Tempat Menarik Wajib Pergi di Melaka

tempat menarik di Melaka

Terdapat banyak sangat tempat menarik di Melaka. Sebenarnya Melaka ialah sebuah negeri yang hebat yang juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah. Sebelum ini iaitu pada 2008, Melaka telah diumumkan UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).

Selain itu, Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai ‘Melaka Maju’ pada 20 Oktober 2010 pada jam 8:10 malam di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Cakap sahaja tentang negeri Melaka pastinya tergambar pelbagai tempat-tempat bersejarah di sana seperti kota A Famosa, Muzium Istana Kesultana Melayu dan sebagainya. Tetapi sebenarnya ramai tak tahu selain tempat-tempat bersejarah, Melaka juga ada pelbagai tempat menarik lagi.

Kenapa tak percaya? Percayalah kerana memang Melaka ialah sebuah negeri kecil yang padat dengan pelbagai tempat menarik! Admin tempatmenarik.my sendiri rasa teruja sebenarnya bila bercakap tentang negeri Melaka ini.

Info Umum Tentang Negeri Melaka

Negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai ‘Melaka Maju’ pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.

Ringkasan Info

  • Lokasi : Terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia.
  • Keluasan : 1,658 km² iaitu 0.5% dari keluasan Malaysia.
  • Ibu Negeri : Bandaraya Melaka
  • Bilangan Penduduk : 821,100 iaitu 2.9% dari bilangan rakyat Malaysia.
  • Kepadatan Penduduk : 432.1 orang bagi setiap 1km².
  • Huruf Pertama Plat Kenderaan : M
  • Poskod Kebangsaan : 75xxx to 78xxx

*Data adalah anggaran pada tahun 2010.

Tempat Menarik di Melaka

Peta negeri melaka

Apalagi yang kita tunggu, mari kita sama-sama lihat pelbagai tempat menarik yang ada di negeri Melaka ini.

  1. The Pirate Adventure
  2. Desa Balqis Beach Resort
  3. Melaka Wonderland Theme Park and Resort
  4. The Shore Sky Tower
  5. Kota A Famosa Bandaraya Penuh Bersejarah di Kota Melaka
  6. Pantai Klebang Melaka
  7. Muzium Kapal Selam di Melaka
  8. Upside Down House Gallery Malacca
  9. Bustel Klebang
  10. Masjid Kampung Hulu
  11. Masjid Selat Melaka
  12. Menara Taming Sari Melaka
  13. Muzium Baba Dan Nyonya
  14. Taman Buaya Melaka
  15. Masbro Village Melaka
  16. Jasin Hot Springs Melaka
  17. Pantai Tanjung Bidara Melaka
  18. Masjid Kampung Kling
  19. Perigi Hang Tuah Melaka
  20. Pantai Puteri di Melaka
  21. Skytrex Adventure Melaka
  22. Jonker Walk
  23. Taman Burung Melaka
  24. Melaka River Cruise
  25. the Stadthuys Melaka
  26. Zoo Melaka dan Safari Night
  27. Dataran 1 Malaysia Klebang
  28. Taman Rama-rama dan Reptilia
  29. Muzium Maritim
  30. Freeport A’Famosa Outlet Village
  31. Muzium Seni Bina Malaysia
  32. Melaka Tropical Fruit Farm
  33. Taman Mini Malaysia Melaka
  34. Galeri Lebah
  35. Muzium Magic Art di Melaka
  36. Muzium Kesultanan Melayu Melaka
  37. Hutan Rekreasi Sungai Udang
  38. Taman Rekreasi Bukit Serindit
  39. Dataran Pahlawan Melaka Megamall
  40. Muzium Kastam Malaysia
  41. Pantai Pangkalan Balak di Melaka
  42. Muzium Cheng Ho
  43. Mahkota Parade
  44. Kubu St John
  45. Bayou Lagoon Park
  46. Tasik Ayer Keroh
  47. The Shore Oceanarium
  48. The Orangutan House
  49. Cowboy Town A’Famosa
  50. A’Famosa Water World
  51. Pulau Besar Tempat Menarik di Melaka
  52. Pulau Angkat Melaka
  53. Jasin Hotsprings Di Kg. Ayer Panas, Bemban Jasin
  54. Pantai Puteri Di Melaka Tempat Menarik Yang Terhebat Untuk Hari Keluarga
  55. Pantai Peranginan Padang Kemunting Melaka

Baiklah jika anda semua mempunyai sebarang feedback, review atau ingin kami terjah kawasan anda yang anda tahu sangat menarik yang patut kami ketengahkan maka bolehlah tinggalkan komen dibawah.

Sumber info tentang Negeri Melaka

  1. http://www.wikiwand.com

[4K] The Historic City of Malacca – Melaka, Malaysia | DJI Phantom 4

Video ini diambil dari Youtube dan dimuat naik oleh Izuddin Helmi Vids.
Published on 14 Dec 2016

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleLokasi Percutian Terbaik di Negeri Perlis yang Perlu Anda Tahu
Next articleTerokai Mana Tempat Best untuk Makan di Negeri Melaka
tempat-menarik-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!