalam negeri Terengganu adalah di bahagian utara negeri ini, bersempadan dengan daerah Besut di utara, Hulu Terengganu di sebelah barat dan selatan, manakala sempadan di sebelah tenggara adalah daerah baru di Terengganu iaitu Kuala Nerus yang sebelum ini adalah sebahagian daripada daerah Kuala Terengganu.

Baiklah, itu serba sikit tentang daerah ini, mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini yang wajib anda pergi, antaranya ialah :

  1. Merang Suria Resort
  2. Sutra Beach Resort

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Sebagai sebuah daerah, Kuala Terengganu merupakan yang terkecil dari segi keluasan, tetapi (sekiranya kawasan daerah Kuala Nerus yang terletak bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diambilkira) ia mepunyai jumlah penduduk terbanyak di negeri ini iaitu 343,284 orang pada 2010.

Status bandar raya deberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari 2008. Walaupun Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada pemodenan dan pembangunan, ia masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang masih utuh sambil digabungkan bersama-sama warisan dan budaya lain disebabkan sejarah panjangnya sebagai pelabuhan.

Baiklah, itu serba sikit tentang daerah ini, mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini yang wajib anda pergi, antaranya ialah :

  1. Pasar Besar Kedai Payang
  2. Masjid Terapung
  3. Masjid Kristal
  4. Pulau Warisan
  5. Dataran Syahbandar
  6. Pantai Batu Buruk
  7. Pulau Redang Terengganu
  8. Desa Murni Batik
  9. Kompleks Kraf Tangan Noor Arfa
  10. Bukit Puteri
  11. Pusat Sains dan Kreativiti
  12. Pantai Batu Buruk Di Terengganu Tempat Menarik Yang Berbaloi Untuk Di Singgahi

Tempat Menarik di Kemaman

Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu Kawasan pantai, Kawasan pedalaman dan Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai).

Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.

Baiklah, itu serba sikit tentang daerah ini, mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini yang wajib anda pergi, antaranya ialah :

  1. Mesra Mall
  2. Telaga Simpul Pantai Marina
  3. Pantai Kemasik

Tempat Menarik di Dungun

Penemuan bijih besi, Daerah Dungun merupakan Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.

Manakala pada awal tahun 1994 Daerah Dungun mula menerima limpahan pembangunan industri dari Daerah Kemaman dengan pembukaan Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 di Kawasan Tok Arun, Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS dan Janakuasa letrik di Paka.

Dijangka Dungun akan terus berkembang maju dalam bidang industri berasaskan gas dan petrolium. Baiklah, itu serba sikit tentang daerah ini, mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini yang wajib anda pergi, antaranya ialah :

  1. Tanjong Jara Resort
  2. Hiking & Dive di Sungai Bangang
  3. Pantai Rantau Abang Di Terengganu Tempat Menarik Yang Sangat Awesome
  4. Pantai Paka

Tempat Menarik di Marang

Marang terletak di tepi Laut China Selatan. Banyak muka buminya adalah kawasan paya di sebelah barat. Sungai Marang mengalir dari Bukit Kor dan Gunung Gajah Terom (1206 m). Selain kawasan berpaya, terdapat juga kawasan berbukit yang sederhana tinggi yang sejajar dengan pantai yang paling panjang di Semenanjung ini.

Marang menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia, dan lain-lain. Pulau Kapas merupakan pulau yang indah, menarik pengunjung dari serata dunia.

Baiklah, itu serba sikit tentang daerah ini, mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini yang wajib anda pergi, antaranya ialah :

  1. Pulau Kapas

Tempat Menarik di Hulu Terengganu

Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak terpencil di negeri Terengganu namun mula dikenali setelah adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini tasik buatan manusia itu amat dikenali sebagai destinasi perlancongan.

Namun begitu kelahiran nama Terengganu Darul Iman itu sendiri ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu Terengganu. Ini kerana Batu Bersurat Terengganu yang menyatakan daerah ini yang mula-mula menerima Islam di Terengganu malah di Malaysia. Ia dijumpai di Kg. Buluh iaitu sebuah kampung di Hulu Terengganu.

Baiklah, itu serba sikit tentang daerah ini, mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini yang wajib anda pergi, antaranya ialah :

  1. Air Terjun Hutan Lipur Sekayu
  2. Tasik Kenyir Jadi Tempat Menarik di Terengganu dengan Pelbagai Aktiviti Air yang Hebat
  3. Kenyir Water Park

Tempat Menarik di Kuala Nerus

Kuala Nerus merupakan sebuah daerah yang terletak di Terengganu, Malaysia. Pengistiharan daerah Kuala Nerus sebagai daerah kelapan dalam negeri Terengganu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 September 2014. Di sini terletaknya Kawasan Perindustrian Gong Badak yang menempatkan pelbagai industri yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.

Baiklah, itu serba sikit tentang daerah ini, mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini yang wajib anda pergi, antaranya ialah :

  1. Pantai Tok Jembal Kuala Nerus

Ya, itulah antara keindahan flora dan fauna yang terdapat di negeri Terengganu. Tidak perlu pergi jauh. Di Terengganu sahaja kita dapat melihat keindahan alam yang tidak terhingga cantiknya. Anda ada tempat menarik lain yang patut dikunjungi? Sila kongsikan kepada kami.

Sumber info tentang Negeri Terengganu

  1. http://www.wikiwand.com
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleBercuti dan Singgah ke Pelbagai Tempat Best di Selangor
Next articleTerokai Pelbagai Tempat Rahsia Yang Menjadi Tumpuan Pelancong di Negeri Sembilan
tempat-menarik-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!