

Terdapat banyak tempat menarik di Sarawak. Sarawak merupakan salah satu negeri di Borneo yang merupakan negeri paling luas di Malaysia. Ianya merupakan salah satu negeri yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Sebut sahaja Sarawak pasti penggemar makanan akan teringat pelbagai masakan atau makanan yang sedap seperti Kek Batik Sarawak, Mee Kolok, Nasi Ayam Penyet dan sebagainya.
Bagi admin tempatmenarik.my sendiri yang pernah tinggal dan berkhidmat di Sarawak merasakan sangat-sangat  teruja dengan pelbagai tempat menarik disana. Boleh dikatakan hampir setiap kali cuti mahupun hujung minggu ada sahaja aktiviti yang boleh dilakukan. Kepelbagaian kaum, bahasa dan agama menjadikan Sarawak ini sangat unik.
Tak percaya? Cubalah tinggal disana pasti anda akan rasakan kelainan disana. Dengan orang yang peramah, kepelbagaian budaya dan adat menyebabkan hampir setiap hari anda boleh belajar benda baru!
Info Umum Tentang Negeri Sarawak
Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan negara Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963. Pada peringkat awalnya, Sarawak merupakan sebuah wilayah yang bergabung bersama-sama Sabah, Singapura dan Tanah Melayu membentuk negara Malaysia pada 16 September 1963. Akibat masalah ekonomi dan politik, idea penggabungan diterima oleh masyarakat Sarawak.
Penghunian manusia yang paling awal di Sarawak di Gua Niah bermula pada 40,000 tahun. Satu siri seramik Cina bertarikh dari abad ke-8 hingga ke-13 Masihi telah ditemui di tapak arkeologi Santubong. Wilayah pesisir Sarawak berada di bawah pengaruh Empayar Brunei pada abad ke-16. Pada tahun 1839, James Brooke, seorang penjelajah British, tiba di Sarawak. Beliau dan keturunannya memerintah negeri itu dari 1841 hingga 1946. Semasa Perang Dunia II, ia diduduki oleh Jepun selama tiga tahun. Selepas perang, Rajah Putih yang terakhir, Charles Vyner Brooke, menyerahkan Sarawak ke Britain, dan pada tahun 1946 ia menjadi Koloni Mahkota British.
Pada 22 Julai 1963, Sarawak diberikan kerajaan sendiri oleh British dan kemudiannya menjadi salah seorang anggota pengasas Persekutuan Malaysia, yang ditubuhkan pada 16 September 1963. Namun, persekutuan itu ditentang oleh Indonesia yang membawa kepada konfrontasi selama tiga tahun. Penciptaan Persekutuan juga mengakibatkan pemberontakan komunis yang berlangsung hingga tahun 1990.
Ketua negara adalah Gabenor, juga dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri, manakala ketua kerajaan adalah Ketua Menteri. Sarawak dibahagikan kepada bahagian pentadbiran, dan daerah-daerah, yang dikawal oleh sebuah sistem yang dimodelkan dengan teliti pada sistem parlimen Westminster dan merupakan sistem perundangan negeri terawal di Malaysia.
Ringkasan Info
- Lokasi : Terletak di selatan Semenanjung Malaysia.
- Keluasan : 124,449 km² iaitu 37.7% dari keluasan Malaysia.
- Ibu Negeri : Kuching.
- Bilangan Penduduk : 2,471,100 iaitu 8.8% dari bilangan rakyat Malaysia.
- Kepadatan Penduduk : 20.5 orang bagi setiap 1km².
- Huruf Pertama Plat Kenderaan : QA hingga QT
- Poskod Kebangsaan : 93xxx ke 98xxx
*Data adalah anggaran pada tahun 2010.
Tempat Menarik di Sarawak
Teruja bukan? Baiklah kalau begitu, jom kita lihat senarai tempat-tempat menarik yang patut anda semua pergi.
Tempat Menarik di Kuching
Kuching ialah tarikan utama bagi pelancong dan merupakan pintu gerbang utama bagi pelancong mengunjungi Sarawak dan Kalimantan.[7] Taman Negara Tanah Lembap Kuching terletak sekitar 30 kilometer (19 b) dari bandar dan terdapat banyak tarikan lainnya di dalam dan sekitar Kuching seperti Taman Negara Bako, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF), Dewan Undangan Negeri Sarawak, Astana, Fort Margherita, Muzium Kucing, dan Muzium Sarawak. Bandar ini telah menjadi salah satu pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur.
Ok, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Kuching, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
- Damai Beach Resort
- Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh
- Kuching Civic Centre
- Masjid Jamek Kuching
- Muzium Kucing
- Muzium Tekstil Kuching Sarawak
- Taman Orkid Kuching Sarawak
- Borneo Highland Resort
- Taman Negara Bako
- Taman Negara Gunung Gading
- Taman Negara Kubah
- Hutan Simpan Semenggoh
Tempat Menarik di Miri
Miri ialah bandaraya di Sarawak, Malaysia. Miri wujud disebabkan kemunculan industri minyak dan gas asli yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada di bandar Miri. Semenjak itu, Daerah Miri terus pesat membangun hinggalah ke hari ini. Miri mendapat namanya daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputra Miri pada abad ke-16. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar ini secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini.
Bandaraya ini dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara Brunei. Keluasan bandaraya Miri ialah 977.43 km persegi. Ia mempunyai kira-kira 350 ribu orang penduduk terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melayu, Melanau, India, Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan, Bidayuh, Kedayan , Lun Bawang/Lun Dayeh dan lain-lain lagi. Ok, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Miri, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Sibu
Sibu ialah salah satu bandar di Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60 km dari laut. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga penduduk Bumiputera lain seperti orang Melayu dan Melanau. Mengikut anggaran 2010, jumlah penduduk di Bandar Sibu adalah seramai 257,000 orang.
Ok, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Sibu, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Bintulu
Bandar Bintulu membangun dengan pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak setelah diiktiraf sebagai bandaraya. Ia terletak 650 km dari Bandar Raya Kuching dan kira-kira 215 km dari Sibu atau Miri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2. Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu kini muncul sebagai bandar antarabangsa.
Bintulu turut mempunyai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa, iaitu lapangan Terbang Bintulu. Lapangan terbang baru ini mempunyai landasan sepanjang 2600 meter yang mampu menerima Airbus A330 mendarat. Lapangan terbang ini turut mengendalikan penerbangan ke beberapa destinasi luar negara seperti Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong, Manila, Bangkok dan Jakarta dapat dilakukan dengan adanya Lapangan Terbang baru ini. Ok, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Bintulu, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Serian
Daerah Serian adalah terletak 68km daripada bandar raya Kuching. Ia adalah merupakan pekan persinggahan sebelum memulakan perjalanan ke daerah di negeri Sarawak. Serian adalah pintu masuk ke negara jiran Indonesia melalui Pos Imigresen di Tebedu kira-kira 30 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Serian. Bandar Indonesia bersempadan dengan Tabedu ialah Entikong, Sanggau. Tabedu pernah menjadi tumpuan pelancong tempatan dan Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu kerana terdapat barangan jualan yang menarik yang agak murah dijual di sempadan negara jiran berkenaan.
Kini tarikan jualan barangan sedemikian telah berpindah ke Serikin dalam daerah Bau, Kuching di mana peniaga-peniaga negara jiran membawa barangan jualan mereka. Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Serian, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Samarahan
Kebanyakan pendudukan Samarahan adalah dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina.Samarahan dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tinggi di Sarawak.Kewujudan UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak), UiTM (Universiti Teknologi Mara), Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Sumber Sarawak, INTAN dan Giat Mara.
Bahagian Samarahan dihubungkan oleh 2 batang sungai yang besar iaitu Batang Samarahan dan Batang Sadong. Penempatan kebanyakan penduduk asal Samarahan di tepi sungai dipengaruhi oleh kepentingan sungai sebagai sumber ekonomi dan perhubungan. Kampung-kampung yang terdapat di Samarahan dan Sadong dapat dihubungi melalui sungai-sungai. Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Samarahan, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Sri Aman
Sri Aman merupakan salah satu bandar pelabuhan dan daerah yang terletak di Sarawak, Malaysia. Sri Aman atau Bandar Sri Aman yang terletak di Sungai Batang Lupar ini juga pada asalnya dikenali dengan nama Simanggang. Nama Sri Aman diambil sempena peristiwa penyerahan diri anggota parti komunis yang dipimpin oleh Bong Kee Chok sekitar tahun 1974. Peristiwa ini dikenali sebagai Deklarasi Sri Aman.
Sri Aman juga mempunyai sejarah yang penting semasa era penjajahan. Sri Aman juga merupakan pintu gerbang bagi pelawat untuk menuju ke Taman Negara Batang Ai dan melawat rumah panjang tadisional kaum Iban yang terdapat di sepanjang sungai.  Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Sri Aman, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Marudi
Marudi yang terletak di bahagian utara Bahagian Miri berhampiran Taman Negara Mulu hanya dapat dihubungkan dengan menggunakan pengangkutan udara (MASwings) dan sungai iaitu Batang Baram (menggunakan bot ekspress).
Batang Baram, adalah laluan utama ke kawasan Ulu Baram. Setiap hari beberapa bot ekspres mengadakan perjalanan dari Miri ke pekan Marudi (perjalanan mengambil masa 2 jam setengah dengan tambang RM25 sehala) & ke destinasi terakhir di kawasan Ulu Baram, iaitu pekan Long Lama (3 jam perjalanan).
Kini, Marudi juga dapat dihubungi dengan pengangkutan darat (melalui jalan pembalakan melalui ladang kelapa sawit) dari Miri sejauh 54 km iaitu sejam perjalanan. Perjalanan Miri ke Marudi kenderaan akan meredah jalan sawit yang dahulunya jalan pembalakkan tersebut terpaksa melalui Feri Sungai Bakong iaitu bersebelahan dengan kampung etnik iban Sg Arang dan Feri Batang baram iaitu kawasan yang dikenali sebagai nanga Ridan dan dikenakan caj. Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Sri Aman, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Betong
Daerah Betong telah dinaikkan taraf menjadi Bahagian Betong pada 26 Mac 2002. Sebelum ini ia merupakan salah satu daerah di dalam Bahagian Sri Aman. Keluasan Bahagian Betong ialah 4,180.8 km persegi. Kawasan di bawah pentadbirannya meliputi kawasan Betong dan Saratok. Jumlah penduduknya berdasarkan banci penduduk 2000 adalah 92,427 orang. Penduduknya pelbagai kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, Iban, Cina dan Bidayuh. Daerah Betong ditadbir oleh Majlis Daerah Betong yang merangkumi kawasan bandar Betong sendiri termasuk pekan Debak, Pusa, Spaoh dan kawasan-kawasan sekitarnya. Manakala daerah Saratok di tadbir oleh Majlis Daerah Saratok.
Betong juga menjadi tumpuan penduduk tempatan kerana diketahui mempunyai pantai-pantai yang tidak kurang menarik seperti pantai Tanjung Kembang dan pantai Gerigat yang terletak di Kabong. Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Betong, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Sarikei
Bandar Sarikei terletak di tepi sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Sarikei didiami oleh pelbagai etnik yang terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melanau dan Melayu.
Pekan-pekan kecil di dalam daerah Sarikei termasuklah Pakan, Bintangor, Jaka, Belawai dan Tanjung Manis. Kedudukan bandar Sarikei di tengah-tengah menjadikannya bandar persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu yang dihubungi melalui jalan raya ataupun melalui pengangkutan sungai dengan menaiki bot ekspres. Terdapat juga perkhidmatan pengangkutan bas awam dari Kuching ke Sarikei dan seterusnya ke Sibu.
Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Sarikei, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Kapit
Majoriti penduduk Kapit terdiri daripada kaum Iban diikuti kaum Cina dan Melayu. Kapit amat terkenal dengan hasil buah dabai dan durian. Bandar Kapit terletak di tepi sungai Rejang. Ia boleh dihubungi melalui sungai menggunakan perkhidmatan bot ekspres. Bandar Kapit terletak di tengah-tengah antara pekan Song dan Belaga.
Meskipun untuk pergi ke bandar tersebut hanya boleh dicapai dengan perahu ataupun bot-bot kecil, (perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Sibu dengan menggunakan bot-bot ekspres), itu adalah suatu kehidupan komersil dan terdapatnya pusat sosial di tengah-tengah Sungai Rajang ke rumah panjang masyarakat dan kem kayu. Ini adalah dasar yang sangat baik untuk menerokai rumah-rumah panjang berdekatan atau untuk menetapkan perjalanan ke Hulu Rajang dan Sungai Balleh.
Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Kapit, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Bau
Daerah Bandar Bau merupakan pecahan kawasan pentadbiran di Bahagian Kuching bagi negeri Sarawak, Malaysia. Daripada segi ekonomi, bandar Bau terkenal dengan perlombongan emas yang berkualiti di Malaysia. Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Bau , mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Limbang
Limbang merupakan sebuah bahagian dan juga ibu kota bahagian di negeri Sarawak. Bahagian Sarawak ini terletak di sebelah utara, dan mempunyai kawasan seluas 3,978.1 kilometer persegi dan jumlah penduduk 42,600 orang (banci tahun 2000). Anehnya Bandar Limbang diapit oleh Brunei Muara dan Temburong. Bahagiah luar pantai banyak petroleum dan gas. Bagi meneroka petonsi itu, Perjanjian 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei telah diadakan.
Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Limbang, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Saratok
Daerah Saratok kaya dengan ladang-ladang dan kebun-kebun kelapa sawit. Kelapa sawit telah membawa sumbangan yang besar kepada pembangunan daerah Saratok serta telah meningkatkan taraf hidup penduduk sekitar daerah Saratok. Jumlah penduduk di daerah ini ialah sebanyak 37,918 orang iaitu Saratok (21,100 orang), Kabong (10,091 orang) dan Roban (6,728 orang) dan penduduk- penduduk di kawasan Saratok dan Roban kebanyakannya terdiri daripada petani, manakala di Daerah Kecil Kabong, kebanyakan penduduk adalah nelayan dan petani.
Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Saratok, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Mukah
Mukah merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak, Malaysia dengan keluasan 2,536 km2. Kawasan pentadbiran bahagian Mukah meliputi bandar Mukah, pekan Balingian dan Selangau mengikut pembahagian kawasan terbaru,Dalat turut dimasukkan dalam bahagian Mukah. Bandar Mukah yang didirikan di tepi Sungai Batang Mukah berada sejauh kira-kira 3.5 jam perjalanan dari Sibu. Mengikut banci tahun 2000, penduduk Mukah berjumlah lebih kurang 47,900 orang dengan kebanyakan mereka berbangsa Melanau.
Mukah mempunyai banyak keunikan yang tersendiri seperti makanan yang eksotik, budaya, kepercayaan, dan lain-lain. Mukah menjadi pusat kebudayaan orang Melanau dan “Pesta Kaul” yang diraikan pada bulan April oleh nelayan tempatan merupakan salah satu acara tahunan yang penting di sini. Kawasan di persekitaran Mukah ialah tempat penanaman sagu yang penting. Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Mukah, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Simunjan
Simunjan adalah salah sebuah daerah di bawah Pentadbiran Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia. Keluasan Daerah Simunjan ialah lebih kurang 2,077 km persegi. Ia terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching dengan menggunakan jalan darat dan 103 km melalui jalan air (sungai). Sebuyau dan Gedong adalah di bawah Pentadbiran Daerah Simunjan.
Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Simunjan, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Lawas
Lawas adalah sebuah bandar kecil dan ibu kota Daerah Lawas, Bahagian Limbang, Sarawak, Malaysia. Kawasan daerah ini adalah 3,811.9 kilometer persegi, dan penduduk (banci tahun 2000) adalah 35.300. Ia adalah 1200 km dari ibu negara, Kuching dan 200 km dari ibu kota Sabah, Kota Kinabalu. Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Lawas, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Belaga
Belaga terletak di pedalaman Sarawak, Malaysia. Belaga terletak di Hulu Rajang, Bahagian Kapit, dan merupakan sebuah daerah yang luas dengan keluasan 19,403.27 km per segi, dan terletak jauh di pedalaman Negeri Sarawak. Daerah Belaga merupakan daerah yang kebanyakan diduduki oleh masyarakat Orang Ulu, seperti suku kaum Kenyah, Kayan, Penan, Punan, Sihan, Kajang, Ukit, Beketan dan Tanjung. Empangan Bakun terletak di utara daerah ini.
Daerah Belaga bersempadanan dengan Daerah Baram, Bintulu, Tatau dan Kapit, dan dengan Kalimantan Tengah, Indonesia. Banjaran Iran adalah merupakan garisan sempadan semulajadi yang memisahkan Daerah Belaga dengan Kalimantan Tengah. Daerah Belaga dihampari oleh kawasan dataran tanah tinggi ( kebanyakan melebihi 4,000 kaki dari paras laut ) dan kawasan lembangan-lembangan sungai. Sungai-sungai utama yang terdapat di Daerah Belaga adalah seperti Sungai Balui (kawasan Hulu Sungai Rajang) Sungai Linau, Sungai Plieran dan Sungai Belaga.
Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Belaga, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Lundu
Daerah Bandar Lundu merupakan pecahan kawasan pentadbiran di Bahagian Kuching bagi negeri Sarawak. Malaysia. Taman Negara Tanjung Datu terletak di Lundu. Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Lundu, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Asajaya
Asajaya merupakan bandar kecil di Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada Melayu, Cina dan Iban. Merupakan kawasan dataran tanah pamah yang terdiri dari hutan paya bakau. Dengan adanya projek Pengairan dan Saliran di Asajaya, ia telah memberi manfaat kepada semua petani yang mengusahakan kelapa, koko dan limau. Kawasan tersebut adalah di antara kawasan yang paling subur di Sarawak dan telah dibangunkan secara intensif.
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Asajaya, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Tatau
Tatau ialah sebuah pekan dan daerah di Bahagian Bintulu, Sarawak, Malaysia. Jumlah penduduknya adalah seramai 25,300 orang (bancian 2000) dengan keluasan daerahnya lebih kurang 49,458 km persegi. Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Tatau, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Maradong
Maradong merupakan sebuah daerah kecil di dalam pentadbiran bahagian Sarikei, Sarawak. Daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Maradong dan Julau. Kawasan-kawasan pentadbirannya termasuklah bandar Bintangor, dan Lebuh Kemantan. Jumlah penduduk daerah ini dianggarkan 28,942 orang. Ia juga dieja sebagai Meradong. Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Maradong, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Kanowit
Kanowit merupakan satu daerah kecil yang terletak di dalam Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia dengan keluasan 2,253.5 km persegi. Jumlah penduduknya 28,600 orang (2002).Daerah kecil ini dapat dihubungkan dengan menggunakan laluan air dan laluan darat dari Sibu menghala ke bahagian Kapit dan daerah Julau. Perjalanan dari Sibu ke Kanowit mengambil masa 1 jam perjalanan. Kedudukan Kanowit amat strategik kerana menjadi tempat persinggahan sementara bagi pengguna laluan air sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan pedalaman Sarawak.
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Kanowit, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Lubok Antu
Lubok Antu ialah sebuah daerah di Bahagian Sri Aman, di Sarawak, Malaysia. Ia berbatasan dengan Badau, di Kalimantan Barat, Indonesia. Sebilangan besar penduduknya merupakan kaum Iban. Aktiviti ekonomi utama di daerah ini adalah aktiviti pertanian.
Nama Lubok Antu dikatakan berasal daripada peristiwa peperangan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat Iban pada suatu masa dahulu. Peperangan yang berlaku menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan mayat-mayat yang terkorban dihanyutkan arus deras dari hulu Sungai Batang Ai ke suatu lubuk di hilir sungai. Tiada siapa yang berani menguruskan mayat-mayat yang telah tersadai di lubuk tersebut. Lubuk di mana mayat tersadai itu pula mula dianggap berpuaka oleh penduduk tempatan, maka lahirlah nama Lubok (lubuk) Antu (hantu/puaka).
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Lubok Antu, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Selangau
Pekan Selangau merupakan pekan terbesar di bahagian Sibu. Selangau juga mempunyai jumlah penduduk yang ramai berbanding dengan pekan-pekan lain (22318 orang). Kini Selangau diiktiraf sebagai daerah Selangau. Selangau dikenali sebagai daerah perhentian dan Selangau merupakan sebuah daerah yang kaya dengan hasil hutan seperti buah-buahan. Daerah Selangau juga kaya dengan rumah panjang iaitu rumah Manchong, rumah Layang, rumah Teretang, rumah Usit dan sebagainya. Selain itu Selangau juga kaya dengan hasil pertanian seperti kelapa sawit, buah rambutan, durian, dabai dan sebagainya.
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Selangau, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Song
Song adalah sebuah bandar, dan ibu kota Daerah Song (3,935.2 kilometer persegi) di Bahagian Kapit, Sarawak, Malaysia. Penduduk daerah (banci tahun 2010) adalah 20,046. Song terletak di tebing Sungai Katibas, sebuah sungai Sungai Rajang. Orang Iban (Sea Dayak) membentuk majoriti di Song, diikuti oleh Orang Ulu, Cina, Melayu, Melanau dan Bidayuh. Ia merupakan perhentian penting bagi lalu lintas sungai yang mengalir ke Sungai Rajang. Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Song, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Dalat
Dalat merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tepi Batang Oya, Sarawak, Malaysia. Dalat adalah pusat pentadbiran bagi daerah Dalat. Dalat terletak di dalam bahagian Mukah, Sarawak. Daerah Dalat meliputi kawasan dari Kg. Penat ke Oya, dan dari Muara Sg. Kut ke Ulu Baoh. Terdapat 3 pekan, 23 buah kampung dan 22 rumah panjang di bawah pentadbiran daerah ini.
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Dalat, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Matu
Matu (dikenali juga sebagai Mato) adalah sebuah daerah dan pekan kecil dalam bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Sebelum Bahagian Mukah diwujudkan, Matu berada di bawah bahagian Sibu.
Terdapat lebih dari 20 kampung dalam daerah Matu, antaranya Jemoreng, Loba Balu, dan Sekaan. Majoriti penduduk di Matu adalah Melanau. Kaum Cina pula adalah kaum kedua terbesar di sini. Anggaran populasi penduduk adalah sekitar 10,000 orang. Pekan terhampir dengan Matu ialah Daro dengan jarak perjalanan darat lebih kurang 24 kilometer. Majlis Daerah Matu-Daro (Matu-Daro District Council) yang terletak di Matu merupakan mercu tanda dan bangunan terbesar di Matu.
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Matu, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Julau
Julau merupakan sebuah bandar dengan keluasannya 1703.3 km persegi yang terletak di daerah Julau, Sarawak, Malaysia. Bandar ini terletak dalam bahagian Sarikei di timur Sarawak. Penduduk seramai 34,500 (statistik 2000) . Ia ditadbir sebagai daerah kecil. Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Julau, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Pakan
Pakan, Nanga Wak adalah sebuah pekan kecil di Sarawak, Malaysia. Ia terletak di Bahagian Sarikei. Ia terletak kira-kira 153.8 kilometer (96 mi) timur-timur laut ibu negeri, Kuching. Penduduk daerah (seperti banci 2014) adalah 32,209. Daerah ini diwakili oleh Buah Pakan.
Kebanyakan penduduknya adalah kumpulan Iban etnik (91% atau 24,972) dan beberapa minoriti kumpulan Cina (8.17% atau 8,071) biasanya tertumpu di kawasan bandarnya. Minoriti kecil Islam (1.15% atau 966) bekerja di sektor kerajaan, seperti guru, jururawat, pegawai daerah, dan polis. Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Pakan, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Telang Usan
Telang Usan adalah kawasan pilihan raya negeri Sarawak, Malaysia, yang telah diwakili di Dewan Undangan Negeri Sarawak sejak tahun 1969. Dewan Undangan Negeri telah diwujudkan dalam pengagihan semula tahun 1968 dan diberi mandat untuk mengembalikan satu anggota ke Dewan Undangan Negeri Sarawak di bawah sistem pengundian pasca pertama.
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Telang Usan, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Beluru
Daerah Kecil Beluru terletak di daerah Baram, Sarawak. Beluru terletak sekitar 80 km atau satu setengah jam perjalanan dari bandar Miri dan berhampiran dengan lokasi Empangan Bakun. Pada Mei 2009, RM 1.03 bilion diperuntukkan untuk pembinaan jalan raya dari Miri ke tapak projek hidroelektrik Bakun. RM150 juta di antaranya untuk membaiki jalan raya 40 kilometer antara Beluru dan bazar Lapok di daerah Baram. Ia sebahagian daripada projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Beluru, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Subis
Berdasarkan data Bancian Penduduk 1991, Majlis Daerah Subis mempunyai anggaran penduduk lebih kurang 39, 601 orang penduduk. Berasaskan kepada Banci Penduduk 2000 yang disesuaikan mengikut PBT Sarawak, 2008 Majlis Daerah Subis mempunyai anggaran penduduk lebih kurang 54,600 orang penduduk. Angka ini meningkat dengan kelahiran baru serta penghijrahan pekerja-pekerja kepelbagaian pusat pekerjaan seiringan dengan pertumbuhan pesat ladang-ladang pertanian di Daerah Subis.
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Subis, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Bukit Mabong
Bukit Mabong adalah Daerah terbaharu Sarawak. Ia meliputi kawasan seluas 11,976 kilometer persegi dan merupakan daerah keempat di Bahagian Kapit selepas Kapit, Belaga dan Song. Daerah baru ini mempunyai jumlah penduduk sekitar 22,000 orang yang tinggal di 117 rumah panjang Iban yang dominan.
Bahagian Kapit dibentuk pada 2 April 1973 yang meliputi 38,934 kilometer persegi (lebih besar daripada negeri terbesar di Semenanjung, Pahang seluas 35,960 km persegi) dan merupakan bahagian pentadbiran terbesar di Sarawak. Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Bukit Mabong, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Sebauh
Sebauh adalah daerah kecil di Bahagian Bintulu, Sarawak, Malaysia. Ia berkongsi sempadan dengan Miri, Baram, Kapit, Belaga dan Tatau. Ia mempunyai keluasan kira-kira 5,262.90 kilometer persegi. Pekan Sebauh adalah pusat pentadbiran dan ekonomi utama daerah Sebauh. Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Sebauh, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Tanjong Manis
Tanjung Manis sedang dalam perjalanan menjadi bandar pelabuhan perindustrian utama dan merupakan elemen utama dalam strategi Hab Halal global Malaysia. Pelabuhan air yang dalam akhirnya akan dapat mengendalikan 100,000 kontena 40 kaki dan 6 juta ton kargo umum setahun. Tanjung Manis menawarkan pelabur banyak kelebihan daya saing, termasuk akses ke sebuah bank tanah besar dan infrastruktur moden yang luas.
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Tanjong Manis, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Daro
Daro ialah sebuah daerah dan pekan di Bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Majoriti penduduk Daro yang berjumlah sekitar 25,000 orang terdiri daripada kaum Melanau.
Mengikut ceritanya nama Daro berasal dari “Dao Aro” yang bermaksud “Bagus Ke” menjadi singkatan Daro. Kini pekan Daro pesat membangun dengan terbinanya pasar-pasar baru dan beberapa buah hotel. Daro terdiri daripada beberapa buah kampung seperti kampung Saai, kampung Penipah, kampung Bruit dan kampung Nangar. Bumi Daro yang luas membahagikan Daro kepada dua bahagian utama iaitu di bahagian tanah besar dan bahagian pulau yang dikenali sebagai Pulau Bruit. Kini Daro begitu pesat membangun dengan infrastruktur yang begitu mendadak pertumbuhannya. Pekerjaan utama penduduk di Daro ialah pertanian dan nelayan.
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Daro, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Kabong
Daerah kecil Kabong terletak di bawah pentadbiran Daerah Saratok, Bahagian Betong, Sarawak. Pekan Kabong mempunyai lokasi yang strategik dan berpotensi mempunyai prospek menjadi sebuah pusat perdagangan yang berperanan sebagai pusat agihan kepada kawasan sekitarnya, kerana pekan ini terletak di Kuala Batang Krian dan boleh menjadi pelabuhan persinggahan utama.
Keluasan Daerah Kecil Kabong adalah 398.14 kilometer persegi. Jaraknya dari Saratok ialah 63 km sementara dari Sarikei 85 km. Kawasan ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Pengangkutan utama penduduk persekitarannya adalah menggunakan bas, van persendirian atau kereta persendirian. Daerah Kecil Kabong pada keseluruhannya mempunyai rumah panjang (Iban) sebanyak 26 buah dan kampung Melayu 27 buah. Jumlah penduduknya seramai 13,494 orang pada 2004, di mana 80% daripadanya adalah orang Melayu dan 17% pula orang Iban.
Setakat itu sahaja info ringkas tentang Daerah Kabong, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Pusa
Pusa merupakan sebuah bandar, di Bahagian Betong, Sarawak, timur Malaysia. Ia terletak berhampiran bandar Beladin. Dalam pengajian sejarah, dahulunya merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Saribas yang dikenali sebagai “Tandang Sari” dibawah Kesultanan Melayu Brunei. Dengan kedudukan geografi terletak di muara Sungai Rimbas dan berada di tengah Batang Saribas, keadaan yang strategik untuk mana-mana pembesar bagi dijadikan sebagai pusat pemerintahan.
Majoriti penduduk Pusa adalah Melayu Islam dan dianggarkan sebanyak 92% Melayu dan selebihnya Cina dan lain-lain. Pusa terkenal dengan ikan terubuk hasil Batang Saribas, selain pembuatan Gula Apong yang masih aktif di Kampung Tambak. Buat masa sekarang, pengangkutan air masih menjadi nadi utama menghubungkan kampung. Baiklah, cukup dengan serba ringkas tentang Daerah Pusa, mari kita lihat apa yang menarik di sana. Antaranya ialah :
Ok, kalau anda pernah ke Sarawak dan ada tempat yang mahu kami review atau anda mahu review maka hubungi kami dan tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih.