Tempat Makan Menarik Di Castella Cafe, Perak

castella cafe di gerik perak tempat makan sedap

Assalamualaikum.  Tempat makan menarik  di Perak  sangat banyak untuk dikungjungi. Sesiapa sahaja yang berkungjung ke Negeri Perak pasti akan mencari tempat yang menarik untuk menikmati hidangan. Pasti tempat makan yang luar biasa, pelik dan sedap akan menjadi tumpuan orang ramai.

Castella Cafe merupakan salah satu tarikan pelancong untuk menikmati makanan di Perak. Restoran ini berkonsepkan berkelah di tepi sungai pasti akan menarik sesiapa sahaja yang berkungjung di Perak.

Sesiapa yang mau menikmati sajian menu bangsawan, melayu pattani  dan masakan kampung wajib untuk datang ke Castella Cafe. Anda akan di beri pilihan untuk menikmati hidangan samada di pondok atau di meja yang telah di sediakan di pinggir sungai sambil berendam kaki di dalam air sungai.

Castella Cafe ini di miliki oleh Mohd Isa Bin Mohammed Ramli (42), atau lebih dikenali sebagai “Tok Janggut Putih”. Beliau merupakan seorang usahawan OKU yang sangat cekal dan bersemangat tinggi. Beliau berusaha untuk mempopularkan kembali masakan ikan Sungai Temenggor dan Tasik Banding yang disediakan dengan kaedah dan resepi tradisional Melayu Hulu Perak yang kian di lupakan. Jom kita terjah Castella Cafe ini di dalam Peta Tempat Menarik ini.

Ingin Pengalaman Makan Sambil Berendam Kaki Dalam Air, Datang Ke Castella Cafe

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Sungai Beruk, Kampung Kerunai, 33310 Gerik, Perak, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 11-2050 3454
  • Waktu Operasi :  Bermula jam 9:00 Pagi
  • Facebook : Castellacafe
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Castella Cafe

Keunikan

  • Menu hidangan Castella Café dihasilkan dengan kaedah tradisi mengikut disiplin semulajadi. Masakan utamanya adalah ikan-ikan sungai yang segar diambil dari peraih-peraih di Sungai Temenggor dan Tasik Banding. Ikan Sebarau, Ikan Tengas dan ‘Raja Ikan Air Tawar’ Ikan Kelah terkenal dengan kesedapan tekstur isinya. Ikan-ikan ini amat sesuai dengan menu masakan Castella Café seperti ‘Gulai Sakai’ (Gulai Masam), Masak Lemak Cili Api, ikan pekasam Tok Janggut dan ikan bakar.
  • Menikmati hidangan samaada di pondok atau di meja yang telah di sediakan di pinggir sungai sambil berendam kaki di dalam air sungai.

Konsep Makanan

  • Menu Bangsawan Melayu Petani dihidangkan di dalam buluh dan pelanggan boleh memilih jenis menu dan ikan sungai mengikut citarasa masing-masing.
  • Hidangan ‘salad orang melayu’ iaitu umbut bayas atau umbut mereding, pucuk paku, pucuk ubi dan pelbagai jenis sayuran kampung.

Harga dan Kos Terlibat

  • Menyediakan pelbagai pakej makanan yang boleh dinikmati oleh empat hingga enam orang pada harga bermula RM150.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Castella Cafe

castella cafe di gerik perak tempat makan sedap

Jom Lihat Review Pengunjung di Castella Cafe

Baru p smalam. dkt 25 org….yg family ada…yg bujang pun ada….mai dr png….tmpt nyaman…air sejuk…tempat tenang…makanan & servis tiptop….ulam2 sedap…rasa fresh….ikan pun rasa fresh…lepas makan…mndi sungai..sempoiiiiiii. Suhaimi Shukor.

Tempat yang sangat Sangat bagus utk dtg bersama sama keluarga dan kawan2. Makanan yang dihidangkan juga sgt sedap . Mmg berbaloi. Suasana kg yg Mmg best yg takda di Kuala Lumpur. Hanya bunyi alunan air yg Kita dengari sambil makan . Itu yg terbaikkkk
Semua kena Cuba baru tahu .. Mmg best. Lina Rahmat.

Tengahari kelmarin 11.03.2017 makan2 di sini dengan family. Memang best! Makanan sedap. Suasana tenang. Air jernih. Tempat bersih. Redup. Sampai licin makan. Tak sia2 datang jauh2 dari Alor Setar smp ke sana. Menu ala2 kampung memang menyelerakan. Makan lauk tengah panas2 pulak tu. Punya asyik dan santai makan sampai 2 jam pun tak sedar. Maklumla sambil menikmati suasana sekeliling. Ada rezeki nak repeat lagi makan2 lepak2 kat Castella Cafe. Untuk Castella Cafe sy bg 5 bintang!. Noor Fazliana Binti Ramli.

Makanan yg sedap.. Ikn segar.. First time makan ikn sungai.. Sedapp sgt.. Masak lemak mmg umpphh.. Smlm cuti umum.. Wesak day.. Full house.. Enjoy.. Lama dh X Mandi sungai.. Air jernih sejukk.. Memang berpuas hati.. X rugi dtg dari Sp.. Cuma satu nak Cari tempat tu je.. X Ada papan tanda kt jalan Raya.. Kalau ada papan tanda di trafic light or somewhere rasa lebih mudah org luar nak cari.. Sbb waze X dpt nk menolong.. Line slow.. Apa pon tahniah kpd tuan tanah.. Tok Janggut.. Sbb punya idea yg sgt kreatif.. Siti Zaida.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, Castella Cafe merupakan tarikan tempat makan di Negeri Perak yang wajid dikungjungi bagi yang mahu mencuba makanan kampung dan ikan sungai. Terima kasih diucapkan kepada nadzirahata.blogspot.my kerana banyak maklumat mengenai Castella Cafe telah diambil di blog ini. Perkongsian ini dapat membantu sesiapa sahaja yang dalam masalah untuk mencari tempat makan di Perak.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Castella Cafe, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Castella Cafe.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleSutra Beach Resort Tempat Penginapan Keluarga Di Terengganu
Next articleNasi Lan Kedah Tempat Makan Menarik Di Shah Alam
tempat-makan-menarik-di-castella-cafe-perakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!