

Terdapat banyak tempat makan di Kelantan yang belum diterokai oleh orang ramai. Negeri yang terkenal dengan makanan istimewa mereka iaitu Nasi Kerabu dan budu (sos ikan bilis) ini sebenarnya mendapat sentuhan kolaborasi dan pengaruh dari negeri seberang iaitu Thailand.
Sebab itu, masakan disini sangat pelbagai terutamanya daerah-daerah yang bersempadan dengan Thailand seperti Tumpat. Kalau datang ke Kelantan memang rugi kalau tak makan nasi kerabu, tom yam pok tek, nasi kromok, dan banyak lagi.
Apa yang penting, anda jangan terkejut bila tiba masa nak bayar dan harga yang anda perlu bayar adalah sangat murah. Ya, jangan terkejut. Terutamanya jika anda makan pagi walaupun nasi yang banyak, lauk pauk yang penuh pinggan tetapi harganya sangat murah!
Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Kelantan?
Kelantan sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan yang unik dan sedap. Hal ini telah menjadikan Kelantan cukup sinonim dengan makanan tradisi yang pastinya akan memikat selera masyarakat dari dalam mahupun luar Kelantan. Makanan-makanan yang terdapat di Kelantan pastinya memiliki rasa yang berbeza dan kalaupun ada dijual di negeri lain, pasti rasanya tidak akan sama dengan keasliannya yang terdapat di Kelantan. Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, antara makanan yang cukup popular yang berasal dari Kelantan yang mungkin tiada atau tidak diketahui oleh negeri lain ialah Nasi Kerabu, Nasi Manis, Nasi Tumpang, Kuih Butir Nangka, Pulut Panggang, Kuih Akok, Ayam Percik Kuah Putih, Sira Labu dan Kerabu Sarea.
Nasi Kerabu
Nasi Kerabu yang berasal dari Kelantan dikatakan unik kerana nasinya yang berwarna biru dan kadangkalanya boleh didapati juga dalam warna kuning. Pun begitu, Nasi Kerabu berwarna biru adalah lebih popular. Nasi Kerabu ini dimakan bersama ulam dan sambal ikan yang dicampur bersama kerisik kelapa. Bersama Nasi Kerabu ini juga, anda boleh memilih laut kesukaan anda seperti ayam, ikan mahupun daging. Kebiasaanya, masyarakat Kelantan lebih gemar memakan Nasi Kerabu ini bersama keropok kering dan solok lada. Nasi Kerabu ini juga boleh didapati di mana-mana negeri lain.
Nasi Manis
Selain Nasi Kerabu, Nasi Manis juga merupakan salah satu makanan tradisi Kelantan yang cukup digemari oleh masyarakatnya. Kebiasaanya, Nasi Manis ini akan dimakan sebagai pencuci mulut tanpa adanya sebarang lauk. Masyarakat Kelantan seringkala menyediakan Nasi Manis ini di acara-acara perkahwinan sebagai manisan. Nasi Manis atau dikenali juga sebagai pulut pagi ini mudah didapati di kedai-kedai yang menjual sarapan pagi.
Nasi Tumpang
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Nasi Tumpang. Nasi Tumpang ini dahulunya merupakan makanan asas petani di Kelantan sebagai bekal ke tempat kerja mereka dan makanan ini merupakan antara salah satu makanan yang unik di sana. Nasi Tumpang ini biasanya dibungkus dalam daun pisang dan berbentuk kon. Nasi Tumpang ini biasanya nasi dengan lapisan berbeza yang mana setiap lapisan nasi putih akan diselang seli dengan lauk yang berbeza. Biasanya, lauk yang dibungkus bersama Nasi Tumpang ini ialah serunding ikan, dagang atau udang, ikan masak kari, sambal cili dan timun.
Kuih Butir Nangka
Kuih Butir Nangka merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan malah turut terdapat di Terengganu. Kuih Butir Nangka ini biasanya mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit manis. Ianya diperbuat seperti pengat dan dimakan bersama kuah. Kuih ini biasanya akan didapati dalam warna hijau yang menggunakan perahan air daun pandan. Namun begitu, Kuih Butir nangka kini, boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiznya adalah bulat kecil sperti biji nangka. Disebabkan itulah, kuih ini diberi nama Kuih Butir Nangka.
Pulut Panggang
Pulut panggang mudah didapati di mana-mana warung di Kelantan kerana ianya cukup sinonim dengan sarapan pagi masyarakat Pantai Timur ini. Selain di Kelatan, Pulut panggang ini juga turut terkenal di Terengganu dan dikenali sebagai Pulut Leppe. Yang membezakannya mungkin pada pulut tersebut yang mana di Kelantan Pulut panggangnya berwarna merah keperangan dan rasanya juga lebih manis. Mankala, Pulut Leppe di Terengganu, warnanya seakan-akan kelabu.
Kuih Akok
Pada bulan Ramadhan, Kuih Akok sangat popular dan banyak dijual di bazar-bazar Ramadhan terutamanya di Kelantan dan juga Terengganu. Kuih Akok ini biasanya didapati dalam dua warna iaitu warna keperangan dan hijau yang terhasil daripada pengaruh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan. Kuih Akok ini dikatakan berasal dari Pattani dan dibawa masuk ke Kelantan lantaran ianya merupakan negeri yang terletak berhampiran dengan Kelantan.
Ayam Percik
Ayam Percik di Kelantan merupakan ayam percik lain daripada yang lain. Jika, di Malaysia kuah ayam percik didapati dalam warna sedikit oren. Namun, di Kelantan Ayam Percik yang paling popular adalah Ayam Pecik berkuah putih dan jarang didapati di negeri lain. Rasa ayam percik kuah putih ini juga lain kerana rasanya lebih berlemak dan sedap. Ayam Percik Kuah Putih ini merupakan salah satu makanan yang popular di Kelantan.
Kerabu Sarea
Makanan tradisi Kelantan yang lainnya ialah Kerabu Sarea. Kerabu Sarea ini juga popular terutamanya ketika bulan Ramadhan. Kerabu sarea ini biasanya diperbuat daripada rumpai laut yang sedap di makan bersama nasi putih. Bersama Kerabu Sarea ini, dilengkapi dengan sambal tumis dan isi ikan. Untuk mendapatkan rasa kerabu yang sedap, Kerabu Sarea ini perlu dimasak dan memerlukan banyak bahan-bahan yang lain. Kerabu Sarea ini mungkin tidak ada di negeri lain kecuali di Kelantan dan Terengganu yang mungkin sudah biasa dengan makanan ini.
Makanan-makanan yang disebutkan tadi semuanya berasal dari pantai timur terutamanya di Kelantan. Ianya cukup sinonim dengan negeri Kelantan yang kaya dengan makanan yang unik, menarik serta sedap. Bagi anda yang berpeluang berkunjung ke Kelantan, boleh mencuba makanan-makanan tradisi yang terdapat di Kelantan yang pastinya akan memuaskan hati anda.
Tempat Makan di Kelantan
Oh ya, sebelum kita terjah satu-satu sila tanam dalam kepala anda yang masakan di Kelantan ini biasanya manis-manis. Jangan terkejut jika anda ambil lauk ayam pedas tetapi rasanya manis. Tetapi cubalah rasa sendiri. Konsepnya, masakan disini memang terasa manis dan yang masam memang akan terasa masam. Selamat mencuba!
Tempat Makan di Pasir Puteh
Tempat Makan di Kota Bharu
- Yati Ayam Percik
- Teh Tarik Madu Pak Mat
- Allvission Koffee
- Nasi Kak Wok Original
- Restoran Laksam By T Laksam
- Lido Corner
- Maggie Telur Sotong Kak Zah
- Restoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu
- Warung Badik-badik Tempat Makan Terkenal di Kota Bahru
Tempat Makan di Pasir Mas
Tempat Makan di Tumpat
Tempat Makan di Bachok
Tempat Makan di Tanah Merah
Tempat Makan di Kuala Krai
Tempat Makan di Machang
Tempat Makan di Gua Musang
Tempat Makan di Jeli
Macam mana, banyak bukan tempat makan yang sedap di Kelantan ini. Jika anda mempunyai sebarang info atau ingin kami bertandang ke tempat anda, boleh hubungi kami atau tinggalkan komen anda di bawah. InsyaAllah.