

Terdapat banyak tempat menarik di pahang. Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.
Hari ini tempatmenarik.my akan panjangkan kisah mengenai negeri Pahang yang mempunyai pelbagai khazanah alam semulajadi ini. Pastinya akan ada sesuatu yang kita tidak jangkakan akan dapat kita terokai. Jadi kenapa perlu pergi jauh jika hanya di Pahang anda akan dapat rasai pelbagai pengalaman baru?
Info Umum Tentang Negeri Pahang
Pahang adalah negeri yang terbesar ketiga di Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, ia bersempadan dengan (lihat peta):
- Kelantan di utara;
- Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat;
- Johor di selatan; dan
- Terengganu dan Laut China Selatan di timur.
“Darul Makmur”, nama gelaran bahasa Arabnya, bermaksud “tempat perlindungan yang tenang”. Untuk pengetahuan semua, pembahagian etnik berdasarkan kepada bancian tahun 2000 bagi negeri Pahang adalah seperti berikut:
- Melayu: 989,473 (76.82%}
- Cina: 228,043 (17.7%)
- India: 64,419 (4.98%)
- Lain-lain: 6,442 (0.5%)
Selain itu, Geografi fizikalnya dibahagikan kepada tiga bahagian:
- Tanah tinggi
- Hutan hujan
- Kawasan pinggir laut.
Ringkasan Info
- Lokasi : Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
- Keluasan : 35,960 km² iaitu 10.9% dari keluasan Malaysia.
- Ibu Negeri : Kuantan.
- Bilangan Penduduk : 1,500,800 iaitu 5.3% dari bilangan rakyat Malaysia.
- Kepadatan Penduduk : 43.8 orang bagi setiap 1km².
- Huruf Pertama Plat Kenderaan : C
- Poskod Kebangsaan : 26xxx hingga 28xxx
*Data adalah anggaran pada tahun 2010.
Tempat Menarik di Pahang
Jom saksikan sendiri pelbagai destinasi menarik di Negeri Pahang Darul Makmur ini.
Tempat Menarik di Kuantan
Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan mengadap ke Laut China Selatan. Pusat pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1976.
Berkedudukan di pesisir Laut China Selatan dan di tebing Sungai Kuantan berdekatan kualanya, Kuantan yang masyhur dengan pantai-pantainya dan Masjid Sultan Ahmad Shah sebagai ikon di tengah-tengah bandar adalah pintu masuk ke Pantai Timur bagi mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur dan selatan Semenanjung. Baiklah, berhenti sebentar info daerah ini mari kita lihat pula senarai tempat menarik di sini. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Temerloh
Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh merupakan bandar Kedua terbesar dari segi pembangunan di Pahang selepas Kuantan. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27’U dan 102°26’T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana daripada lokasinya yang strategik.
Baiklah, berhenti sebentar info daerah ini mari kita lihat pula senarai tempat menarik di sini. Antaranya ialah :
- Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
- Mini Waterpark Kubang Gajah Temerloh, Kampung Sungai Rabit, Temerloh, Pahang
Tempat Menarik di Bentong
Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang, Malaysia. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun.
Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan. Bentong akan mempunyai komuter yang akan memhubungkannya dengan Kuala Lumpur. Di Bentong terdapat kawasan terkenal seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi. Sejarah nama Bentong adalah daripada “banyak untung” kerana pada masa dahulu Bentong mempunyai lombong bijih timah. Ayat tersebut dikatakan oleh orang Cina yang melombong, sehingga akhirnya ia menjadi “Bentong”. Baiklah, berhenti sebentar info daerah ini mari kita lihat pula senarai tempat menarik di sini. Antaranya ialah :
- Chengal Hill Janda Baik
- Fifty4Ferns Resort
- Air Terjun Chamang
- Colmar Tropical
- Bukit Tinggi
- Genting
- Colmar Tropicale
Tempat Menarik di Maran
Maran adalah merupakan Daerah ke 10 daripada 11 Daerah di Pahang, Malaysia. Pengisytiharan pengujudan Daerah Maran telah dibuat melalui Watikah Perisytiharan Daerah Maran yang telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang Jd. 34 Bil.14 pada 13 Mei 1981.Sebelum pengisytiharan itu Daerah Maran terletak sebahagian daripada Daerah Temerloh dan sebahagian lagi Daerah Pekan.
Pejabat Daerah Dan Tanah Maran pula ditubuhkan pada 23 Mei 1981 dengan Pegawai Daerah yang pertama ialah En. Ariffin bin Yusoff @ Yusoh. Keluasan Daerah Maran ialah 1917 kilometer persegi. Maran mempunyai hasil pertanian, perternakan, dan macam-macam lagi untuk kemudahan penduduknya. Baiklah, berhenti sebentar info daerah ini mari kita lihat pula senarai tempat menarik di sini. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Rompin
Rompin adalah sebuah daerah yang teletak di bahagian selatan negeri Pahang, Malaysia. Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing , Nenasi dan Kuantan.
Dikatakan pada satu ketika dahulu di daerah ini terdapat sebatang Pokok Ru. Pokok ru ini unik berbanding dengan pokok-pokok ru lain yang hidup melata disini kerana bentuknya yang ramping.Mengikut cerita ukurlilit pokok tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama. Pada awalnya orang memanggil nama tempat ini sebagai rhu ramping, dan lama-kelamaan nama tempat ini berubah menjadi rumpin dan rompin. Baiklah, berhenti sebentar info daerah ini mari kita lihat pula senarai tempat menarik di sini. Antaranya ialah :
- Tunamaya Beach & Spa Resort
- Pulau Tioman
- Paya Beach Resort
- Sun Beach Resort
- Juara Mutiara Resort
- Salang Sayang
- Pantai Lanjut
Tempat Menarik di Pekan
Daerah Pekan merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Pahang. Pahang dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).
Baiklah, berhenti sebentar info daerah ini mari kita lihat pula senarai tempat menarik di sini. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Bera
Bera diisytiharkan menjadi daerah kesebelas di Negeri Pahang secara rasmi pada 1 Januari 1992. Bera terdiri dari 2 buah mukim iaitu Mukim Bera dan Mukim Triang. Sebelum dijadikan daerah, Bera merupakan sebahagian daripada Daerah Temerloh. Daerah Bera memiliki Tasik Bera, tasik semulajadi dan dikelilingi tanah lembap, yang mana ia dilindungi di bawah Ramsar Convention sejak November 1994. Ahli parlimen terkini adalah Datuk seri Ismail Sabri Yaakob.
Baiklah, berhenti sebentar info daerah ini mari kita lihat pula senarai tempat menarik di sini. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Raub
Daerah Raub merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Pahang, Malaysia. Pahang dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict). Baiklah, berhenti sebentar info daerah ini mari kita lihat pula senarai tempat menarik di sini. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Jerantut
Daerah Jerantut merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Pahang. Pahang dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict). Baiklah, berhenti sebentar info daerah ini mari kita lihat pula senarai tempat menarik di sini. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Lipis
Daerah Lipis terletak di barat laut negeri Pahang merupakan daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin. Di daerah ini terletak bandar Kuala Lipis yang merupakan bekas ibu negeri Pahang.
Kuala Lipis terletak dipertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955. Ketika zaman penjajahan, British telah membina jalan asas yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Kuala Lumpur sejauh 130 batu pada tahun 1890 bagi memudahkan pihak penjajah membawa keluar hasil bumi daerah ini.
Baiklah, berhenti sebentar info daerah ini mari kita lihat pula senarai tempat menarik di sini. Antaranya ialah :
Tempat Menarik di Cameron Highlands
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.
Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Baiklah, berhenti sebentar info daerah ini mari kita lihat pula senarai tempat menarik di sini. Antaranya ialah :
- Kampung Taman Sedia
- Tanah Tinggi Cameron Highlands
- The Lakehouse
- Hutan Lipur Lata Iskandar Tempat Menarik di Cameron Highland
- Mercury Hill Homestay Tempat Menarik Di Genting Highland
Tempat Menarik Di Pahang
Penutup
Bagaimana, banyak tempat yang hebat-hebat bukan di Pahang? Sesuai dengan kemegahan namanya, terdapat banyak lagi tempat yang boleh kita semua terokai! Jom semua kita terokai segenap tempat di negeri Pahang.
Jika anda ada tempat yang menarik untuk kami pergi terjah, tinggalkan komen dan beritahu kami ok? Pahang memang best!