Tempat Makan Terbaik Anda Perlu Pergi di Putrajaya

tempat makan di putrajaya

Bertandang ke Putrajaya sememangnya satu kemestian untuk kita mencuba pelbagai masakan disini. Tempat makan di Putrajaya ini pula biasanya berkonsepkan moden di tengah-tengah pusat pemerintahan negara yang sangat gah di mata dunia.

Berbeza dengan negeri lain yang mempunyai masakan asli mereka yang tersendiri, di Putrajaya ini kita boleh merasai pelbagai masakan yang diimport atau berasal dari pelbagai tempat. Ya, ianya sama seperti di Kuala Lumpur.

Namun, di Putrajaya sedikit kelainannya ialah sukar untuk kita cari kedai-kedai makan kecil melainkan masuk ke kawasan taman perumahan atau di kawasan tumpuan makan di salah satu Presint di sana.

Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Putrajaya?

Sejajar dengan arus perkembangan zaman, semakin banyak masakan moden dan juga negara luar diperkenalkan kepada warga tempatan. Pilihan jenis makanan yang terlalu banyak menyebabkan makanan warisan bangsa dan negara kite semakin dilupakan.

Namun, jika masakan Melayu adalah pilihan utama menu diet anda, anda bolehlah berkunjung ke Restoran Selera Kita yang bertempat di Presint 15, Putrajaya. Sesuai dengan nama “Selera Kita”, restoran ini menerapkan konsep masakan Melayu asli dari pelbagai negeri. Restoran yang mula beroperasi pada Oktober 2010 ini di buka seawal jam 6.30 pagi sehingga 8.00 malam pada setiap hari.

Masakan Melayu menjadi teras hidangan kepada pengunjung terutamanya penggemar laksa, mee kari dan juga asam pedas yang merupakan antara hidangan popular disini. Pemilik Restoran Selera Kita, Azlina Binti Manap, 50, berkata, restoran ini mampu menerima sehingga 300 org pelanggan pada hari biasa dan hampir 500 pelanggan pada hujung minggu.

Masakan buffet di restoran ini dihidangkan seawal jam 10.30 pagi di mana pada waktu tersebut, pelanggan sudah mula berkunjung untuk makan tengah hari. Masakan panas dan bergoreng pula disediakan seawal jam 12.30 tngah hari di mana ada juga pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan nasi goreng dari pelbagai jenis. Antara hidangan panas yang selalu menjadi pilihan utama ialah nasi goreng ikan masin dan nasi goreng kampung.

Mohd Bakhtiar samad, 33, salah seorang pelanggan yang kerap berkunjung ke restoran ini berkata bahawa asam pedas ikan merah selalu menjadi menu pilihan utama kerana ikan yang digunakan adalah segar. Beliau, bersama isterinya, Norizan Mohd Amir, 30, yang merupakan penggemar makanan pedas, sering menjadikan restoran Selera Kita sebagai destinasi juadah mereka.

Jika anda inginkan masakan Melayu dengan harga yg berpatutan, jangan lupa singgah ke Restoran Selera Kita untuk merasai nikmat masakan Melayu asli yang sedap di samping berjimat dengan harga yang murah.

Tempat Menarik di Putrajaya

peta putrajaya

Namun begitu, masih banyak tempat makan di Putrajaya yang boleh kita pergi dan kunjungi. Masakan seperti nasi Beriyani, roti canai dan sebagainya sangat banyak yang boleh kita rasai. Mari kita lihat tempat makan tersebut.

Bagaimana, jika anda ingin berkongsi tempat makan yang anda biasa makan silalah tinggalkan komen dan nyatakan termpat tersebut. InsyaAllah jika mampu  dan sesuai, kita akan masukkan kedalam senarai ini.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleJom Ketahui Senarai Tempat Makan Wajib Pergi di Negeri Sembilan
Next articleNegeri Perlis Penuh dengan Lokasi Tempat Makan yang Sedap
tempat-makan-putrajayaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!