Jom Ketahui Senarai Tempat Makan Wajib Pergi di Negeri Sembilan

tempat makan di negeri sembilan

Terdapat banyak tempat makan di Negeri Sembilan yang wajib kita rasai. Di Negeri Sembilan ada beberapa jenis lauk yang menjadi ruji di setiap rumah. Ayam, daging dan ikan dimasak bersama kundang (buah setar), bacang, mangga muda, buah cepu, petai dan lain-lain sebagai penyedap rasa.

Kaedah memasak yang selalu digunakan ialah merebus (menggulai) dan merendang. Rendang biasanya dimasak sehingga kering berderai, empat hari pun tahan tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Daging lembu, kerbau, ayam, itik, pelanduk, kijang dan rusa memang sedap dimasak rendang.

Pendek kata, di Negeri Sembilan ini yang masih kuat mengamalkan adat lama dan masakan asli mereka ini memang patut untuk kita cuba.

Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Negeri Sembilan?

Jika di Melaka kita ada Asam Pedasnya, Penang pula dengan Nasi Kandarnya, Kelantan pula dengan Nasi Dagangnya dan tak kurang juga Negeri Sembilan yang mempunyai masakan tradisinya yang tersendiri. Masakan Negeri Sembilan kebanyakkan dipengaruhi oleh tradisi dari Minangkabau dan ia diwarisi sejak turun-temurun. Makanan Negeri Sembilan memang sedap. Kebanyakannya menggunakan santan, lemak dan pedas. Sesetengah orang kata kalau tak pedas bukan negeri sembilan orangya dan sebab itu lah sambal belacan tidak menjadi menu wajib dalam hidangan. Disini ada beberapa makanan yang dapat dikongsikan yang menjadi santapan utama oleh penduduk-penduduk Negeri Sembilan.

Gulai/Masak Cili Api
Dikenali sebagai masakan kuning lada api atau “masok lomak lado api” satu-satunya masakan yang popular dan menjadi lambang masakan tradisonal orang melayu Negeri Sembilan. Ia merupakan salah satu masakan daripada orang Minangkabau dan kebiasaanya dimasak bersama ikan, siput sedut, ayam, sayur-sayuran dan daging salai.

Rendang Cili Padi
Rendang di Negeri Sembilan berlainan dengan rendang yang dimasak di negeri-negeri lain kerana rendangnya menggunakan cili padi sahaja dan tidak menggunakan cili kering.

Salai
Salai atau menyalai dari erti kata lain dengan cara mengeringkan atau dipanggang diatas api. Di Negeri Sembilan, salai terdapat dalam ayam, itik, ikan atau daging. Dengan dimasak bersama Rendang serta Masak Cili Api menjadikan masakan ini bertambah sedap. Salai ini boleh didapati di tepi-tepi jalan Kuala Pilah-Bahau.

Tempat Makan di Negeri Sembilan

peta Negeri Sembilan

Jika datang ke Negeri Sembilan, pastikan juga anda tidak ketinggalan merasai masakan Masak Lemak Cili Api yang sangat terkenal disini. Jom kita lihat senarai tempat makan di sini yang boleh kita cuba.

Tempat Makan di Seremban

  1. Kopitiam Mr. Manshur Paroi

Tempat Makan di Jempol

Tempat Makan di Port Dickson

Tempat Makan di Tampin

Tempat Makan di Kuala Pilah

Tempat Makan di Rembau

Tempat Makan di Jelebu

Bagaimana, ada dah yang anda pernah pergi? Jika ada, tinggalkan sedikit review ringkas anda untuk membantu pengunjung lain membuat pilihan. Semoga bermanfaat.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleJom Jalan-jalan Cari Makan Best di Sabah
Next articleTempat Makan Terbaik Anda Perlu Pergi di Putrajaya
tempat-makan-negeri-sembilanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!