

Setiap negeri biasanya akan ada lokasi atau orang sekarang panggil “port” awesome yang memang kalau kita sampai sahaja perkataan pertama yang akan keluar dari mulut kita ialah “WOW..”! Dan sebenarnya itulah tugas kami barisan admin di tempatmenarik.my untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi perlancongan di mata dunia.
Jadi sebenarnya terdapat banyak “port” yang memang sangat menarik di negeri Perak ini. Bezanya cuma sama ada kita nak pergi atau tidak sahaja. Kalau sebelum ini anda belum tahu, jadi kali ini anda akan tahu. Dah tahu kenalah pergi, betul tak? Ok mari kita kenali dulu serba sedikit mengenai negeri Perak ini.
Info Umum Tentang Negeri Perak
Negeri Perak adalah merupakan sebuah negeri yang penuh dengan peluang, permai dan indah. Bersempadan dengan beberapa buah negeri yang lain, Negeri Perak menawarkan pelbagai keistimewaan sama ada dari segi ekonomi, pelancongan, infrastruktur dan sebagainya.
Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang), dengan berkeluasan 21,000km persegi. Ia merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).
Ringkasan Info
- Lokasi : Terletak di utara Semenanjung Malaysia.
- Keluasan : 21,005 km² iaitu 6.4% dari keluasan Malaysia.
- Ibu Negeri : Ipoh
- Bilangan Penduduk : 1,947,700 iaitu 6.9% dari bilangan rakyat Malaysia.
- Kepadatan Penduduk : 216.9 orang bagi setiap 1km².
- Huruf Pertama Plat Kenderaan : A
- Poskod Kebangsaan : 30000 hingga 36000, dan 39xxx
*Data adalah anggaran pada tahun 2010.
Tempat Menarik di Perak
Ok, dah habis sedikit info tentang negeri Perak, mari kita lihat senarai tempat-tempat menarik di Perak yang telah kami sediakan. Senarai ini telah kami bahagikan mengikut daerah masing-masing supaya senang untuk anda terjah satu-satu. Jom saksikan.
Tempat Menarik di Muallim
Muallim ialah daerah kesebelas di negeri Perak. Ia telah diisytiharkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada 11 Januari 2016 di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim.
Daerah ini sebelum ini adalah sebahagian daripada daerah Batang Padang. Ia berkeluasan 93,434.65 hektar (934.3465 km2) dan merangkumi tiga mukim: Slim, Hulu Bernam Timur dan Hulu Bernam Barat. Kawasan-kawasan yang dirangkumi daerah ini termasuk Tanjung Malim, Trolak, Slim, Proton City dan sebahagian Behrang. Populasi daerah ini sewaktu pengisytiharannya adalah 69,639. Daerah Muallim terletak dalam Parlimen Tanjung Malim dengan dua Dewan Undangan Negeri: Slim dan Behrang.
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
Tempat Menarik di Kinta
Kinta merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak dan merupakan kawasan yang paling padat di Perak. Majoriti penduduk Kinta menetap di bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Perak, Ipoh.
Kecemerlangan daerah ini bermula dengan penemuan bijih timah pada awal abad ke-19. Ini menarik ramai kaum Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu terutama sekali di Larut dan kemudiannya Lembah Kinta. Penglibatan dalam industri bijih telah menjadi batu loncatan Perak untuk menjadi tumpuan ramai sehingga menjadi negeri paling ramai penduduk pada awal abad ke-20. Namun, disebabkan pembangunan pesat di negeri jiran seperti Selangor dan Pulau Pinang, ramai rakyat Perak berhijrah.
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
- Taman Rekreasi Gunung Lang
- Taman Tema Lost World of Tambun
- MAPS Movie Animation Park StudiosÂ
- The Haven Resort Hotel
- Kellie’s Castle Tempat Yang Menyimpan Pelbagai Memori
- Fantasy House Trick Art
- Tasik Cermin Gunung Rapat Tempat Menarik Wajib Pergi di Ipoh Perak
Tempat Menarik di Larut, Matang & Selama
Larut, Matang dan Selama merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Perak. Daerah ini terletak bersempadan dengan Daerah Kerian di Barat laut, Daerah Kuala Kangsar di timur, Daerah Manjung di selatan, dan Daerah Hulu Perak di Timur laut. Selat Melaka di bahagian barat dan Negeri Kedah di utara. Pusat pentadbiran daerah adalah terletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia. Daerah ini merangkumi 3 daerah kecil iaitu Larut di tengah dan selatan, Matang di barat dan Selama di utara dan mempunyai keluasan 151,104.03 hektar (170 kilometer persegi).
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
- Bukit Larut Tempat Menarik di Perak
- Zoo Taiping
- Sentosa Villa Resort Tempat Menarik di Perak
- Bukit Merah LakeTown Resort Waterpark
Tempat Menarik di Hilir Perak
Daerah Hilir Perak terletak di selatan Negeri Perak sempadan dengan Sungai Bernam dan Sabak Bernam, Selangor di sebelah selatan dan Selat Melaka di sebelah Barat. Ia juga bersempadan dengan daerah-daerah Batang Padang di sebelah Timur dan sempadan-sempadan Perak Tengah dan Manjung di sebelah Utara dan Barat Lautnya. Kerajaan tempatan yang mentadbir di daerah ini ialah Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
Tempat Menarik di Kerian
Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
Tempat Menarik di Batang Padang
Daerah Batang Padang merupakan daerah yang terletak dalam Negeri Perak. Batang Padang meliputi Tapah, Kampar, Bidor, Mambang Diawan dan sebagainya. Pejabat pentadbiran terletak di bandar Tapah. Tapah terbahagi kepada Pekan Tapah dan Tapah Road. Sungai Batang Padang merentasi pekan Tapah, bersebelahan dengan Masjid Tapah. Batang bermaksud sungai.
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
Tempat Menarik di Kuala Kangsar
Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar di daerah Kuala Kangsar sendiri.
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
Tempat Menarik di Perak Tengah
Daerah Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
Tempat Menarik di Hulu Perak
Hulu Perak merupakan daerah yang terletak di timur laut negeri Perak. Disebelah timur daerah negeri ini, ialah negeri Kelantan, manakala diutaranya pula ialah daerah Baling, Kedah. Di selatan daerah ini ialah daerah Kuala Kangsar. Bersempadan dengan negera Thailand disebelah timur laut, daerah ini juga merupakan salah satu pintu masuk diantara Malaysia dan Thailand. Dibelah barat daya daerah ini ialah daerah Larut, Matang dan Selama.
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
Tempat Menarik di Kampar
Daerah Kampar terletak di negeri Perak, Malaysia kira-kira 40 km dari bandaraya Ipoh dan 16 km dari pekan Tapah. Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah ke-10 Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah, Sultan Perak.
Antara tempat-tempat yang terletak berhampiran dengan Kampar ialah Chenderiang, Temoh, Banir, Ayer Kuning, Mambang Di Awan, Kampung Kinjang, Malim Nawar dan Kuala Dipang. Gunung Bujang Melaka ( 1242 m) terletak kira-kira 8 km di timur laut Kampar. Sungai Kampar dan Sungai Kinjang mengairi kawasan ini. Suatu ketika dahulu kedua-dua sungai ini menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang penting.
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
Tempat Menarik di Manjung
Daerah Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri. Visi pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung yang mempunyai penduduk seramai 191 ribu orang.
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
- Pangkor Laut Resort
- Pulau Pangkor
- Marina Island Tempat Menarik di Lumut Perak
- Pulau Giam Tempat Menarik di Manjung Perak
- Rockbund Fishing Chalet Tempat Menarik di Perak
- Pantai Remis Di Perak Tempat Menarik Yang Power Untuk Hari Keluarga
- Pantai Damai Laut
- Marina Water Park Di Perak Lokasi Mandi Manda Yang Menarik Untuk Mandi-manda
Tempat Menarik di Bagan Datoh
Bagan Datoh (ejaan lain: Bagan Datuk dan Bagan Dato’) ialah sebuah pekan yang terletak kira-kira 45 km dari barat Teluk Intan, Hilir Perak, Negeri Perak, Malaysia. Ia terletak di tenggara bandar raya Ipoh, ibu negeri Perak. Bagan Datoh dikenali sebagai tempat penanaman kelapa dan koko. Namun demikian, kedua-kedua tanaman kelapa dan koko telah disaingi oleh penanaman kelapa sawit yang memberikan lebih banyak hasil.
Baiklah itu sahaja info ringkas mengenai daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini. Antara yang menarik ialah :
InsyaAllah jika ada sebarang perkongsikan baru, pihak admin akan tambahkan di sini. Bagi anda yang mempunyai sebarang cadangan pula boleh hubungi kami atau tinggalkan komen anda untuk kami jejaki.
Jom sama-sama kita sokong usaha negara untuk menjadi salah satu negara yang dapat menjana pendapatan di dalam sektor perlancongan. Semoga setiap dari kita beroleh manfaat bersama.