Negeri Kelantan Negeri Bertuah Penuh Tempat Menarik Untuk di Lawati

tempat menarik di kelantan

Sebenarnya terdapat banyak tempat menarik di Kelantan ini. Oleh seban itu kita boleh panggil Kelantan sebuah negeri bertuah! Itulah yang selalu kita dengar dilaungkan oleh penduduknya dan masyarakat di Malaysia. Kenapa dikatakan ianya negeri bertuah?

Ya, Kelantan negeri bertuah kerana dinaungi oleh kepimpinan ulama. Kos sara hidup yang masih rendah berbanding negeri lain menjadikannya negeri yang paling sukar dimasuki oleh mana-mana profesion pekerjaan terutama guru. Boleh dikatakan semua berebut untuk masuk berkhidmat dan menetap di Kelantan.

Negeri yang kaya dengan pelbagai adat budaya. Rakyatnya peramah dan begitu bersopan santun dan yang paling penting masih menerapkan ciri-ciri keislaman yang tinggi. Jika anda ke Kelantan, cuba lihat billboard iklan di tepi jalan, ianya wajib memaparkan penulisan jawi. Selain itu iklan juga mestilah menutup aurat. Perasan tak?

Negeri yang kaya dengan pelbagai masakan yang sedap dan murah ini juga sebenarnya menjadi hub perdagangan yang menjadi tumpuan rakyat untuk membeli belah kerana wujudnya sempadan negara Thailand di Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang.

Info Umum Tentang Negeri Kelantan

Nama “Kelantan” dikatakan berasal daripada perkataan “gelam hutam”, iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Selain itu negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.

Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen, 45 kawasan Dewan Undangan Negeri dan terbahagi kepada 10 Jajahan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu dan Gua Musang.

Bandar-bandar yang lain ialah Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa. Warna bendera Kelantan ialah merah dan putih. Warna merah melambangkan kesetiaan rakyat kepada negeri dan warna putih pula melambangkan kesucian Raja. Unjuran penduduknya pada tahun 2010 adalah seramai 1,670,500 orang.

Ringkasan Info

  • Lokasi : Terletak di selatan Semenanjung Malaysia.
  • Keluasan : 14,931 km² iaitu 4.5% dari keluasan Malaysia.
  • Ibu Negeri : Kota Bharu
  • Bilangan Penduduk : 1,539,600 iaitu 5.5% dari bilangan rakyat Malaysia.
  • Kepadatan Penduduk : 112.5 orang bagi setiap 1km².
  • Huruf Pertama Plat Kenderaan : D
  • Poskod Kebangsaan : 15xxx hingga 18xxx

*Data adalah anggaran pada tahun 2010.

Tempat Menarik di Kelantan

peta negeri kelantan

Pendek kata kalau anda ke Kelantan, mungkin seminggu belum habis lagi anda terokai satu persatu. Apa kata kita lihat sendiri keindahan pelbagai tempat di negeri Kelantan untuk kita lawati ini. Memang awesome sangat! Jom lihat perkongsian admin tempatmenarik.my ini.

Tempat Menarik di Pasir Puteh

Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.

Jajahan Puteh mempunyai 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi). Menjelang 2017, Pasir Puteh bakal mencapai status perbandaran penuh dan dinamakan MAJLIS PERBANDARAN PASIR PUTEH. Baiklah itu sahaja info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik disini. Antaranya ialah :

  1. Tok Aman Bali Beach Resort
  2. Air Terjun Jeram Pasu
  3. Dee Wana Resort

Tempat Menarik di Kota Bharu

Kota Bharu (KB) ialah ibu negeri Kelantan, Malaysia. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya.

Tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Jabor, Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 12 ke Kuala Berang dan Kuala Terengganu dan menuju ke Kota Bharu atau Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Tanah Tinggi Cameron menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8. Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu. Baiklah itu sahaja info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik disini. Antaranya ialah :

  1. Madinatul Jadid
  2. Pantai Cahaya Bulan
  3. Pasar Besar Siti Khadijah
  4. PCB
  5. Pantai Sabak Di Kelantan Tempat Menarik Yang Awesome Untuk Tenangkan Fikiran
  6. Pantai Senok

Tempat Menarik di Pasir Mas

Ia bersempadan dengan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Tanah Merah. Seluas 3.9 peratus daripada keluasan negeri Kelantan ialah keluasan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan, ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu, Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah disandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun. Baiklah itu sahaja info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik disini. Antaranya ialah :

Tempat Menarik di Tumpat

Tumpat terletak di hujung Landasan Pantai Timur yang dijalankan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM). Lokasi strategik ini menjadikan Tumpat pusat pengangkutan utama di Kelantan. Jumlah penduduk Tumpat ialah 153,976 orang (banci 2010). Peratusan penduduk Melayu ialah 92%, Cina 3.7%, India 0.3%, dan lain-lain 4%. Baiklah itu sahaja info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik disini. Antaranya ialah :

  1. Pantai Sri Tujuh

Tempat Menarik di Bachok

Keluasan Jajahan Bachok ialah 264.64 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 133,152 penduduk pada tahun 2010. Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang.

Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah. Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut. Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah. Baiklah itu sahaja info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik disini. Antaranya ialah :

  1. Pantai Irama

Tempat Menarik di Tanah Merah

Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu.

Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat. Baiklah itu sahaja info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik disini. Antaranya ialah :

  1. Air Terjun Lata Hujan

Tempat Menarik di Kuala Krai

Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35.

Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara. Baiklah itu sahaja info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik disini. Antaranya ialah :

  1. Air Terjun Lata Berangin

Tempat Menarik di Machang

Machang mempunyai sebanyak 93,087 orang penduduk (banci 2010). Terdapat 6 daerah di Machang iaitu Labok, Pulai Chondong, Panyit, Pangkal Meleret, Ulu Sat, dan Temangan. Jumlah mukim di Machang ialah 30. Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.

Antara tarikan sejarah di sini ialah Menara Masjid Pulai Condong. Salah satu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA juga bertempat di Machang. Baiklah itu sahaja info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik disini. Antaranya ialah :

  1. Jeram Linang

Tempat Menarik di Gua Musang

Jajahan Gua Musang dikenali jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan. Jajahan Gua Musang merangkumi 3 DUN iaitu Dun Paloh, Dun Nenggiri atau dulunya Bertam dan Dun Galas. Ahli Parlimennya kini ialah Bekas Menteri Kewangan Malaysia & Pengasas Petronas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah. Menjelang tahun 2017, Gua Musang dinaik taraf dari Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran untuk menjadikan sebuah bandar maju.

  1. Taman Etno Botani Gua Musang

Tempat Menarik di Jeli

Pentadbiran Jajahan Jeli telah bermula pada 1hb. Julai 1982 sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan Jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai iaitu sejurus lebuhraya timur barat dari sini ke Gerik, Perak dibuka ketika itu. Pada 1hb Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan Penuh. Sehingga hari ini Jajahan Jeli adalah sebuah jajahan yang terbaru di Negeri Kelantan. Baiklah itu sahaja info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik disini. Antaranya ialah :

  1. Air Terjun Lata Janggut

Penutup

Macam mana? Hebat bukan senarai perkongsian ini. Jadi apa kata kalau ada antara senarai ini yang anda telah pergi, anda tinggalkan sedikit komen untuk buat review tempat tersebut. Bagi anda yang ingin berkongsi tempat menarik untuk kami terjah, sila tinggalkan komen dibawah atau boleh juga hubungi kami.

Tempat Menarik di Kelantan by Nabila

Sumber info tentang Negeri Kelantan

  1. http://www.wikiwand.com
  2. pmr.penerangan.gov.my
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleSabah Tempat Perlancongan Wajib Pergi yang Awesome
Next articleJom Bercuti di Sarawak dengan Pelbagai Tempat Menarik Untuk Dilawati
tempat-menarik-kelantanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!