Terokai Pelbagai Tempat Rahsia Yang Menjadi Tumpuan Pelancong di Negeri Sembilan

Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Terdapat banyak tempat menarik di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan yang penuh dengan adat ini merupakan satu negeri yang tidak asing lagi sebagai destinasi percutian buat warga kota. Lokasinya yang begitu dekat dengan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor menjadikannya satu pilihan yang tepat untuk bersantai.

Namun tahukah kita selain lokasinya yang strategik, Negeri Sembilan ini juga sebenarnya mempunyai beberapa lagi kelebihan yang disebut-sebut di dalam teka-teki moden zaman kini. Mari kita bermain dengan teka-teki yang menarik ini sekejap.

  1. Dimanakah bukit paling bahaya di Malaysia? = Bukit Putus, Jln Sban-K.Pilah.
  2. Dimanakah tempat paling mencabar di Malaysia? = Air Panas, Pedas.
  3. Dimanakah tempat yang ada pantai tetapi tiada laut di Malaysia? = Pantai, Jln Sban-K.Klawang.
  4. Dimanakah sungai paling bersinar dan bercahaya Malaysia? = Sungai Menyala, Port Dickson.
  5. Dimanakah parit paling tinggi di Malaysia? = Parit Tinggi, Kuala Pilah.
  6. Dimanakah tempat semua penduduknya pandai sahaja di Malaysia? = Kampung Sekolah, Ampangan.
  7. Dimanakah tempat yang selalu tiada orang di Malaysia? = Rantau, Seremban.
  8. Dimanakah terletak bukit yang paling senang didaki di Malaysia? = Bukit Tangga, Jln Sban-Jelebu.
  9. Dimanakah kawasan tinggi yang terdapat paling ramai datuk di Malaysia? = Gunung Datuk, Rembau.
  10. Dimanakah tempat yang paling banyak sayur di Malaysia? = Labu dan Lobak, Seremban.
  11. Dimanakah tempat menunggu paling lama di Malaysia? = Seri Menanti, Kuala Pilah.
  12. Dimanakah tempat semua penduduknya jujur di Malaysia? = Ulu Bendul, Kuala Pilah.
  13. Dimanakah terdapat pasir paling panjang di Malaysia?= Pasir Panjang, Port Dickson.
  14. Dimanakah kawasan setiap petang tidak pernah hujan di Malaysia? = Kampung Rembang Panas, Juasseh.
  15. Dimanakah tempat terdapat ramai orang kuat dan berani di Malaysia? = Taman Satria, Senawang.

Info Umum Tentang Negeri Sembilan

Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada sembilan negeri seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung.

Di Negeri Sembilan, Adat Perpatih diamalkan oleh majoriti mereka yang berketurunan Melayu Minangkabau manakala mereka yang tidak mengamalkan Adat Perpatih dikenali sebagai Adat Temenggung. Di bawah Adat Perpatih terdapat 3 hierarki utama masyarakat iaitu Luak, Perut dan Suku. Perlantikan pemimpin atau ketua dibuat melalui kaedah kebulatan atau mesyuarat dan bukan diwarisi mengikut keturunan dari bapa ke anak.

Menarik bukan info tentang Negeri Sembilan yang sangat terkenal dengan Adat Pepatih mereka ini. Tapi tak boleh cakap panjang, nanti tak pergi melancong pula kita nanti. Jom kita tengok ringkasan info tentang Negeri Sembilan ini.

Ringkasan Info

  • Lokasi : Terletak di pantai barat  Semenanjung Malaysia.
  • Keluasan : 16,646 km² iaitu 2.0% dari keluasan Malaysia.
  • Ibu Negeri : Seremban
  • Bilangan Penduduk : 1,021,100 iaitu 3.6% dari bilangan rakyat Malaysia.
  • Kepadatan Penduduk : 155.5 orang bagi setiap 1km².
  • Huruf Pertama Plat Kenderaan : N
  • Poskod Kebangsaan : 770xxx to 73xxx

*Data adalah anggaran pada tahun 2010.

Tempat Menarik di Negeri Sembilan

peta Negeri Sembilan yang jelas setiap daerah

Mari kita saksikan apa yang menarik di negeri yang penuh dengan adat ini. Jom terjah!

Tempat Menarik di Seremban

Dalam daerah inilah terletaknya ibu negeri Negeri Sembilan iaitu Bandar Seremban. Daerah Seremban terletak di Bahagian Utara Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 93.501.88 hektar. Di dalam daerah ini terdapat 8 buah mukim dengan mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) termasuk 12 JKKK Kampung Baru.

Berdasarkan Data Penduduk 2010, terdapat 541 286 penduduk di dalam daerah Seremban pada tahun 2010 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.45%. Nampaknya itu sahaja ringkasan tentang daerah ini, mari kita lihat dimana lokasi tempat menarik di sini pula. Antaranya ialah :

  1. the Dusun
  2. Rabbit Fun Land

Tempat Menarik di Jempol

Daerah ini terletak bersempadan dengan negeri Pahang. Bandar utamanya ialah Bahau. Pentadbiran bagi kawasan daerah Jempol boleh dibahagikan kepada dua iaitu kawasan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Jempol dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) iaitu jabatan Perancangan bandar dan Desa Negeri Sembilan. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Jempol meliputi seluas 27,351.61 hektar manakala pentadbiran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan meliputi seluas 120,925.70 hektar.

Dari konteks perancangan di peringkat negara, Daerah jempol terletak di dalam kawasan Zon Perancangan Tengah (Central Planning Zone) yang memberikan penekanan terhadap aktiviti pertanian moden. Sebahagian besar dari kawasan daerah Jempol merupakan kawasan pertanian utama yang perlu dipelihara untuk tujuan pertanian berasaskan kepentingan kelas tanah tahap dua. Di peringkat negeri pula, Jempol berkepentingan sebagai sebuah “argopolis” yang menjadi sumber kawasan pertanian subur dengan hasil kelapa sawit dan getah sebagai tanaman utama selain dari menjadi “hinterland” kepada Bio-Valley di daerah Jempol.

Nampaknya itu sahaja ringkasan tentang daerah ini, mari kita lihat dimana lokasi tempat menarik di sini pula. Antaranya ialah :

  1. Hutan Lipur Serting Ulu

Tempat Menarik di Port Dickson

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan. Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk penduduk tempatannya berehat.

Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado. Nampaknya itu sahaja ringkasan tentang daerah ini, mari kita lihat dimana lokasi tempat menarik di sini pula. Antaranya ialah :

  1. Avillion Hotel Port Dickson
  2. Lexis Hibiscus Port Dickson
  3. Eagle Ranch Resort Tempat Penginapan Menarik di Port Dickson

Tempat Menarik di Tampin

Daerah Tampin merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi Negeri Sembilan. Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict). Nampaknya itu sahaja ringkasan tentang daerah ini, mari kita lihat dimana lokasi tempat menarik di sini pula. Antaranya ialah :

  1. Gunung Tampin

Tempat Menarik di Kuala Pilah

Kuala Pilah terletak di tengah-tengah Negeri Sembilan dikelilingi oleh daerah Jelebu di utara, daerah Jempol di timur, daerah Rembau dan Tampin di selatan serta daerah Seremban di barat. Ia boleh dihubungi dari Seremban melalui Jalan Bukit Putus, dari Tampin melalui Jalan Air Mawang, Johol dari Segamat melalui Bahau dan dari Simpang Pertang melalui Batu Kikir terus ke Pahang.

Kuala Pilah terdiri dari 11 buah mukim dengan 257 buah kampung dan ditadbir oleh 124 JKKK. Berikut adalah jumlah kampung, kampung baru, kampung Orang Asli, Rancangan Felda, Rancangan Felcra, pekan kecil dan penguasa tempatan yang terdapat di dearah Kuala Pilah:

  • Kampung Tradisional sebanyak 250 buah kampung
  • Kampung Baru sebanyak 7 buah kampung
  • Kampung Orang Asli sebanyak 14 buah kampung
  • Sebuah kampung rancangan FELDA (Felda Kepis)

Nampaknya itu sahaja ringkasan tentang daerah ini, mari kita lihat dimana lokasi tempat menarik di sini pula. Antaranya ialah :

  1. Hutan Lipur Ulu Bendul

Tempat Menarik di Rembau

Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan negeri Melaka. Daerah Rembau seluas 402.76 kilometer persegi atau 41,512 hektar dengan penduduk seramai 43,011 (2010) orang yang mendiami 17 mukim mengandungi 204 buah kampung.

Penduduk daerah ini majoritinya adalah petani, kakitangan kerajaan, pekerja perkilangan di kawasan perindustrian daerah atau di Seremban. Nampaknya itu sahaja ringkasan tentang daerah ini, mari kita lihat dimana lokasi tempat menarik di sini pula. Antaranya ialah :

  1. Rembau Kristal

Tempat Menarik di Jelebu

Daerah Jelebu mempunyai keluasan 136,751.49 hektar iaitu 20.4% daripada keluasan keseluruhan Negeri Sembilan. Jelebu juga merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas daerah Jempol. Keadaan muka bumi di Jelebu kebanyakannya berbukit bukau terutama dikawasan sebelah utara yang merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa.

Kebanyakan kawasan-kawasan di Jelebu masih dilitupi oleh kawasan hutan dengan keluasan 84,556.25 hektar iaitu 61.83% daripada keluasan keseluruhan Jelebu. Jumlah penduduk ialah 40,000 orang. Sumber ekonomi utama ialah pertanian dengan keluasan 30,743.103 iaitu 22.481 hektar. Nampaknya itu sahaja ringkasan tentang daerah ini, mari kita lihat dimana lokasi tempat menarik di sini pula. Antaranya ialah :

  1. Muzium Adat

Penutup

Baiklah, macam mana apa kata anda semua? Jika anda semua mempunyai sebarang cadangan tempat untuk pihak tempatmenarik.my buat review atau terjah sila tinggalkan komen di bawah ini.

InsyaAllah jika berkesempatan akan kami usahakan nanti. Dan buat anda yang telah pergi ke tempat-tempat yang telah dikongsikan ini. Jangan lupa untuk kongsikan review anda juga ya. Terima kasih.

Sumber info tentang Negeri Sembilan

  1. http://www.wikiwand.com
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleJom Cari Tempat Menarik di Terengganu Berbaloi Untuk Bercuti
Next articleLokasi Percutian Superb di Negeri Perak yang Perlu Kita Ketahui
tempat-menarik-negeri-sembilanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!