

Terdapat banyak sangat tempat menarik di Kedah. Sebut sahaja negeri Kedah pastinya ramai yang terbayangkan keindahan jelapang padi yang terhampar luas. Pengalaman admin sendiri sangatlah menyeronokkan bila dapat pergi travel dengan beberapa orang kawan ke negeri Kedah. Ya, memang sangat best!
Cuba bayangkan suasana negeri Kedah yang sangat mendamaikan. Banyak tempat yang jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar. Jika anda mencari ketenangan yang memang menyamankan maka anda memang patut pergi ke Kedah. Jom bersama tempatmenarik.my kita lihat serba sedikit info negeri Kedah Darul Aman ini.
Negeri Kedah terletak di Utara Semenanjung Malaysia. Keluasan Negeri Kedah adalah dianggarkan melebihi 9,000 km2 yang meliputi tanah besar dan Langkawi. Sebahagian bentuk muka bumi di tanah besar Negeri Kedah adalah tanah rata yang amat sesuai untuk sawah padi.
Manakala Pulau Langkawi pula adalah lebih berfungsi sebagai pulau pelancongan dan sebahagian besar kawasan pedalamannya (termasuk pulau-pulau sekelilingnya), adalah tidak berpenghuni.
Info Umum Tentang Negeri Kedah
Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman. Kedah merupakan salah satu daripada 14 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 (lihat peta). Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.
Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Wilayah Satun Songkhla dan Yala di Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.
Kebanyakan penduduk Kedah adalah orang Melayu, dan sedikit orang Cina dan India. Anggaran populasi mengikut kaum pada 2003 ialah: Melayu (1,336,352), Cina (252,987), India (122,911), Bukan warganegara (35,293), Lain-lain (27,532).
Ringkasan Info
- Lokasi : Terletak di utara Semenanjung Malaysia.
- Keluasan : 9,425 km² iaitu 2.9% dari keluasan Malaysia.
- Ibu Negeri : Alor Setar
- Bilangan Penduduk : 1,947,651 iaitu 6.9% dari bilangan rakyat Malaysia.
- Kepadatan Penduduk : 216.9 orang bagi setiap 1km².
- Huruf Pertama Plat Kenderaan : K dan KV untuk Pulau Langkawi.
- Poskod Kebangsaan : 02xxx, dan 05xxx hingga 09xxx
*Data adalah anggaran pada tahun 2010.
Tempat Menarik di Kedah
Ok baiklah, sudah panjang lebar berceloteh apa kata kita fokus kepada hal utama kita iaitu senarai tempat best yang sesuai untuk bercuti dan dilawati di negeri Kedah.
Tempat Menarik di Kubang Pasu
Kubang Pasu adalah salah sebuah daerah yang terletak di bahagian utara negeri Kedah. Keunikan daerah ini adalah kerana ia merupakan kawasan sempadan antarabangsa (Malaysia-Thailand) dan sempadan negeri Perlis. Oleh kerana lokasinya yang hampir dengan Thailand serta faktor sejarah, ramai di kalangan penduduk di daerah ini fasih berbahasa Siam. Sekerang, daerah ini pesat membangun dan diberi jolokan ‘Daerah Pendidikan’. Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
Tempat Menarik di Padang Terap
Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah, Malaysia. Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap. Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.
Pusat pentadbiran daerah ini dikenali sebagai Kuala Nerang. Antara kawasan yang termasuk di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu. Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
Tempat Menarik di Pokok Sena
Pokok Sena terletak di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada 2009.
Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan ‘Pokok Sena’ itu. Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
Tempat Menarik di Kota Setar / Alor Setar
Alor Setar merupakan ibu negeri dan tempat terletaknya cabang perundangan kerajaan Persekutuan bagi negeri Kedah. Bandar Muadzam Shah Alor Setar pula menjadi pusat utama kerajaan persekutuan di negeri Kedah. Alor Setar ialah cantuman daripada kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar ialah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan. Alor Setar ditubuhkan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah dan merupakan pusat pentadbiran kelapan negeri sejak Kesultanan Kedah pada 1136.
Alor Setar telah rasmi diberikan status sebagai Bandar Raya yang ke-9 di Malaysia, pada 21 Disember 2003 di mana ejaan nama Alor Setar telah berubah secara rasminya kepada Alor Star. Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
Tempat Menarik di Pendang
Pendang merupakan salah satu daerah di Kedah, Malaysia. Ia meliputi kawasan sawah yang luas dan mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Penduduk di daerah ini terdiri daripada Melayu, Siam, Cina dan India. Nama Pendang berasal daripada perkataan “pendiat” yang bermaksud parit atau lubang yang dibina khas untuk menangkap gajah. Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
Tempat Menarik di Yan
Yan merupakan sebuah bandar dan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Star dan 30 kilometer dari Sungai Petani. Daerah Yan merupakan salah satu daripada beberapa daerah pentadbiran di Kedah. Daerah Yan merangkumi beberapa mukim di dalamnya. Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
Tempat Menarik di Sik
Sik merupakan sebuah daerah yang terletak dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Keluasan daerah Sik ialah 1635 km persegi, iaitu 17.35% daripada keluasan Negeri Kedah. Daerah ini ialah daerah yang paling luas dalam negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, negara Thailand di sebelah utara, daerah Baling di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan daerah Pendang di sebelah barat. Kini, daerah Sik ditadbir oleh Majlis Daerah Sik. Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
Tempat Menarik di Kuala Muda
Daerah Kuala Muda terletak dalam negeri Kedah dan merangkumi beberapa mukim seperti Mukim Bujang, Mukim Bukit Meriam, Mukim Gurun, Mukim Haji Kudong, Mukim Kota, Mukim Kuala, Mukim Merbok, Mukim Pekula, Mukim Pinang Tunggal, Mukim Rantau Panjang, Mukim Semeling, Mukim Sidam Kiri, Mukim Simpor, Mukim Sungai Pasir, Mukim Sungai Petani, Mukim Teloi Kiri, Bandar Bedong, Bandar Gurun, Bandar Sungai Lalang, Bandar Sungai Petani, Bandar Tikam Batu, Bandar Merbok, Bandar Semeling, Bandar Aman Jaya, Pekan Bukit Selambau, Pekan Jeniang, Pekan Kota Kuala Muda, Pekan Tanjung Dawai.
Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
Tempat Menarik di Baling
Baling ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat, daerah Sik di utara, Negeri Perak di sebelah tenggara dan Negara Thailand di sebelah timur laut. Ia mempunyai keluasan sebanyak 1530 kilometer persegi atau 590.32 batu persegi. Dengan keluasan tersebut, Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah selepas daerah Sik. Setakat Februari 2011, jumlah penduduk daerah Baling ialah 159,487 orang.
Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
Tempat Menarik di Kulim
Daerah Kulim adalah cantuman dari lima belas mukim iaitu Junjong, Kulim, Keladi, Sungai Seluang, Terap, Bagan Sena, Karangan, Sungai Ular, Padang China, Nagalilit, sedim, Sidam Kanan, Padang Meha, Mahang dan Lunas. Dewan Undangan Negeri Kulim terletak di Kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.
Penubuhan Taman Teknologi Tinggi Kulim atau Kulim Hi-Tech Park) diharap dapat mencetuskan pembangunan pesat di Kulim. Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
Tempat Menarik di Bandar Baharu
Bandar Baharu merupakan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Tapi, pekannya terletak di sempadan antara Pulau Pinang dengan Perak. Sungai Kerian di sini adalah menjadi garis sempadan negeri Perak dan Kedah melalui susur keluar Bandar Baharu di lebuhraya.
Daerah ini telah dijadikan kawasan inap desa (homestay) oleh Kerajaan Negeri Kedah agar daerah ini menjadi kawasan tarikan pelancong. Inap desa ini telah dibangunkan di Kampung Relau, Mukim Relau dengan nama Homestay Sri Impian Relau. Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
Tempat Menarik di Langkawi
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang.
Baiklah, itu adalah info ringkas daerah ini, mari kita lihat apa yang menarik di sini antaranya ialah :
- Tubotel LangkawiÂ
- Makam Mahsuri
- Underwater World Langkawi
- Dataran Helang
- Air Terjun Telaga Tujuh
- Kereta Kabel Langkawi
- Pulau Payar
- Pantai Tanjung Rhu
- Taman Agro Teknologi MARDI
- Telaga Harbour Marina
- Gunung Raya Langkawi
- Langkawi Wild Life Park
- Pulau Beras Basah Langkawi
- Laman Padi Langkawi
- Galeria Perdana di Langkawi
- Nusantara Gamat
- Idaman Suri
- Hutan Lipur Air Terjun Temurun
- Pantai Pasir Tengkorak
- Kompleks Kraft
- Beras Terbakar
- Tasik Dayang Bunting Langkawi
- Muzium Seni 3D
- Air Terjun Durian Perangin
- Pantai Cenang di Langkawi
- Taman Lagenda Langkawi
- Buffalo Park
- Island Horses
- Haji Ismail Group
- Kilim Geoforest Park Langkawi
- Tiger! Tiger! Langkawi
- Skytrex Langkawi Adventure Park
- Sunset Tropical Cruise
- Oriental Village Langkawi
- Pantai Tengah di Langkawi
- Perkongsian Menarik di : 39 Tempat Menarik di Langkawi
- Malibest Resort Tempat Penginapan Menarik di Langkawi
- The Ritz-carlton Tempat Menarik di Langkawi
Macam mana, hebat bukan perkongsian ini? Baiklah apa kata kalau anda pernah bertandang ke mana-mana tempat menarik berikut, anda tinggalkan review anda sendiri pada bahagian komen. InsyaAllah ianya sangat membantu kami dan para pengunjung lain.
Selain itu, jika ada tempat yang ingin kami kongsikan anda boleh hubungi kami dan berikan detail tempat berikut.