

Sebenarnya terdapat begitu banyak tempat makan di Terengganu. Semestinya negeri yang terkenal dengan keropok lekor ini menyimpan pelbagai keunikan masakan yang perlu kita rasa.
Bermula entah dari mana, namun dapat dilihat secara jelas tempat makan di Terengganu ini sebenarnya bermusim dan mengikut trend ghaib tersendiri. Kenapa admin tempatmenarik.my katakan ianya satu trend ghaib? Ini kerana admin lihat, di Terengganu ini sebenarnya peniaga mengikut trend semasa orang ramai dan ini memang hebat.
Contohnya jika dahulu trend kedai tepi pantai, maka seperti sekelip mata akan ramailah peniaga yang akan membuka kedai di tepi pantai. Kemudian ada trend buka kedai makan guna kontena, pada masa itu hampir dimana saja daerah akan ada kedai makan yang berkonsepkan kontena dibuka. Nampak? Memang sangat awesome!
Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Terengganu?
Malaysia sentiasa terkenal dengan kepelbagaian makanannya. Walaupun Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan, namun terdapat beberapa makanan yang mewakili tempat-tempat atau negeri-negeri tertentu. Antara makanan tradisional yang menonjol adalah masakan negeri Terengganu.
Terengganu mempunyai banyak hidangan yang berasaskan beras seperti nasi dagang, nasi kunyit, nasi kuning, nasi berlauk, nasi lemak dan nasi kerabu.Terdapat juga laksam, laksa Terengganu, otak-otak, sata, pulut lepa, ketupat sotong dan kerepok lekor dan banyak lagi
Nasi Dagang
Nasi Dagang atau ‘nasi pedagang’ yang dikatakan adalah nasi yang dimakan oleh peniaga dalam perjalanan perniagaan mereka. Nasi dagang adalah makanan Terengganu yang paling popular. Hidangan ini adalah campuran beras dan pulut serta kaya dengan rasa lemak santan. Nasi dagang ini biasa nya dimakan bersama kari ikan tongkol dan acar sayur.
Pulut Lepa
Pulut Lepa adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti ikan. Masakan ini biasanya dipanggang di atas api. Inti ikan diperbuat daripada ikan, bawang, dan lada kering dan nyiur. Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak. Terdapat juga sejenis kuih yang seumpama dengannya, tetapi menggunakan inti kelapa. Ini dikenali sebagai pulut panggang.
Ketupat Sotong
Keropok lekor atau dalam bahasa Terengganu ialah ‘kepok leko’ merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
Satar
Satar adalah makanan ringan yang diperbuat dari isi ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Satar adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api. Antara satar yang terkenal adalah di Padang Nenas, Kuala Nerus.
Laksa Terengganu
Laksa Terengganu merupakan sejenis sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Terengganu. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah mentah. Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Pada kebiasaannya laksa Terengganu di makan dengan menggunakan tangan (lebih asli).
Ketupat Sotong
Ketupat sotong adalah sotong disumbat dengan beras pulut yang di rendam dan dimasak dengan santan pekat. Beras pulut ini direndam dalam santan sebelum ia dimasukkan ke dalam sotong. Boleh di Jalan Panji Alam yang terletak di belakang asrama perempuan sebuah sekolah agama, Sekolah Menengah Agama Khairiah
Laksam
Laksam agak sama dengan pasta barat kecuali cara memasak doh laksam adalah dikukus.
Ia dimakan bersama isi ikan yang di kisar dan dicampur dengan santan.
Laksam ini boleh didapati dengan mudah di pasar-pasar malam sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Otak-Otak
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.” Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut dan dibungkus dengan daun pisang. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas Otak-otak yang popular boleh didapati di Seberang Takir.
Kayu Keramat
Makanan tradisional Terengganu yang sedap dan kebanyakan dijadikan sebagai menu makan pagi. Kayu Keramat rasanya memang sedap. Rupanya ada persamaan ngan Cakoi tetapi rasanya tak sama. Kalau cakoi ada rasa bawang dan putih manakala kayu keramat ni rasanya manis dan lemak. Sedap jika dimakan bersama kopi-o atau tea-O.
Biasa dijual diwarong warong tepi jalan dan agak susah didapati dipasar pasar.
Rojak Kateh
Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu.
Ia merupakan urat keting lembu/ kerbau yang direbus selama beberapa jam.
Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya. Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian- bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada. Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.
Slemang
Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis. Senang didapati di Pasar Payang.
Kuih Loklik
Kuih Loklik merupakan sejenis kuih tradisional Terengganu. Ia mengambil masa beberapa hari kerana nasi dingin itu perlu dijemur sehingga kering (nasi kering) terlebih dahulu lalu digoreng tanpa minyak sebelum ditumbuk.
Tepung Bunga
Salah satu kuih tradisional terengganu. Diperbuat daripada tepung pulut santan pekat garam halus, telur dan gula. Mudah didapati semasa bulan Ramadhan.
Sayur Kolok
Sayur kolok ialah masakan tradisional yang popular di Terengganu. Di Terengganu buah gajus lebih dikenali dengan buah Jambu Golok. Boleh didapati di kedai makanan melayu di jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.
Tepung Pasung
Tepung Pasung adalah merupakan makanan tradisi orang Terengganu. Tepung Pasung diperbuat daripada tepong beras dan mempunyai inti. Ia diletakkan kedalam acuan berbentuk kon yang dibuat dari daun pisang.
Tempat Makan di Terengganu
Jadi, kali ini kita bukan nak terjah keropok lekor sahaja atau ikan celup tepung. Tetapi masih banyak lagi senarai kedai-kedai atau tempat makan yang best yang boleh kita rasai di sepanjang kita berada di Terengganu ini. Jom kita terjah!
Tempat Makan di Besut
Tempat Makan di Setiu
Tempat Makan di Kuala Terengganu
- ICT Warung Pok Nong
- Restoran Singgang Budu
- Keropok Lekor Kampung Losong
- Restoran Lempeng
- Restoran Mat Binjai
- Restoran Kuah Singgang Kuala Terengganu
- Nasi Dagang Kak Jah
- Kampung Bukit Tok Beng
- Kampung Losong 2
Tempat Makan di Kemaman
Tempat Makan di Dungun
Tempat Makan di Marang
Tempat Makan di Hulu Terengganu
Tempat Makan di Kuala Nerus
InsyaAllah jika anda mempunyai sebarang cadangan, anda boleh hubungi kami atau boleh tinggalkan komen anda di bahagian bawah post ini. Teruskan support kami insyaAllah kita akan terjah lebih banyak tempat makan menarik di Terengganu.