Kenali Lokasi Tempat Makan Terbaik di Negeri Perak

tempat makan di perak

Terdapat banyak tempat makan di Perak yang patut kita cuba. Negeri Perak ini sebenarnya terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi.

Selain itu, setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Sebagai contohnya di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan.

Tambahan lagi, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai ‘Nasi Ganja’ paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato’Sagor. Untuk merasai masakan Melayu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mi Rebus di Restoran Mi Rebus Ramli dan Ikan Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan masakan kampung. Bagi yang ingin jimat, anda boleh menjamu selera di Medan Selera Stadium di mana terdapatnya Nasi Ekonomi dan Nasi Berlauk Ayam yang hanya berharga RM2.

Kalau berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan menu santapan.  Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan ini amat senang didapati di gerai-gerai sepanjang jalan Taiping-Kuala Sepetang. Harga makananya juga adalah mengikut saiz udang dari RM6-RM15. Gerai Mi Udang yang popular di sini ialah Gerai Mak Teh. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar.

Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak. Mengenai laksa, Laksa Kuala Kangsar  ini mempunyai kelainan dari laksa tempat lain dari segi kepekatan kuahnya.

Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Perak?

Sudah menjadi lumrah buat manusia yang memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Dicampurkan dengan nafsu serta deria rasa, maka wujudlah resepi-resepi yang diperturunkan sejak zaman dahulu lagi dan tersebar ke serata negeri malah ke serata dunia. Dalam artikel kali ini, kami dapat kumpulkan antara makanan yang popular di negeri Perak. Adakah anda pernah mencuba masakan yang kami senaraikan ini? Jom teruskan membaca!

Tempoyak
Tempoyak diperbuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak bukan sahaja terkenal di negeri Perak, tetapi juga terkenal di negeri Pahang yang cukup popular dengan gulai ikan patin masak tempoyak. Tempoyak juga ada dirakamkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan harian bagi penduduk Terengganu sekitar 1836 dengan menyatakan bahawa makanan kegemaran mereka.

Rendang Tok
Rendang tok sebenarnya dikatakan berasal dari Kampung Pisang di Batu Gajah dan kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak. Rendang Tok merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan. Lebih unik lagi, masakan Rendang Tok ini masih disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu. Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu kerana kaedah masakan yang melibatkan rempah dan bahan tradisional. Nama rendang tok ini juga dikatakan digunakan sejak zaman dahulu lagi kerana ia dimasak oleh orang tua pada ketika itu. Adalah lebih sedap lagi jika menggunakan daging kerbau!

Dodol
Dodol juga cukup terkenal di Melaka dan di Johor. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai yang selalu mencuba untuk membuatnya tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

Taucu
Bercerita disini sahaja cukup buatkan terliur dan idamkan masakan taucu ini. Ikan masak taucu cukup popular di kawasan Perak Tengah. Pergi sahaja ke mana-mana restoran yang adakan masakan campur, ikan masak taucu ini umpama menu wajib untuk makanan tengah hari. Ikan kerisi adalah yang menjadi pilihan utama untuk dimasak taucu ini. Putih dan manis apatah lagi segar dan besar serta lembut isinya. Pendek kata memang sedap!

Tempat Makan di Perak

peta daerah di perak

Pendek kata memang sangat banyak lagi tempat-tempat makan di Perak ini. Mari sama-sama kita terjah tempat ini.

Tempat Makan di Kinta

  1. Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja
  2. Restoran Toknan
  3. Nasi Lemak Ayam Kampung
  4. Restoran New Hollywood Tempat Makan Sedap di Ipoh Perak

Tempat Makan di Larut, Matang & Selama

Tempat Makan di Hilir Perak

Tempat Makan di Kerian

Tempat Makan di Batang Padang

Tempat Makan di Kuala Kangsar

Tempat Makan di Perak Tengah

Tempat Makan di Hulu Perak

  1. Castella Cafe

Tempat Makan di Kampar

Tempat Makan di Manjung

Tempat Makan di Muallim

Tempat Makan di Bagan Datoh

Baiklah itu sahaja perkongsian kami. Jika ada sebarang penambahan sila beritahu kami dibahagian komen dibawah.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleNegeri Perlis Penuh dengan Lokasi Tempat Makan yang Sedap
Next articleMerang Suria Resort Satu Destinasi Percutian Terbaik di Terengganu
tempat-makan-perakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!