Lokasi Percutian Terbaik di Negeri Perlis yang Perlu Anda Tahu

tempat menarik di perlis

Terdapat banyak tempat menarik di Perlis sebenarnya. Cakap sahaja tentang negeri Perlis maka mungkin akan ada yang teringat tentang “7 Pesona Negeri Perlis”. Negeri kecil ini mempunyai “Tujuh Pesona” tersendiri yang menggamit kunjungan. Pesona tersebut ialah :

  1. Panorama(Ladang Tebu Chuping, Empangan Timah Tasoh)
  2. Taman Ular dan Reptilia Perlis
  3. Harumanis
  4. Makanan Perlis (Laksa Kuala Perlis, makanan laut)
  5. Tarikan sempadan (Padang Besar, pasar Ahad Wang Kelian)
  6. Seni suara burung (Tekukur dan Merbok)
  7. Pengembaraan hutan (Taman Negeri, Gua Wang Burma)

Namun hari ini, kami di tempatmenarik.my bukan sahaja ingin kongsikan 7 Pesona ini. Tetapi sebenarnya masih terlalu banyak tempat-tempat yang sangat menarik di negeri Perlis ini yang mungkin masih ramai yang belum tahu.

Info Umum Tentang Negeri Perlis

Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan.

Perlis pernah dipanggil Palit (Bahasa Thai: ปะลิส) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.

Ringkasan Info

  • Lokasi : Terletak di utara Semenanjung Malaysia.
  • Keluasan : 795 km² iaitu 0.2% dari keluasan Malaysia.
  • Ibu Negeri : Kangar
  • Bilangan Penduduk : 231,500 iaitu 0.8% dari bilangan rakyat Malaysia.
  • Kepadatan Penduduk : 303.3 orang bagi setiap 1km².
  • Huruf Pertama Plat Kenderaan : R
  • Poskod Kebangsaan : 01xxx

*Data adalah anggaran pada tahun 2010.

Tempat Menarik di Perlis

peta perlis

Jadi apa kita tunggu lagi? Mari kita saksikan sendiri pelbagai lokasi menarik di negeri Perlis yang perlu anda lawati.

  1. Gua Kelam

Ok, kalau anda ada tempat menarik lain yang ingin anda kongsikan jangan segan silu sila tinggalkan segera komen di bawah. Jom sama-sama kita terjah negeri Perlis!

Sumber info tentang Negeri Perlis

  1. http://www.wikiwand.com
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articlePercutian Mengasyikkan di Pelbagai Lokasi Pulau Pinang
Next articleTempat Menarik Wajib Pergi di Melaka
tempat-menarik-perlisSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!