

Sarawak terkenal dengan kepelbagaian etniknya yang hidup aman damai di sana. Percaya atau tidak, masyarakat majmuk ini menjadikan negeri Sarawak sangat unik hasil kolaborasi erat antara kaum disana. Terdapat begitu banyak tempat makan di Sarawak yang menyajikan keunikan masakan yang kita boleh rasai.
Sebut sahaja Sarawak, pastinya terlintas di fikiran kita Nasi Ayam Penyet, Mee Kolok dan Kek Lapis Sarawak. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat banyak lagi masakan yang sangat enak di Sarawak yang belum di terokai dan di rasai oleh ramai lagi masyarakat terutama masyarakat di semenanjung Malaysia.
Antara masakan yang paling di gemari oleh admin tempatmenarik.my ialah umai dan ikan masak pansuh. Hidangannya sangat mudah sebenarnya jika kita tahu caranya tetapi rasanya sangat sedap bila disajikan dengan nasi putih hangat.
Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Sarawak?
Sarawak adalah salah satu daripada dua negeri di pulau Borneo Malaysia. Dikenali sebagai Bumi kayangan (“Land of the Hornbills”). Sarawak juga terkenal dengan makanan bermacam-macam jenis dengan terdapat bahan yang munking tidak terdapat di tempat kita dan memiliki pelbagai rasa yang sangat unit.
Makanan- makanan yang terkenal di sarawak ialah Kek Lapis, laksa sarawak, mee kolok, mee kuching dan kueh tiaw tomato, manok pansoh, tebaloi, umai dan lain-lain.
Kek Lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut. Jenis-jenis kek lapis yang terdapat di pasaran jenis roll, kipas, batik jawa, kristal,aiskrim anika, tulip, ketumpat dan bintik-bintik.
Laksa sarawak 100 peratus berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi ‘mee’ yang digunakan dan kuahnya. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.
Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak.Mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yg datang berhijrah ke sarawak. Oleh sebab itu mee kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak.Mee kolok antara mee yg popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan. Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok iaitu mee kolok (Melayu), Kampua (cina),Mi Rangkai dan mi kering (iban).
Mee kuching dan kueh tiaw tomato,ini popular di kalangan masyarakat sarawak tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang didapati di kedai makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di shopping complex. Bagi Mee Kuching, mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup semasa dihidangkan
Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.’Manok’ bermaksudd ayam dan ‘Pansoh’ bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai ‘Manuk Pansuh’ ataupun ‘ Manuk Lulun’. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging babi dan ikan disediakan mengikut cara yang sama. Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu. Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi. Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Umai juga dikenali sebagai ‘Sushi Sarawak’ kerana disediakan daripada ikan mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah. Terdapat juga dicampur dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai yang paling biasa dijumpa adalah Umai Ikan. Umai lebih sedap jika dihidangkan terus setelah disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.
Makanan di sarawak sangat unik dan sukar untuk di dapati. Makanan sarawak melambangkan kebudayaan orang sarawak dan melambangkan negeri tersebut serta cara pemakanan orang sarawak. Makanan – makanan sarawak sangat istimewa sehingga boleh menarik pelancong dari luar negara dan di dalam negara untuk menikmatinya.
Tempat Makan di Sarawak
Mari kita terjah lagi senarai tempat-tempat makan di Sarawak yang boleh kita cuba rasai sendiri. Tidak kira dimana berada, cubalah datang ke Sarawak dan cubalah anda cari tempat-tempat makan ini.
Tempat Makan di Kuching
- Kopi O Corner
- RJ Ayam Bakar
- Top Spot Food Court Tempat Makan Sedap di Kuching Sarawak
- Mira Cake House Tempat Mencari Kek Lapis Sarawak Terkenal
- Mee Kolok Pak Amit Tempat Makan Sedap di Sarawak
Tempat Makan di Miri
Tempat Makan di Sibu
Tempat Makan di Bintulu
Tempat Makan di Serian
Tempat Makan di Samarahan
Tempat Makan di Sri Aman
Tempat Makan di Marudi
Tempat Makan di Betong
Tempat Makan di Sarikei
Tempat Makan di Kapit
Tempat Makan di Bau
Tempat Makan di Limbang
Tempat Makan di Saratok
Tempat Makan di Mukah
Tempat Makan di Simunjan
Tempat Makan di Lawas
Tempat Makan di Belaga
Tempat Makan di Lundu
Tempat Makan di Asajaya
Tempat Makan di Tatau
Tempat Makan di Maradong
Tempat Makan di Kanowit
Tempat Makan di Lubuk Antu
Tempat Makan di Selangau
Tempat Makan di Song
Tempat Makan di Dalat
Tempat Makan di Matu
Tempat Makan di Julau
Tempat Makan di Pakan
Tempat Makan di Padawan
Tempat Makan di Telang Usan
Tempat Makan di Beluru
Tempat Makan di Subis
Tempat Makan di Bukit Mabong
Tempat Makan di Sebauh
Tempat Makan di Tanjong Manis
Tempat Makan di Daro
Tempat Makan di Kabong
Tempat Makan di Pusa
Baiklah itu sahaja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang cadangan untuk kami terjah. Sila tinggalkan komen anda dibawah insyaAllah jika berkesempatan pihak kami akan cuba terjah lokasi itu sama ada buat research dan perkongsian atau terus pergi ke sana.
Teruskan support TM. Terima kasih.