Sabah Tempat Perlancongan Wajib Pergi yang Awesome

tempat menarik di sabah

Terdapat banyak tempat menarik di Sabah. Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia.

Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.

Info Umum Tentang Negeri Sabah

Asal-usul nama “Sabah” dikatakan kurang jelas, dan terdapat banyak teori yang telah timbul. Salah satu contoh teori ialah ketika Sabah masih di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, ia dirujuk sebagai Saba kerana kehadiran pisang saba, nama sejenis pisang yang dinamakan ‘pisang Saba’ oleh masyarakat Bajau kerana pisang tersebut banyak sekali ditanam di sekitar pantai barat Sabah.

Pisang ini juga dikenali sebagai ‘pisang menurun’ oleh masyarakat tempatan di kawasan berkenaan yang mana terdapat perbezaan antara ‘pisang Saba’ dan pisang lain yang terdapat di sekitar Kepulauan Borneo.

Disebabkan juga lokasi Sabah yang berhubung dengan Brunei, telah dikatakan bahawa Sabahialah perkataan Melayu Brunei yang bermaksud hulu atau sebelah utara sungai. Satu lagi teori mengatakan bahawa ia datang daripada Sabak, perkataan Melayu yang ertinya tempat di mana gula kabung diekstrak. Sabah juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud matahari terbit. Kehadiran pelbagai teori ini menjadikan ia sukar untuk menentukan asal sebenar nama negeri ini.

Ringkasan Info

  • Lokasi : Terletak di Utara Pulau Borneo.
  • Keluasan : 73,613 km² iaitu 22.3% dari keluasan Malaysia.
  • Ibu Negeri : Kota Kinabalu
  • Bilangan Penduduk : 3,206,700 iaitu 11.4% dari bilangan rakyat Malaysia.
  • Kepadatan Penduduk : 43.0 orang bagi setiap 1km².
  • Huruf Pertama Plat Kenderaan : SB_A & SU_A (Bahagian Pedalaman), SG & SA_A & SAA_A & SAB_A (Bahagian Pantai Barat), SK_A (Bahagian Kudat), SS_A (Bahagian Sandakan), SD_A & ST_A (Bahagian Tawau)
  • Poskod Kebangsaan : 88xxx hingga 91xxx

*Data adalah anggaran pada tahun 2010.

Tempat Menarik di Sabah

peta daerah di sabah

Baiklah selesai sudah kita bercakap tentang latar belakang negeri Sabah ini apa kata tempatmenarik.my pergi ke senarai tempat menarik di negeri ini pula. Jangan terkejut di negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu ini sebenarnya terdapat pelbagai “port” yang mengancam. Sampaikan ada setanding dengan luar negara. Ya, kalau tak percaya jom kita terjah satu persatu senarai ini.

Tempat Menarik di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu (atau lebih dikenali sebagai “KK” merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000. Kita memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan.

Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK. Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga Borneo. Taman Negara Kinabalu terletak kira-kira 90 kilometer (56 b) dari bandar ini dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancong di sekitar kawasan ini. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu daripada pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur. Kedua-dua faktor ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat berkembang di Malaysia. Menarik bukan, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Kota Kinabalu ini. Antaranya ialah :

  1. Hotel Le Meridien
  2. Pulau Manukan Tempat Menarik di Kota Kinabalu
  3. Imago Pusat Membeli Belah Terkenal di Kota Kinabalu
  4. Mari Mari Culture Village Tempat Menarik di Kota Kinabalu Sabah
  5. Muzium Sabah Tempat Menarik di Kota Kinabalu Sabah
  6. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Tempat Menarik di Sabah
  7. Muzium Marin Tempat Menarik di Kota Kinabalu Sabah
  8. Pasar Filipin Tempat Menarik di Kota Kinabalu Sabah Wajib Pergi
  9. Suria Sabah Pusat Membeli Belah di Kota Kinabalu Sabah
  10. Pulau Sulug

Tempat Menarik di Tawau

Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan laut melalui Pelabuhan Tawau. Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.

Menarik bukan, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Tawau ini. Antaranya ialah :

  1. Kolam Air Panas Tawau

Tempat Menarik di Sandakan

Sandakan merupakan salah sebuah bandar utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009).

Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu. Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini. Menarik bukan, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Sandakan ini. Antaranya ialah :

  1. Pulau Langkayan
  2. Indah Jaya Water Park Di Sabah

Tempat Menarik di Lahad Datu

Lahad Datu merupakan sebuah Daerah dan Bandar yang terletak di Bahagian Tawau di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Bandar Lahad Datu adalah Bandar keempat terbesar di Sabah, selepas Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Daerah Lahad Datu juga mempunyai nilai sejarahnya tersendiri seperti daerah lain di Sabah. Semasa zaman pemerintahan Chartered Company, Lahad Datu merupakan tempat persinggahan datu-datu dari Kesultanan Sulu.

Lahad berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, mana kala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah. Menarik bukan, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Lahad Datu ini. Antaranya ialah :

  1. Menara Kayangan Lahad Datu
  2. Lembah Danum

Tempat Menarik di Keningau

Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas. Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu.

Bandar Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui jalan Tambunan atau melalui jalan Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan, ke Sandakan melalui Lebuhraya Keningau-Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Keningau-Tawau dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini mahupun bas express. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun Lapangan Terbang Keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.

Menarik bukan, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Keningau ini. Antaranya ialah :

  1. Mee Woo Resort
  2. Taman Banjaran Crocker
  3. Muzium Warisan Keningau

Tempat Menarik di Kinabatangan

Kinabatangan ialah sebuah daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Sandakan, timur Sabah, Malaysia. Penduduknya dianggarkan seramai 86,783 orang pada 2000. Ahli parlimen daerah Kinabatangan adalah Datuk Bung Mokhtar Radin yang mewakili rakyat Kinabatangan dalam Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia sejak tahun 1999.

Menarik bukan, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Kinabatangan ini. Antaranya ialah :

Tempat Menarik di Semporna

Semporna merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Malaysia. Semporna juga adalah sebuah pulau tapi tidak ramai yang menyedarinya . Pulau Semporna di kelilingi banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan termasuklah pulau Bum-bum. Sungai yang memisahkan Pulau Semporna dengan wilayah lain ialah Sungai Pegagau. Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.

Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon Tawau. Menarik bukan, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Semporna ini. Antaranya ialah :

  1. Pulau Bum-bum
  2. Seaventures Dive Rig
  3. Pulau Sebangkat

Tempat Menarik di Papar

Papar merupakan sebuah bandar dan juga daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, Malaysia Timur. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort di selatan. Papar juga terkenal sebagai destinasi terakhir laluan North Borneo Railway bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kereta api stim tersebut.

Menarik bukan, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Papar ini. Antaranya ialah :

Tempat Menarik di Penampang

Penampang merupakan sebuah daerah yang terletak di pantai barat negeri Sabah, bersebelahan dengan daerah Kota Kinabalu. Kedudukannya di pantai menjadikan Penampang antara tempat yang menarik untuk dilawati di Sabah, terutamanya untuk melihat kehidupan masyarakat Kadazan. Ahli parlimen Penampang adalah Y.B. Ignatius Darell Leiking, dari parti PKR.

Menarik bukan, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Penampang ini. Antaranya ialah :

  1. Lok Kawi WildLife

Tempat Menarik di Beluran

Beluran merupakan sebuah daerah yang terletak dalam Bahagian Sandakan, Sabah. Ia terletak kira-kira 88 kilometer dari Bandar Sandakan. Telupid yang merupakan sebuah daerah kecil bagi Beluran, terletak kira-kira 100 kilometer dari pekan Beluran. Daerah Beluran sebelum ini dikenali sebagai Daerah Labuk dan Sugut

Menarik bukan, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Beluran ini. Antaranya ialah :

  1. Pulau Sapi Tempat Menarik di Beluran Sabah

Tempat Menarik di Tuaran

Tuaran adalah sebuah bandar serta merupakan sebuah daerah yang terletak di Daerah Pantai Barat, barat laut Sabah, Malaysia di Pulau Borneo.Tuaran juga terkenal dengan binaan 9 tingkat Pagoda Cina yang dijadikan lambang / mercu tanda bandar ini. Bandar ini merupakan destinasi persinggahan yang begitu popular kepada para pelancong dan masyarakat yang dalam perjalanan pergi/balik ke/dari bandar-bandar di utara Sabah seperti (Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, dan Tenghilan) dan bagi mereka yang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu.

Bandaraya Kota Kinabalu terletak hanya 34 km ke selatan Tuaran. Kota Tuaran telah mengalami suatu betuk pembesaran kawasan yang drastik tetapi kini pembesaran kota ini mengalami sedikit renjatan akibat bentuk muka bumi Tuaran yang agak terhad berikutan terdapatnya sungai yang mengelilingi bandar ini. Setiap pagi ahad, Tuaran akan dimeriahkan dengan pembukaan Pasar Tamu yang merupakan pasar besar ala tradisional yang menjual pelbagai barangan domestik rakyat Sabah khususnya dari daerah Tuaran dan sekitarnya.

Menarik bukan, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Tuaran ini. Antaranya ialah :

  1. Rumah Terbalik Tempat Menarik di Tamparuli Sabah

Tempat Menarik di Ranau

Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Ranau pernah menjadi Daerah Kecil daerah Tambunan dan daerah Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960-an. Daerah Ranau pernah dilanda gempa bumi pada tahun 1991 dan telah menyebabkan beberapa keretakan kecil pada bangunan konkrit.

Namun pada tahun 2015 bersamaan hari Jumaat, jam 07:14 pagi, 05hb Jun, satu Gempa Bumi berukuran 5.9 skala rector telah melanda daerah Ranau. Gempa bumi berkenaan berpusat di KM 10 puncak Gunung Kinabalu. Gempa ini adalah yang terkuat direkod dan telah menyebabkan kerosakkan teruk pada beberapa bangunan di daearah Ranau. Gempa yang telah meragut 18 orang pendaki Gunung Kinabalu juga turut mematah satu puncak Gunung Kinabalu yang di kenali sebagai Donkey Ears Peak. Mangsa dipercayai telah ditimpa runtuhan batu granit yang jatuh akibat Donkey Ears Peak patah. Itulah sedikit perkongsian tentang Ranau ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Ranau ini. Antaranya ialah :

  1. Hounon Ridge Farm
  2. Desa Cattle Dairy Farm
  3. Arnab Village
  4. Luanti Fish Spa Ranau
  5. Ladang Teh Ranau
  6. Kolam Air Panas Poring
  7. Memorial Park Tempat Menarik di Ranau Sabah

Tempat Menarik di Kota Belud

Kota Belud terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, 70 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta.Populasi penduduk pada tahun 2012 iaitu sekitar 93,100 orang yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum Samah (Bajau), Dusun (Tindal), Tionghoa (Cina), Irranun dan Ubian.

Daerah ini turut mendapat jolokan nama sebagai “Daerah Koboi Timur” kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu. Selain itu, daerah ini juga terkenal dengan Tamu Besar atau Pasar Terbuka yang diadakan setiap hujung minggu(ahad).

Itulah sedikit perkongsian tentang Kota Belud ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Kota Belud ini. Antaranya ialah :

  1. Polumpung Melangkap
  2. Pulau Mantanani Kota Belud Tempat Menarik Jika Bercuti di Sabah

Tempat Menarik di Kudat

Kudat ialah sebuah bandar dan daerah di negeri Sabah, Malaysia. Bandar Kudat terletak kira-kira 190km dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu di bahagian utara negeri Sabah berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau yang merupakan bahagian paling utara pulau Borneo.

Sebagai bandar terbesar di kawasan yang didiami etnik Rungus, Kudat merupakan pusat kebudayaan utama untuk kumpulan etnik tersebut. Selain itu, Kudat merupakan antara kawasan pertama di negeri Sabah yang diduduki oleh orang Cina Malaysia, terutamanya daripada suku Hakka.

Itulah sedikit perkongsian tentang Kudat ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Kudat ini. Antaranya ialah :

  1. Simpang Mengayau di Kudat

Tempat Menarik di Kota Marudu

Daerah Kota Marudu merupakan sebuah pecahan pusat pentadbiran peringkat daerah yang terletak dalam negeri Sabah, Malaysia. Kota Marudu terletak di Bahagian Kudat, Sabah. Kata “Marudu” berasal dari bahasa orang-orang Bajau-Suluk atau Bannaran iaitu dari kata “Mairudu” atau Maiuludu”yang dalam bahasa Melayu membawa maksud ” suatu kedudukan di situ-situ juga”.

Itulah sedikit perkongsian tentang Kota Marudu ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Kota Marudu ini. Antaranya ialah :

  1. Air Terjun Sorinsim Di Sabah

Tempat Menarik di Beaufort

Beaufort adalah merupakan salah sebuah pekan dan juga daerah di Sabah, Malaysia. Kawasan ini biasanya dilawati oleh pelancong dengan tujuan ingin berakit melalui Jeram Padas di Sungai Padas. Majoriti penduduk Beaufort adalah dari suku kaum Bisaya, Kedayan dan Melayu Brunei. Juga terdapat suku kaum Murut, Cina, Lun Bawang/Lun Dayeh dan Kadazan-Dusun yang menetap di dalam daerah ini.

Di sini juga terdapat pasar terbuka yang dikenali sebagai tamu. Ianya diadakan setiap minggu pada petang Jumaat sehingga petang Sabtu. Hari tamu tersebut diadakan berbeza dari daerah lain. Beaufort juga terkenal dengan hidangan mee cinanya yang dikenali sebagai Mee Beaufort, yang dihidangkan secara kering atau berkuah. Selain itu, Beaufort merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, Carolina Utara.

Itulah sedikit perkongsian tentang Beaufort ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Beaufort ini. Antaranya ialah :

Tempat Menarik di Kunak

Kunak ialah sebuah bandar dan daerah yang terletak di Bahagian Tawau, Sabah, Malaysia. Pada mulanya ditadbir di bawah Pejabat Daerah Lahad Datu tetapi mencapai status sebagai sebuah daerah penuh pada 1 Jun 1981.

Sektor pertanian merupakan aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Kira-kira 80,000 hektar kawasan tanah di Daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di Daerah Kunak. Mengikut laporan dari Jabatan Pertanian, tanah seluas 72,272.75 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit, koko, kelapa, dan lain-lain tanaman kontan. Antara syarikat-syarikat besar yang mempunyai estet di daerah ini adalah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada tanaman kelapa sawit di Daerah Kunak

Itulah sedikit perkongsian tentang Kunak ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Kunak ini. Antaranya ialah :

Tempat Menarik di Tenom

Tenom terletak di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur. Tenom bersempadan dengan daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan di Indonesia.

Kedudukan Tenom dikelilingi oleh sempadan dengan Daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia. Keluasan Daerah Tenom kira kira 2,238 km atau 930 batu persegi dan meliputi Daerah Kecil Kemabong. Topografi ialah bukit-bukau. Hujan tropika yang lebat dan subur didapati di tanah-tanah rendah dan berbukit bukau dan amat sesuai untuk aktiviti pertanian.

Itulah sedikit perkongsian tentang Tenom ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Tenom ini. Antaranya ialah :

  1. Pusat Kebudayaan Murut
  2. Kilang Kopi Yit Foh

Tempat Menarik di Putatan

Putatan merupakan sebuah daerah dan bandar yang terletak di Bahagian Pantai Barat negeri Sabah, Malaysia. Daerah ini terletak di tengah-tengah di antara daerah Penampang di sebelah timur, Papar di sebelah selatan, Kota Kinabalu di sebelah utara. Dan Laut China Selatan di sebelah barat. Putatan juga adalah sub-bandar kepada Kota Kinabalu dan merupakan sebahagian daripada Greater Kota Kinabalu. Daerah ini asalnya adalah sebahagian daripada daerah Penampang, namun bermula 1 Mac 2007, Putatan telah dipisahkan daripada pentadbiran daerah Penampang untuk menjadi sebuah daerah penuh di Sabah.

Itulah sedikit perkongsian tentang Putatan ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Putatan ini. Antaranya ialah :

Tempat Menarik di Pitas

Pitas adalah bandar dan daerah yang terletak di Bahagian Kudat Sabah, Malaysia. Ianya terletak dibahagian utara pulau Borneo. Populasinya dianggarkan kira-kira 38,600 orang pada tahun 2006. Komposisi etnik utama di Pitas adalah dari etnik Kadazandusun dari suku kaum Rungus dan Orang Sungai (termasuk sub-suku Tambanuo).

Pitas pada asalnya di panggil sebagai Tupak yang bermakna “seberang”. Tupak ini merujuk kepada tempat tinggal Momogun Tombonuvo dan Momogun Rungus pada zaman dahulu. Setelah berlakunya persengketaan sesama Momogun di Teluk Bandau sebilangan penduduk Bandau meninggalkan kawasan Bandau kerana serangan Sindaat Mogkorudu yang di lancarkan oleh Aki Palzavan dan Aki Sook. Pitas merujuk kepada kawasan atau petempatan di mana Sindaat Mogkorudu tidak lagi berkuasa iaitu di sebelah Sungai Bengkoka.

Itulah sedikit perkongsian tentang Pitas ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Pitas ini. Antaranya ialah :

Tempat Menarik di Tambunan

Daerah Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan Borneo. Ia terletak 81 km dari Kota Kinabalu, pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker. Dianggarkan terdapat 19, 760[1] penduduk pada tahun 1991 dan telah meningkat kepada 35,667 [2]orang pada tahun 2010. Kebanyakan daripada penduduk ini ialah daripada Kaum Dusun. Daerah ini dikelilingi oleh sawah padi dan 77 buah perkampungan.

Terletak ke timur daerah ini ialah Gunung Trus Madi (2462 meter),merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu.

Itulah sedikit perkongsian tentang Tambunan ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Tambunan ini. Antaranya ialah :

Tempat Menarik di Tongod

Tongod merupakan Daerah terbesar di Negeri Sabah dan juga sebuah Pekan kecil yang terletak dalam Bahagian Sandakan, Sabah, Malaysia. Pada tahun 2000 populasi masyarakat di daerah Tongod adalah kecil sekitar 23,730 orang, tetapi meningkat kepada 36,192 orang pada tahun 2010. Ini merupakan pertambahan sebanyak 34.43% dalam tempoh sepuluh tahun berakhir tahun 2010.

Itulah sedikit perkongsian tentang Tongod ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Tongod ini. Antaranya ialah :

  1. Maliau Basin Tempat Menarik di Tongod Sabah

Tempat Menarik di Sipitang

Sipitang merupakan pekan, daerah dan juga kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Jumlah penduduk di daerah Sipitang dianggarkan seramai 12,076 pada tahun 1980, 24,349 pada tahun 1991 dan dijangka akan meningkat kepada 56,634 pada tahun 2010 . Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu. Long Pasia merupakan salah satu tempat perlancongan di Dearah sipitang.

Itulah sedikit perkongsian tentang Putatan ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Putatan ini. Antaranya ialah :

Tempat Menarik di Nabawan

Nabawan merupakan salah satu Daerah yang terletak dalam bahagian Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia . Penduduknya dianggarkan sekitar 31,807 pada tahun 2010, dan hampir sepenuhnya terdiri daripada etnik Murut dan minoriti etnik seperti Lun Bawang / Lundayeh. Nabawan meliputi kawasan seluas 6089km². Terletak di bahagian selatan Sabah. Ia bersempadan dengan Daerah Keningau di Utara, Tongod di Timur Laut, Tawau di Timur, Tenom di Barat dan di sebelah dengan dengan Wilayah Kalimantan Utara, Indonesia.

Itulah sedikit perkongsian tentang Nabawan ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Nabawan ini. Antaranya ialah :

Tempat Menarik di Kuala Penyu

Kuala Penyu merupakan salah satu daerah yang terletak dalam Bahagian Pedalaman, Sabah. Menurut kepercayaan dan cerita lisan penduduk setempat di kawasan daerah Kuala penyu, asal usul nama berasal daripada sungai sitompok iaitu di muara sungai sitompok. Terdapatnya bentukan batu yang merupai seekor penyu yang mana dikenali sebagai batu penyu. Maka asal usul nama kuala penyu berpunca daripada batu berbentuk seekor Penyu yang berada di kuala sungai sitompok. Batu penyu boleh dilihat ketika air surut di muara sungai sitompok yang terus ke Laut China Selatan

Itulah sedikit perkongsian tentang Kuala Penyu ini, jadi mari kita lihat senarai tempat menarik di Daerah Kuala Penyu ini. Antaranya ialah :

Baiklah setakat ini sahaja perkongsian admin kali ini. Kalau anda ada tempat menarik yang anda tahu untuk kami buat review atau anda ingin kongsikan review anda maka jangan lupa untuk hubungi kami. Tinggalkan juga komen membina pada bahagian komen dibawah.

  1. Pulau Tiga Tempat Percutian Menarik di Sabah

Sumber info tentang Negeri Sabah

  1. http://www.wikiwand.com/
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articlePelbagai Tempat Bercuti Wajib Pergi di Putrajaya
Next articleNegeri Kelantan Negeri Bertuah Penuh Tempat Menarik Untuk di Lawati
tempat-menarik-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!