Pelbagai Tempat Makan Best di Pahang Jadi Port Rahsia Penggemar Makanan

tempat makan di pahang

Sudah semestinya setiap negeri mempunyai port atau tempat makan yang terkenal. Kali ini kami di tempatmenarik.my akan membawa anda ke beberapa lokasi menarik untuk kita terjah tempat makan di Pahang yang berbaloi untuk kita habiskan duit makan disana.

Setiap negeri mempunyai masakan tersendiri dan di Pahang ini ada masakan yang biasanya hanya dapat dirasai “pure” disini. Antara masakan yang memang digilai oleh ramai penggemar masakan Pahang ialah seperti gulai masam atau tempoyak ikan patin, gulai asam rom ikan kenerak, sambal rom getah, sambal belimbing atau sambal hitam, sambal tempoyak masak petai dan banyak lagi.

Baca nama menu sahaja kadang-kadang sudah boleh buat lidah kita terasa, betul tak?

Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Pahang?

Setiap negeri pastinya mempunyai makanan tradisi kebanggan masing-masing. Tidak terkecuali negeri Pahang yang mempunyai pelbagai makan tradisional yang tersendiri. Antara makanan tradisi yang popular dari Pahang ialah Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sambal Hitam, Puding raja, dan banyak lagi.

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Gulai Tempoyak Ikan Patin merupakan makan yang sangat popular dan banyak terdapat di sekitar Pahang. Temerloh misalnya yang mempunyai bekalan Ikan Patin yang banyak yang diternak di sepajang sungai Pahang telah menghasilkan banyak restoran yang menghidangkan juadah tradisi ini.

Sambal hitam

Sambal hitam terkenal di daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Makanan unik ini diperbuat dari belimbing buluh dan ikan bilis sebagai bahan utama. Makanan tradisi turun temurun ini dikatakan hanya boleh dihasilkan oleh mereka yang mahir berikutan proses penghasilan yang agak rumit.

Puding Raja

Puding Raja terkenal di Pahang terutamanya di daerah Pekan. Puding Raja merupakan pencuci mulut kerabat diraja dan hanya dihidangkan di istana suatu masa dahulu.

Tempat Makan di Pahang

peta-negeri-pahang-asal

Jom saksikan sendiri pelbagai destinasi port makanan yang sedap di Negeri Pahang Darul Makmur ini.

Tempat Makan di Kuantan

  1. Pizza Seni Bidara
  2. Mustafa Cendol
  3. Lila Wadi Restaurant

Tempat Makan di Temerloh

Tempat Makan di Bentong

Tempat Makan di Maran

Tempat Makan di Rompin

Tempat Makan di Pekan

  1. Medan Ikan Bakar Kuala Pahang

Tempat Makan di Bera

Tempat Makan di Raub

Tempat Makan di Jerantut

Tempat Makan di Lipis

Tempat Makan di Cameron Highlands

Bagaimana? Menarik bukan senarai yang telah kami kumpulkan ini. Terdapat banyak lagi sebenarnya tempat-tempat yang belum kami senaraikan disini. Oleh sebab itu, cuba bantu kami dalam menyenaraikan seberapa banyak tempat makan di Pahang yang patut orang ramai pergi untuk rasai keaslian masakan Pahang ini.

Tinggalkan komen anda untuk membantu kami. Terima kasih.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articlePelbagai Lokasi Tempat Makan Menarik di Johor
Next articleKenali Sarawak dan Ketahui Tempat Makan Wajib Pergi di Sini
tempat-makan-pahangSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!