Jom Jalan-jalan Cari Makan Best di Sabah

tempat makan di sabah
Sabah merupakan sebuah negeri yang berada di kepulauan Borneo. Terkenal dengan pantai dan pulau yang cantik menjadikan Sabah sebagai satu destinasi perlancongan wajib di dalam negara kita. Terdapat banyak tempat makan di Sabah yang wajib kita terokai.

Apa yang admin tahu, Sabah ini sangat terkenal dengan makanan laut. Ya, bukan sahaja mudah didapati tetapi harganya disini sangat murah. Jauh lebih murah sebenarnya!

Cakap sahaja anda nak makan apa, makanan laut yang mewah seperti lobster, udang, sotong dan sebagainya sangat mudah dan murah di sini. Oleh sebab itu, satu kerugian jika anda datang ke Sabah tetapi tidak mengambil peluang untuk mencuba semua makanan ini.

Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Sarawak?

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identity dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazan dusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazan dusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini.

Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazan dusun.

Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazan dusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.

Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan di diami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi. Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

Masyarakat kaum Kadazan dusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakandan Sup ManukLihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazan dusun. Antara makanan-makanan tradisional yang ‘Famous’ di sabah ialah seperti dua gambar yang ditunjukkan di atas. Bagi gambar yang pertama ialah dipanggil ‘Ambuyat’ atau lebih dikenali sebagai Sagu. Makanan ini diperbuat daripada bebola sagu. Ia boleh disediakan dalam 2 langkah. Letak air panas, kacau. Dan boleh terus dimakan. Jika hendak lebih sedap, boleh dimakan dengan kuah kari, sambal dan macam-macam lagi, mengikut kehendak sendiri. Gambar yang kedua pula dipanggil ‘Hinava’.

Dengan nama lain pula, ‘Kadazan homemade sushi’! Konsep makanan tersebut hamper sama dengan Sushi, tetepi kenalah letak beberapa bahan-bahan serta ramuan yang lain agar menambah rasa makanan tersebut. Selain itu, banyak lagi makanan tradisional yang terdapat di Sabah seperti Kuih cincin, Tuhau(Sabah homemade sambal), Bambangan(Jeruk manga), dan macam-macam lagi. Aramaiti!

Tempat Makan di Sabah

peta negeri sabah

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu. Ya, kami memang sangat sayangkan dan rindukan menu-menu di negeri Sabah ini. Terus teringat makanan laut disini. Jadi apa tunggu lagi, jom kita terjah tempat makan di Sabah ini.

Tempat Makan di Kota Kinabalu

  1. Lava KK Burger Bakar
  2. Mee Celop Bangkok

Tempat Makan di Tawau

Tempat Makan di Sandakan

Tempat Makan di Lahad Datu

Tempat Makan di Keningau

Tempat Makan di Kinabatangan

Tempat Makan di Semporna

Tempat Makan di Papar

Tempat Makan di Penampang

Tempat Makan di Beluran

Tempat Makan di Tuaran

Tempat Makan di Ranau

Tempat Makan di Kota Belud

Tempat Makan di Kudat

Tempat Makan di Kota Marudu

Tempat Makan di Beaufort

Tempat Makan di Kunak

Tempat Makan di Tenom

Tempat Makan di Putatan

Tempat Makan di Pitas

Tempat Makan di Tambunan

Tempat Makan di Tongod

Tempat Makan di Sipitang

Tempat Makan di Nabawan

Tempat Makan di Kuala Penyu

Macam mana, menarik bukan? Jadi jika bertandang ke negeri di bawah bayu ini pastikan anda tidak terlupa untuk mencuba semua tempat yang kami senaraikan ini.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articlePelbagai Tempat Makan yang Sedap di Kuala Lumpur
Next articleJom Ketahui Senarai Tempat Makan Wajib Pergi di Negeri Sembilan
tempat-makan-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!