Jom Jalan-jalan Cari Tempat Makan Best di Pulau Pinang

tempat makan di pulau pinang

Terdapat begitu banyak tempat makan di Pulau Pinang yang menyajikan masakan yang sangat enak. Bagi penggemar nasi kandar, datang ke Pulau Pinang pastinya menjadi syurga buat mereka kerana disinilah mereka akan dapat merasai sendiri keaslian nasi kandar yang sangat sedap.

Nasi kandar, Char Kuew Teaw, Nasi Beriyani, Cucur Udang, Pasembur dan banyak lagi masakan-masakan yang menjadi hidangan wajib untuk mereka yang datang ke sini. Jadi, di tempatmenarik.my kami cuba untuk ketengahkan senarai kedai atau tempat makan yang sangat berbaloi untuk anda pergi bagi rasai keenakan masakan ini.

Selain itu, kita juga akan cuba cari pelbagai lagi masakan yang ada di Pulau Pinang kerana masih banyak lagi masakan yang sedap disini tetapi tidak terkenal seperti masakan yang lain.

Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Pulau Pinang?

Hari ini saya akan memperkenalkan makanan yang berasal dari utara Malaysia pula. Hari ini saya akan mulakan dari negeri yang saya berada sekarang iaitu negeri PULAU PINANG. Pulau Pinang sangat terkenal dengan sejarahnya dan tempat tempat yang menarik untuk dilawati seperti Bulit Bendera, Taman Rama-rama dan banyak lagi. Namun bukan itu yang saya nak kongsikan hari ini. Saya nak memperkenalkan makanan tradisional yang saya rasa melambangkan nereri Pulau Pinang iaitu NASI KANDAR, LAKSA PENANG,dan PASEMBOR.

NASI KANDAR
Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil ‘banjir’ (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.

LAKSA PENANG
Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada yang memanggilnya sebagai asam laksa.. Laksa Pulau Pinang adalah satu-satunya makanan Malaysia yang berada dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia.Tidak banyak perbezaan antara Laksa Pulau Pinang dengan laksa negeri lain, namun terdapat beberapa keistimewaan yang menjadikan laksa Pulau Pinang kini terkenal di seluruh Malaysia. pada tahun 50an orang Cina telah mengambil laksa Pulau Pinang sebagai makanan mereka. Mereka telah menambah nenas dan otak udang dalam laksa yang menjadikan laksa Pulau Pinang lain dari yang lain. Di sebelah Seberang Perai pula terkenal dengan laksa campur. laksa campur terdiri daripada telur, cucur udang, dan sambal tumis sotong.

PASEMBOR
Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate.Boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut.

Tempat Makan di Pulau Pinang

peta pulau pinang

Apa yang kita tunggu lagi, mari kita senaraikan satu persatu restoran dan tempat makan yang ada di Pulau Pinang yang patut kita cuba jika bertandang ke Pulau Pinang.

  1. Restoran KFC Jalan Larut
  2. Nasi Padang Minang
  3. Ice Cafe Tempat Makan Sedap di Pulau Pinang

Bagaimana? Jika anda ada sebarang cadangan, sila kemukan kepada kami. InsyaAllah kami akan cuba terokai dan kongsikan kepada rakan-rakan yang lain disini. InsyaAllah.

 

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleKenali Sarawak dan Ketahui Tempat Makan Wajib Pergi di Sini
Next articleJom ke Lokasi Terbaik Makanan Sedap di Selangor
tempat-makan-pulau-pinangSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!