Jom Kita Bercuti di Negeri Johor Darul Takzim JDT

Jom terokai tempat menarik di Johor.
Jom terokai tempat menarik di Johor.

Terdapat begitu banyak tempat menarik di Johor. Cakap sahaja JDT pasti semua rakyat Malaysia kenal dan tahu maksudnya. Kenapa tidak, JDT atau Johor Darul Takzim benar-benar gah di persada dunia dengan pelbagai kelebihan dan kehebatan.

Dipimpin oleh raja yang sangat tegas dan berdaulat, JDT sebenarnya mempunyai pelbagai rahsia kehebatan tersendiri yang pastinya ramai tidak tahu. Mari kita saksikan video ringkas ini.

Bagaimana hebat bukan? Baiklah apa kita kita terjah pula mengenai beberapa fakta menarik mengenai Johor ini.

  • Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri dan dibiyai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.
  • Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal daripada Johor.
  • Penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang merupakan orang Johor.
  • Orang Johor banyak menggunakan perkataan ‘eekk’ di belakang ayat.
  • Orang Muar pulak ada cara speaking yang tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir dengan ‘o’ tapi bukan semua perkataan.

Info Umum Tentang Negeri Johor

Johor Darul Takzim atau lebih dikenali sebagai JDT ini terletak betul-betul di bahagian selatan Semenajung Malaysia. Negeri yang menjadi sempadan utama antara negara kita Malaysia dengan Negara Singapura ini dikelilingi dnegan Laut China Selatan di bahagian Timur, Selat Tebrau di selatan dan Selat Melaka di bahagian sebelah baratnya.

Johor merupakan negeri yang sangat luas iaitu berkeluasan kira-kira 7,4200 batu persegi. Ia merupakan negeri yang kelima paling besar di negara kita. Oleh kerana keluasannya yang besar, negeri Johor mempunyai jumlah peduduk yang sangat besar dan berada pada tangga kedua bagi jumlah penduduk di negara.

Secara umumnya, Johor Bharu merupakan ibu negeri bagi negeri Johor dan Kota Iskandar di Iskandar Puteri pula menjadi pusat pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Johor.

Ringkasan Info

  • Lokasi : Terletak di selatan Semenanjung Malaysia.
  • Keluasan : 18,985 km² iaitu 5.7% dari keluasan Malaysia.
  • Ibu Negeri : Johor Bharu.
  • Bilangan Penduduk : 3,348,300 iaitu 11.9% dari bilangan rakyat Malaysia.
  • Kepadatan Penduduk : 173.1 orang bagi setiap 1km².
  • Huruf Pertama Plat Kenderaan : J
  • Poskod Kebangsaan : 79xxx hingga 86xxx

*Data adalah anggaran pada tahun 2010.

Tempat Menarik di Johor

Tempat Menarik di Johor

Jom kita bersama-sama admin tempatmenarik.my untuk terokai negeri yang mempunyai keluasan yang besar ini dan begitu gah dengan gelaran JDT.

Tempat Menarik di Johor Bahru

Johor Bahru atau lebih terkenal dengan panggilan “JB” merupakan sebuah bandar utama negeri Johor. JB terletak 300 km tepat dari Kuala Lumpur dan merupakan ”bandaraya kedua terbesar dan pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia. Pelancongan ialah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru.

Menarik bukan daerah di Johor ini, jadi mari kita lihat jika kita datang ke Johor dan pergi ke daerah ini apa tempat-tempat yang wajib kita bawa keluarga atau rakan-rakan kita singgah untuk menikmati keunikan tarikan disini. Antaranya ialah :

  1. Renaissance Hotel
  2. Legoland Malaysia
  3. Kilang Bateri
  4. Tiram Indoor Water Park
  5. TS Wonderland Indoor Water Theme Park
  6. KSL Theme Park-Dinosaur Alive

Tempat Menarik di Batu Pahat

Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Batu Pahat terbahagi kepada dua zon utama iaitu zon barat dan zon timur. Antara pekan-pekan yang terletak di dalam zon barat ialah Rengit, Senggarang, Tongkang Pechah, Sri Gading, Semerah, Parit Raja dan Bandar Penggaram. Manakala zon timur pula merupakan kawasan seperti Yong Peng, Parit Sulong, Sri Medan, Parit Ya’ani, Lan Lee, Kangkar Baru dan Air Hitam.

Baiklah, jadi mari kita lihat jika kita datang ke Johor dan pergi ke daerah ini apa tempat-tempat yang wajib kita bawa keluarga atau rakan-rakan kita singgah untuk menikmati keunikan tarikan disini. Antaranya ialah :

  1. Taman Rekreasi Tasik Y
  2. Tropical Village

Tempat Menarik di Kluang

Kluang berada di sebuah kawasan yang beralunan bukit. Titik tertinggi di Kluang ialah puncak Gunung Lumut, sebuah gunung yang tingginya 1,010m dan juga salah satu gunung yang paling selatan di banjaran utama Malaysia.

Baiklah itu serba ringkasnya, jadi mari kita lihat jika kita datang ke Johor dan pergi ke daerah ini apa tempat-tempat yang wajib kita bawa keluarga atau rakan-rakan kita singgah untuk menikmati keunikan tarikan disini. Antaranya ialah :

  1. UK Farm
  2. Perusahaan Zainab Jaya
  3. Zenxin Organic Park 

Tempat Menarik di Kulai

Daerah Kulai ialah satu daripada dua daerah baru yang diwujudkan di negeri Johor, Malaysia. Daerah baru ini terbentuk hasil daripada pecahan bahagian utara Daerah Johor Bahru yang merangkumi bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, dan Sengkang.

Hebat bukan? Jadi mari kita lihat jika kita datang ke Johor dan pergi ke daerah ini apa tempat-tempat yang wajib kita bawa keluarga atau rakan-rakan kita singgah untuk menikmati keunikan tarikan disini. Antaranya ialah :

  1. Johor Premium Outlets

Tempat Menarik di  Muar

Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan Pagoh. Muar bersempadan dengan daerah Tangkak di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan. Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara.

Dah tahu serba ringkas tentang Muar bukan? Jadi mari kita lihat jika kita datang ke Johor dan pergi ke daerah ini apa tempat-tempat yang wajib kita bawa keluarga atau rakan-rakan kita singgah untuk menikmati keunikan tarikan disini. Antaranya ialah :

  1. Taman Tanjung Emas
  2. Hotel PPT Muar Tempat Penginapan Menarik di Johor
  3. Pantai Leka Di Johor Tempat Menarik Yang Sangat Power

Tempat Menarik di Kota Tinggi

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru.

Menarik bukan di Kota Tinggi ini? Jadi mari kita lihat jika kita datang ke Johor dan pergi ke daerah ini apa tempat-tempat yang wajib kita bawa keluarga atau rakan-rakan kita singgah untuk menikmati keunikan tarikan disini. Antaranya ialah :

  1. Paya Biru Felda Lok Heng Selatan
  2. Pantai Desaru
  3. Canopy Tribes
  4. Tiara Desaru Homestay di Bandar Penawar Johor Tempat Penginapan Unik Tersendiri
  5. Pantai Teluk Ramunia

Tempat Menarik di Segamat

Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor, Malaysia. Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut – Segar-Amat. Terletak di antara Kuala Lumpur dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu ‘Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan’.

Menarik bukan daerah Segamat ini! Jadi mari kita lihat jika kita datang ke Johor dan pergi ke daerah ini apa tempat-tempat yang wajib kita bawa keluarga atau rakan-rakan kita singgah untuk menikmati keunikan tarikan disini. Antaranya ialah :

  1. Dataran Segamat

Tempat Menarik di Pontian

Pontian ialah salah satu daerah di Johor, Malaysia. Ibu daerah Pontian ialah Pontian Kechil. Kebanyakan kawasan di sini adalah terdiri daripada paya bakau. Menangkap ikan masih merupakan aktiviti utama penduduk di daerah ini. Pontian diduduki oleh kaum Melayu yang berketurunan suku Melayu, Bugis dan Jawa. Melayu dan Bugis di kawasan pesisiran manakala Jawa di kawasan pedalaman. Kebanyakan Cina di Pontian adalah berketurunan Teochew.

Menarik bukan daerah di Johor ini, jadi mari kita lihat jika kita datang ke Johor dan pergi ke daerah ini apa tempat-tempat yang wajib kita bawa keluarga atau rakan-rakan kita singgah untuk menikmati keunikan tarikan disini. Antaranya ialah :

  1. Lata Sri Pulai
  2. Pantai Tanjung Bin

Tempat Menarik di Tangkak

Daerah Tangkak adalah sebuah daerah yang baru diwujudkan di negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Tangkak ialah Bandar Tangkak. Sebelum ini Daerah Tangkak dikenali sebagai kawasan Muar Utara. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar.

Menarik bukan daerah di Johor ini, jadi mari kita lihat jika kita datang ke Johor dan pergi ke daerah ini apa tempat-tempat yang wajib kita bawa keluarga atau rakan-rakan kita singgah untuk menikmati keunikan tarikan disini. Antaranya ialah :

  1. Gunung Ledang

Tempat Menarik di Mersing

Mersing merupakan nama kepada daerah di timur laut negeri Johor, Malaysia. Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik. Mersing mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah Mersing.

Menarik bukan daerah di Johor ini, jadi mari kita lihat jika kita datang ke Johor dan pergi ke daerah ini apa tempat-tempat yang wajib kita bawa keluarga atau rakan-rakan kita singgah untuk menikmati keunikan tarikan disini. Antaranya ialah :

  1. Kepulauan Mersing
  2. Pulau Dayang
  3. Pulau Rawa
  4. Pulau Tinggi
  5. Pulau Harimau
  6. Pulau Babi

InsyaAllah kalau ada tempat yang anda ingin kami masukkan boleh hubungi kami atau tinggalkan komen dibawah. Pastinya Johor mempunyai banyak lagi tempat menarik yang patut kita ketengahkan.

Sumber info tentang Negeri Johor

  1. http://www.wikiwand.com
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articlePelbagai Destinasi Menarik di KL (Kuala Lumpur)
Next articleJom Cari Destinasi Menarik di Negeri Pahang
tempat-menarik-johorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!