

Melaka merupakan sebuah lagi negeri yang pihak kami di tempatmenarik.my rasakan sangat berbaloi untuk dikongsikan. Ini kerana, terdapat banyak tempat makan di Melaka yang memang sangat sedap dan berbaloi untuk kita pergi.
Walaupun sebuah negeri yang kecil, tetapi percayalah yang di Melaka ini ada kepelbagaian citarasa yang memang hebat. Tidak kira tradisional, masakan melayu, india, china, bugis, dan sebagainya semuanya kita dapat rasai disini.
Selain keindahan suasana restoran tersebut, kami sudah semestinya akan melihat faktor-faktor utama lain seperti rasa masakan, harga, kuantiti, penyampaian dan sudah semestinya kebersihan. Pendek kata memang menarik jika kita dapat terjah setiap satu kedai yang ada di Melaka ini.
Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Melaka?
Melaka terkenal dengan pelbagai makanan tradisi penduduk nya.Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah. Antaranya masakan asam pedas. Rugi kalau anda tidak menikmatinya. Dan pasti sekali anda berkunjung ke Melaka anda akan datang lagi kerananya. Memang benar di Melaka kita dapat menikmati perlbagai jenis masakan hasil gabungan kaum melayu, China, India, Baba dan Serani. diharap masakan tradisional akan
terus kekal dan diwarisi oleh anak muda. masakan nenek moyang pasti tidak akan
hilang ditelan zaman.
Asam pedas
Asam Pedas memang terkenal di Melaka. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu Ia popular di Melaka. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga di Melaka yang mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.
Kebiasaannya bahan-bahannya terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang,ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan.
Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut sukatan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehinggalah mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur atau daun limau purut.
Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka. Ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negara juga meminati masakan asam pedas ini.
Cencaluk
Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi. Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain. Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita lebih menyelerakan jika ia di sertakan dengan cencaluk.
Mengikut kepercayaan lama yang menjadi kata-kata senda. kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu kini digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk.
Selain itu, cencaluk juga kini mudah diperolehi di terbuka seperti di tepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini. Bagi mereka yang melalui pesisiran kawasan Tanjung Kling ke Sungai Udang, pasti akan dapat melihat deretan gerai yang menjual cencaluk dan juga belacan. Proses pembuatan cencaluk memerlukan ketelitian bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap apabila dimakan.
Udang geragau yang segar, iaitu tanpa direndam dengan air, akan dicampurkan dengan garam, dan sedikit nasi, iaitu sama seperti bahan- bahan untuk membuat belacan. Setelah ketiga-tiga bahan sudah menjadi sebati, ia seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri atau tempayan kecil. Pasu dan tempayan kecil itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih dan diperam selama beberapa hari. Ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan sedikit air didih nasi bagi menambah kesedapan cencaluk.
Belacan
Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang Geragau yang dimampatkan. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ia dapat membangkitkan baunya. Belacan juga merupakan salah satu bahan utama bagi menghasilkan sambal belacan.
Gula Melaka
Gula Melaka, juga dikenali dengan nama Gula Tuak, Merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Melaka. Gula ini diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka asli berbeza dengan gula tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.
Proses membuat Gula Melaka mempunyai beberapa peringkat. Seseorang yang pakar dalam membuat Gula Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.
Peringkat pertama ,Perlu ada bekas atau tabung serta pisau yang dikenali sebagai “penyadap” untuk mengambil nira kelapa. Setelah itu mayang kelapa dilenturkan sedikit demi sedikit dengan membalutkannya dengan daun kelapa muda. Proses ini berterusan sehingga seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah. Mayang yang dilentur dibuang seludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit untuk menggeluarkan air.Air nira ditakung ke dalam bekas atau tabung. Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah air nira daripada menjadi masam. Air nira ini dikenali sebagai “air tuak”.
Pada peringkat kedua, proses memasak Gula Melaka mengambil masa selama empat jam. Tempat memasak gula Melaka dikenali sebagai “sabak”. Pada peringkat ini, pengawasan dan pengalaman adalah amat penting bagi menghasilkan gula yang baik. Api sabak mesti dijaga agar tidak terlalu besar atau kecil ketika gula mencapai peringkat “”bunga sena” dan menjadi pekat serta mengeluarkan buih-buih yang berwap panas. Dalam peringkat ini, gula dikacau dengan perlahan-lahan. Setelah menggelegak Kancah diturunkan dan gula terus dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.
Dalam peringkat terakhir. Gula dipastikan betul-betul pekat dan masih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi tiga inci yang tidak tertutup di kedua-dua hujung. Acuan diletakkan di atas lantai khas. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut.
Dodol
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan manis (manisan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, Tepung pulut, gula pasir, gula melaka.
Pada asasnya, manisan Dodol ini diperbuat daripada Santan kelapa tua, Gula tebu dan gula melaka serta tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 5 hingga 6 jam pada suhu tinggi. Hasilnya, fizikal Dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis. Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan sama ada dari segi warna bentuk atau rasanya.
Tapai
Tapai ialah sejenis penganan atau manisan yang dibuat daripada pulut. Ia sesuai di jadikan pencuci mulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap berbanding tapai ubi kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.
Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut (pilot biasa atau pulut hitam) ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus dengan daun. Kebiasaannya daun yang digunakan adalah daun pisang, getah dll.
Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain putih. Setelah diperam dan disimpan selama beberapa hari, tapai ini akan masak dengan sendirinya dan barulah boleh dimakan.
Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau Dalam berkeadaan kotor. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rosak. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam. Bagi wanita yang ‘datang bulan’ juga tidak boleh membuat tapai kerana ia akan menjejaskan kualiti tapai.
Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama.Ia hanya mengambil masa lebih kurang beberapa hari sahaja.
Makanan Baba Nyonya
Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Bagai mana pun amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.
Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak. Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu ‘mee sua tau’. Mee ini dibuat bertujuan kononnya untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur. Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.
Kuih Bulan
Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.
Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur masin itik. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.
Kuih Bakar Berlauk
Kuih Bakar Berlauk merupakan sejenis kuih yang popular di Malaysia. Kuih Bakar Berlauk menyerupai bentuk kuih cara berlauk tetapi berbeza ramuannya. Ia diperbuat dari tepung gandum dan dimasak bersama inti daging. Kuih Bakar Berlauk digelar sedemikian kerana ia mempunyai lauk/inti dan dimasak dengan dibakar dalam oven. Kuih Bakar Berlauk banyak dibuat, dan ada dijual harian secara meluas dan tidak perlu ditempah lebih awal. Kuih Bakar Berlauk kurang dikenali.tetapi banyak terdapat di Melaka terutama di waktu bulan puasa.
Mi Bandung
Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor. Mee Bandung adalah masakan gandingan mi dan telur di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia lazimnya dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah. Mi Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah-anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada berkaitan langsung.
Tempat Makan di Melaka
Jadi apa yang kita tunggu lagi, mari kita terjah seberapa banyak kedai makan yang ada di negeri Melaka ini. Jom kita saksikan senarai tersebut dibawah ini.
- Mee Besen Original Melaka
- Roti Canai Kayu Arang
- Coconut Shake Merlimau Melaka
- Cendol Seri Serkam Melaka
Macam mana, menarik bukan? InsyaAllah jika anda mempunyai sebarang cadangan bolehlah hubungi kami dengan meninggalkan komen dibahagian bawah setiap post. Jika berkesempatan kita akan review tempat-tempat yang dicadangkan itu atau setidak-tidaknya membuat research dan berkongsi hasil carian kami nanti. InsyaAllah.