Negeri Perlis Penuh dengan Lokasi Tempat Makan yang Sedap

tempat makan di perlis

Terdapat banyak tempat makan di Perlis yang patut kita cuba. Sebab itu ada orang kata jika pergi ke Perlis memang menjadi satu kerugian kalau tak merasa masakan Perlis atau menikmati juadah makanan pada harga yang berpatutan ini.

Terkenal dengan syurga makanan yang sedap pada harga yang berpatutan. Terdapat beribu-ribu gerai ataupun warung yang menyediakan masakan sepanjang hari. Tak percaya? Cubalah datang sendiri kesini dan jom terokai bersama kami.

Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Terengganu?

Hari ini saya akan memperkenalkan makanan yang berasal dari negeri PERLIS. Perlis merupakan negeri yang bersempadan dengan negara Thailand. Antaranya ialah RINGGI,JERUK MAMAN, dan PULUT HARUM MANIS.

RINGGI
Ringgi atau emping yang siap dibuat akan dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan juga gula sebelum ia dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Selalunya pembahagian dibuat menggunakan kaedah sukat secara lama atau tradisional iaitu menggunakan kepoi ataupun gantang. Jika padi yang diketam segantang, mungkin ringgi yang boleh dihasilkan ialah hempat kepoi (secupak).

JERUK MAMAN
Pokok Maman atau nama saintifknya Cleome Gynandra merupakan tumbuhan renek yang boleh dijumpai hidup di kawasan berpasir dan tanah lapang. Kebiasaannya pucuk atau daun muda dibuat jeruk sebagai pembuka selera. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar dan makanan yang lain. Bahan asas penyediaan sajian tradisi ini ialah pucuk atau daun muda maman, nasi putih, garam dan air secukupnya.

PULUT HARUM MANIS
Harumanis, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan rakyat negeri Perlis khususnya dan penggemar mangga ini amnya. Harumanis Perlis telah mencipta satu fenomena tersendiri setiap kali tiba musimnya antara Mac hingga Jun setiap tahun. Kehadiran Harumanis sentiasa dinantikan penggemar buah tempatan sama ada di negeri Perlis atau lain – lain negeri. Buah ini sangat popular dimakan dengan pulut. Rasanya sangat sedap.

Tempat Makan di Perlis

peta perlis

Mari kita lihat senarai tempat makan di Perlis yang patut kita cuba jika bertandang ke negeri ini.

Tempat Makan di Arau

Tempat Makan di Kangar

  1. Restoran Anjong Keli
  2. Pokok Sawa

Tempat Makan di Padang Besar

Baiklah, jika anda mempunyai sebarang info atau ingin kami masukkan senarai tempat makan baru boleh beritahu kami dengan meninggalkan komen dibawah. Terima kasih.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleTempat Makan Terbaik Anda Perlu Pergi di Putrajaya
Next articleKenali Lokasi Tempat Makan Terbaik di Negeri Perak
tempat-makan-perlisSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!