

Terdapat begitu banyak tempat makan di Kuala Lumpur yang boleh dianggap semuanya ada disini! Ya, pusat bandar dan ibu negara Malaysia ini sebenarnya sudah menjadi tempat majmuk. Bukan sahaja masyarakat majmuk, tetapi kepelbagaian makanan juga dapat dilihat di ibu kota ini.
Dari masakan istimewa negeri di Malaysia seperti Pahang, Kelantan, Sarawak dan sebagainya hinggalah kepada masakan barat seperti chicken chop, lamb grill dan sebagainya. Semuanya boleh didapati dengan mudah di sini.
Oleh sebab itu, jika bertandang ke Kuala Lumpur maka jangan lupa untuk ambil kesempatan ini untuk merasai sendiri masakan-masakan yang belum anda rasai di tempat anda.
Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Kuala Lumpur?
Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik.
Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini.
Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
Jika anda bertandan ke Kuala Lumpur, sebenarnya banyak makanan yang patut anda cuba. Kebanyakkannya pula ada hasil campuran dari pelbagai negeri dan negara. Kenapa? Sudah tentu kerana Kuala Lumpur adalah satu tempat pertembungan budaya kerana ianya menjadi tumpuan pelbagai kaum dari seluruh pelosok dunia.
Oleh sebab itu, soal makanan insyaAllah langsung tidak menjadi satu kesukaran atau masalah yang boleh dijadikan isu besar.
Tempat Makan di Kuala Lumpur
Tak kira restoran besar atau kecil, hotel 5 bintang atau 1 bintang, kedai atas bukit mahupun kedai tepi jalan, jika kena pada tempatnya maka sajian yang sedap menanti anda. Jom kita terjah tempat-tempat makan yang boleh kita cuba di Kuala Lumpur ini.
Baiklah, itu adalah senarai perkongsian oleh pihak admin. Jika ada tempat yang anda rasa wajib masuk didalam senarai ini maka hubungilah kami dan berikan kami details pada bahagian komen. Terima kasih.