

Terdapat banyak tempat menarik di Pulau Pinang. Sebut sahaja Pulau Pinang pasti terbayang dimata kita pelbagai tempat menarik yang ada disana. Jangan kata mata sahaja, mulut kita sendiri pun boleh rasa terliur apabila teringatkan masakan-masakan disana yang sangat sedap seperti Laksa, Nasi Kandar, Pasembur, Mee Hokkien, Cha Kuew Tiaw dan banyak lagi. Betul tak?
Tapi kali ini, admin tempatmenarik.my nak senaraikan tempat-tempat menarik di Pulau Pinang supaya kalau ada antara kita sampai ke sini maka bukanlah menjamu selera semata-mata tetapi mereka juga sepatutnya menjamu mata sekali. Rugi pula kalau datang jalan-jalan ke Pulau Pinang tapi tak pergi ke tempat-tempat yang memang sangat cantik ini.
Sebelum itu, seperti yang kita tahu Pulau Pinang ini terbahagi kepada 2 tanah besar iaitu Pulau dan Seberang Perai. Sebelum nama Pulau Pinang menjadi popular, penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis. Dipecayai nama ini atau singkatannya Tanjong masih digunakan dalam geran-geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sehingga tahun 1800. Malah, sehingga kini nama Tanjong begitu serasi dengan penduduk Pulau Pinang dan Seberang Perai apabila merujuk kepada Bandar Georgetown.
Info Umum Tentang Pulau Pinang
Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia yang terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia.
Nama pulau Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang.
Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri majoriti penduduk Cina di Malaysia. Di sini juga menjadi Chinatown utama negara Malaysia. Larian Jambatan Pulau Pinang juga dianjurkan setiap tahun di Pulau Pinang ini. Perjalanannya ialah pergi dan pusing balik di atas jambatan jam bermula awal pagi.
Lapangan terbangnya ialah lapangan terbang kedua sibuk bagi pesawat kargo di Malaysia. Sekolah Chung Ling di Butterworth dan Pulau Pinang sudah mahu mencapai 100 tahun. Selain itu, Pulau Pinang mempunyai KDNK per kapita yang kedua tertinggi, iaitu RM 33456 pada tahun 2010 di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu RM 55951.
Ringkasan Info
- Lokasi : Terletak di selatan Semenanjung Malaysia.
- Keluasan : 1,033 km² iaitu 0.3% dari keluasan Malaysia.
- Ibu Negeri : Georgetown.
- Bilangan Penduduk : 1,561,400 iaitu 5.5% dari bilangan rakyat Malaysia.
- Kepadatan Penduduk : 1,404.9 orang bagi setiap 1km².
- Huruf Pertama Plat Kenderaan : P
- Poskod Kebangsaan : 10000 – 19500
*Data adalah anggaran pada tahun 2010.
Tempat Menarik di Pulau Pinang
Baiklah, selesai dengan info ringkas. Mari kita lihat apa yang menarik di Pulau Pinang ini.
- Penang Escape Theme Park
- Avatar Secret Garden
- Muzium Hantu Pulau Pinang
- Penang Hill Tempat Menarik di Pulau Pinang
- Bukit Bendera Tempat Menarik Di Pulau Pinang
- Entopia Penang Tempat Menarik di Pulau Pinang
- Muzium Lilin Tempat Menarik di Pulau Pinang
- Wonderfood Museum Tempat Menarik di Pulau Pinang
- Pantai Kerachut Di Pulau Pinang
- Pantai Tanjung Bungah Di Pulau Pinang Tempat Menarik Yang Untuk Kita Pergi
Pastinya masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum kami senaraikan betul tak? Bantu kami dengan tinggalkan komen anda dan beritahu kami review atau tempat yang kami perlu pergi. Semoga anda seronok melancong di Pulau Pinang!