Bercuti dan Singgah ke Pelbagai Tempat Best di Selangor

2368

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Tempat Menarik di Selangor

Begitu banyak tempat menarik di Selangor sebenarnya. Selangor seperti yang kita tahu adalah sebuah negeri kecil tetapi sangat pesat membangun dengan kepadatan penduduk yang agak tinggi. Berbanding negeri-negeri lain, Selangor boleh dikatakan sangat maju sama ada dari segi kemudahan asas, pengangkutan awam dan sosioekonomi.

Walaupun Selangor merupakan sebuah negeri kecil yang dikelilingi dengan pelbagai pembangunan namun ianya tidak menghalang kita untuk bercuti, beriadah, atau untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Ini kerana di Selangor sebenarnya terdapat banyak tempat yang menarik dan best untuk diterokai.

Info Umum Tentang Negeri Selangor

Negeri Selangor terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia. Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Negeri ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan sejak turun-temurun dan sekarang di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006.

Selangor merupakan satu daripada dua buah negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain daripada Sarawak. Selangor juga mempunyai bandar yang paling banyak di Malaysia berikutan daripada kesan pembangunan pesat daripada pemodenan di kawasan Lembah Klang. Selain itu, Selangor juga merupakan negeri yang paling kaya di Malaysia berdasarkan KDNK per kapita.

Negeri ini juga merupakan negeri yang paling maju di Malaysia. Hal ini kerana dengan adanya infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam. Selain itu, negeri ini juga dilihat mempunyai ciri kemajuan yang terbaik, pada 1 Januari 2017, Kerajaan Negeri telah menguatkuasakan kempen negeri hijau iaitu ‘Go Green’ atau lebih dikenali sebagai negeri tanpa plastik.

Ringkasan Info

  • Lokasi : Terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia.
  • Keluasan : 7,956 km² iaitu 2.4% dari keluasan Malaysia.
  • Ibu Negeri : Shah Alam
  • Bilangan Penduduk : 5,462,100 iaitu 19.4% dari bilangan rakyat Malaysia.
  • Kepadatan Penduduk : 674.0 orang bagi setiap 1km².
  • Huruf Pertama Plat Kenderaan : B
  • Poskod Kebangsaan : 40xxx hingga 48xxx dan 62xxx hingga 64xxx

*Data adalah anggaran pada tahun 2010.

Tempat Menarik di Selangor

daerah di selangor

Percaya atau tidak namun kali ini admin tempatmenarik.my akan bawa anda semua untuk lihat sendiri pelbagai tempat menarik yang boleh anda terokai sendiri di Selangor ini. Ya jangan sangka di bandar anda tidak boleh bersantai dan berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan. Sebenarnya banyak yang anda boleh lakukan di sini.

Negeri Selangor mempunyai 9 buah daerah berbeza dan setiap daerah di negeri ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Di Selangor, setiap daerah mempunyai mukim tersendiri. Mukim-mukim ini berubah mengikut populasi tertentu. Setiap mukim pula mempunyai bandar ataupun kampung. Jom kita saksikan sendiri!

Tempat Menarik di Petaling Jaya

Petaling terletak di barat Kuala Lumpur dan bersempadan dengannya. Daerah Petaling merupakan kawasan yang paling membangun di negeri Selangor. Banyak bandar-bandar dibina di daerah ini seperti Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya. Di sini terdapat banyak pusat-pusat perindustrian dan kilang. Shah Alam, Petaling Jaya dan Puchong merupakan kawasan perindustrian ringan di Selangor. Penduduk di sini majoritinya penduduk bandar. Di daerah ini mempunyai Shah Alam ibu negeri Selangor. Kegiatan ekonomi amat pesat di sini.

Ok, selesai serba sedikit tentang Daerah Petaling Jaya ini mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini. Antaranya ialah :

  1. Sunway Pyramid
  2. Sunway Lagoon Taman Tema Air Terbaik Di Malaysia
  3. Farm In the City
  4. Villa Rimbun Desa

Tempat Menarik di Hulu Langat

Hulu Langat terletak di tenggara Selangor. Hulu Langat merupakan kawasan hijau selangor dan berhubung dengan Banjaran Titiwangsa. Hulu Langat merupakan kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Kawasan bandar terletak di pinggir daerah manakala kawasan luar bandar terletak di dalam daerah. Kajang dan Cheras merupakan kawasan bandar di sini.

Ok, selesai serba sedikit tentang Daerah Hulu Langat ini mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini. Antaranya ialah :

  1. Congkak Eco Resort
  2. Bangi Wonderland Tempat Menarik Di Selangor

Tempat Menarik di Gombak

Gombak terletak di timur Selangor. Gombak merupakan kawasan bandar dan luar bandar. Gombak mempunyai kawasan besar hutan hujan malaysia dan merupakan salah satu daerah di Selangor yang berhubung dengan Banjaran Titiwangsa. Daerah ini mengelilingi Kuala Lumpur. Di sini merupakan kawasan yang membangun terutama sekali di bahagian dalam Gombak. Di daerah ini mempunyai mukim Ampang yang terkenal.

Sesetengah mukim di Gombak adalah gabungan bandar dan luar bandar. Tempat perlancongan di daerah ini ialah Zoo Negara, Batu caves dan bermacam-macam lagi. Rawang, Hulu Kelang, Ampang merupakan kawasan bandar di sini. Ok, selesai serba sedikit tentang Daerah Gombak ini mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini. Antaranya ialah :

  1. Warisan Rimba
  2. Sekeping Serendah Retreats Tempat Penginapan Menarik di Selangor

Tempat Menarik di Klang

Klang terletak di utara barat Selangor. Klang merupakan bandar diraja Selangor. Klang di antara daerah yang terkenal di Selangor. Klang mempunyai pelabuhan terbesar dan utama di Malaysia dan merupakan pelabuhan terbesar di dunia. Klang merupakan kawasan dwipenduduk kerana di daerah itu mempunyai kawasan kampung dan bandar. Bandar Klang merupakam kawasan yang populasi di Selangor. Banyak kilang-kilang dibina di sini. Klang merupakan penyumbang ekonomi di Selangor. Pusat bandar Klang dan Bukit Raja merupakan kawasan bandar di sini.

Ok, selesai serba sedikit tentang Daerah Klang ini mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini. Antaranya ialah :

  1. GM Klang Selangor
  2. I-City Trick Art Muzium
  3. Ardence Lab Tempat Menarik di Lembah Klang Selangor

Tempat Menarik di Sepang

Sepang terletak di timur selatan Selangor. Sepang mempunyai kawasan perlancongan dan perdagangan. Sepang mempunyai kawasan pertanian di Selangor. Di daerah ini mempunyai kawasan bandar dan luar bandar. Di sini pernah mempunyai Litar Antarabangsa Sepang dan Lapangan Terbang Kuala lLumpur. Ok, selesai serba sedikit tentang Daerah Sepang ini mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini. Antaranya ialah :

  1. Pantai Bagan Lalang

Tempat Menarik di Kuala Selangor

Kuala Selangor terletak di utara barat daya selangor. Kuala Selangor merupakan bandar bersejarah di Selangor. Banyak kawasan-kawasan bersejarah di sini seperti Bukit Malawati. Selain itu,Kuala Selangor juga mempunyai pantai yang indah dan mempunyai kawasan pertanian kelapa sawit. Kuala Selangor penduduknya hanyalah penduduk luar bandar. Kegiatan perikanan juga berlaku di sini. Ok, selesai serba sedikit tentang Daerah Kuala Selangor ini mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini. Antaranya ialah :

Tempat Menarik di Kuala Langat

Kuala Langat terletak di selatan Selangor. Kuala Langat merupakan kawasan perlancongan Selangor. Banyak pantai yang indah di sini seperti Morib. Kuala Langat tempat kawasan luar bandar. Kuala Langat bersempadan dengan Putrajaya. Kuala Langat juga tempat pertanian di Selangor. Ok, selesai serba sedikit tentang Daerah Kuala Langat ini mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini. Antaranya ialah :

  1. Tadom Hill Resort Banting Selangor
  2. Gold Coast Morib International Resort di Selangor
  3. Tubestay Tempat Pengianapan Menarik Di Selangor

Tempat Menarik di Sabak Bernam

Sabak Bernam terletak di utara Selangor. Sabak Bernam merupakan kawasan pertanian terbesar di Selangor. Pertanian yang wujud di daerah itu ialah padi. Penanaman padi di Sabak Bernam merupakan penanaman yang moden dan efisien. Di daerah ini merupakan kawasan perkampungan orang melayu. Di Sekinchan,merupakan kawasan perikanan di Selangor. Banyak kilang-kilang dibina di daerah ini.

Ok, selesai serba sedikit tentang Daerah Sabak Bernam ini mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini. Antaranya ialah :

  1. Pantai Bagan Nakhoda Omar

Tempat Menarik di Hulu Selangor

Hulu Selangor terletak di utara timur Selangor. Daerah ini merupakan kawasan perhutanan dan berpenduduk sama seperti Gombak. Daerah ini berhubung dengan Banjaran Titiwangsa. Penduduk di sini hanyalah penduduk luar bandar. Ok, selesai serba sedikit tentang Daerah Hulu Selangor ini mari kita lihat pula apa yang menarik di daerah ini. Antaranya ialah :

  1. Ratu Rening Residency
  2. Tasik Kebun Serendah Tempat Menarik Di Selangor
  3. Carpe Diem Orchard Home Tempat Menarik di Selangor

Baiklah, itu sahaja perkongsian yang kami dapat lakukan kali ini. Jika ada mana-mana tempat yang nak kami review maka boleh hubungi kami atau tinggalkan sahaja komen anda di bawah post ini. Semoga bermanfaat.

Sumber info tentang Negeri Selangor

  1. http://www.wikiwand.com/
Facebook Comments