

Terdapat banyak tempat makan di Johor yang berbaloi untuk kita singgah. Oleh sebab itu, Johor boleh dianggap seperti syurga makanan di Malaysia. Kenapa tidak, dari makanan masakan melayu, cina, india semuanya ada. Selain itu, kalau setakat nak masakan barat, pelbagai masakan yang ada.
Kepelbagaian masakan di Johor yang sangat mudah diperoleh in menjadikan Johor satu tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara yang cintakan masakan yang sedap.
Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Johor?
Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.
Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:
1. Laksa Johor
Laksa Johor amat unik kerana menggunakan spaghetti sebagai bahan laksanya dan di makan bersama kuah yang penuh dengan rempah ratus. Lazimnya kuah laksa Johor agak pekat, ia berasaskan isi ikan yang di masak bersama rempah ratus terpilih. Menggunakan santan pekat yang bermutu, kerisik kelapa dan juga ramuan-ramuan dan herba terpilih.
Resepi asal laksa Johor menggunakan ikan parang. Ikan yang cukup mahal harganya ini di pilih kerana di katakan mempunyai isi yang halus dan cukup enak sekali, ia juga bagi menjaga kualiti keenakan kuah laksa Johor. Selain ia di hidangkan bersama Spaghetti, ia juga turut di sertakan bersama, sambal belacan, ulam-ulaman seperti daun kesum, daun selasih, bunga kantan, kacang panjang, taugeh, timun yang di hiris halus, bawang mentah dan lobak asin.
2. Mi bandung
Mee bandung pada asal usulnya hanya sejenis hidangan gandingan antara mi dan telur selain ramuan lain seperti campuran cili, bawang tumisan serta udang kering. Tetapi telah ditambah baik dengan campuran bahan-bahan lain seperti udang segar, hirisan ayam mahupun hirisan daging agar rasanya lebih enak di makan. Ada juga memakannya bersama-sama dengan cili jeruk agar rasanya lebih masam dan pedas sedikit.
Hiasan sampingan seperti daun sup dan bawang goreng ditabur halus dipermukaan mi bandung, menaikkan lagi selera si pemakan. Mi Bandung Muar antara hidangan yang paling dikenali di serata Malaysia dan telah manjadi ikon buat Bandar Diraja Johor.
3. Mi rebus
Mee rebus Hj Wahid memang cukup popular di bandar Johor Bahru. Kalau nak merasa anda boleh singah di medan selera Plaza Angsana. Ia juga mempunyai cawangan disatu lagi kedainya yang diuruskan oleh anaknya, terletak di Taman Rinting berdekatan Mydin. Uniknya mi rebus ini kerana kepekatan kuahnya itu sendiri,keenakan mi rebus ini juga terletak pada tepung goreng yang ditabur di atas hidangan. Ia jugadigandingkan dengan kerangupan bawang goreng, cili hidup, telur rebus serta tauhu goreng. Tak cukup sepinggan dibuatnya kalau anda sudah mencubanya buat kali pertama.
4. Arisa
Masakan ini juga dikenali sebagai masakan Arab Peranakan dan sangat popular di Johor. Namun tak semua orang di Johor yang mengenali jenis masakan ini dan hanya popular di Johor Bahru. Ianya biasa dihidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit. Arisa dimasak dengan menggunakan daging kambing, lembu dan ayam yang dicampur dengan oats.
5. Sate
Makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini, boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor. Uniknya sate Johor ini, sebelum ia dibakar dengan mengunakan arang, ia akan diperam semalaman agar rempah sate itu sebati dengan isi sate itu.
6. Telur pindang
Amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun. Antara daun-daun yang digunakan ialah daun jambu batu, daun pokok senduduk, daun serai, daun lengkuas, daun pandan serta daun salam. Telur ini juga akan direbus sekali bersama ketumbar, jintan manis dan jintan putih selama 3 hari. Hasilnya telur itu lebih enak dan tahan lama.
7. Roti Kirai/Roti Jala
Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala. Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan) menjadi sos yang dimakan bersama.
8. Burasak
Sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.
9. Nasi Ambeng
Ambeng merupakan makanan tradisional penduduk tempatan di Johor dan ianya popular dikalangan masyarakat Jawa yang tinggal di pantai Barat Semenanjung Malaysia. Nasi Ambeng juga berasal daripada Pulau Jawa yang terletak di Indonesia dan hari ini terbukti sebahagian daripada penduduk Pulau Jawa masih menikmati hidangan Nasi Ambeng ini.
10. Nasi Briyani Gam
Kalau berkunjung ke Batu Pahat Johor anda semua mesti mencuba hidangan Nasi Beriyani Gam.Nasi Beriyani Gam juga dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam atau Dum. Nasi Beriyani dimasak dengan ketulan daging yang diperap semalaman bersama beras.Apabila Nasi ini siap nasi ini akan berbau rempah,dan rasa lemak manis yang dihasilkan oleh daging tersebut. Sejarah kemasukan resepi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi,rakyat Johor memperharui resepi ini ke selera Melayu dan terjadilah Nasi Beriyani Gam ini.
Tempat Makan di Johor
Kali ini admin tempatmenarik.my ingin membuat 1 senarai lengkap lokasi-lokasi yang wajib anda pergi mengikut daerah di Johor. Jom kita terjah lokasi berikut mengikut daerah.
Tempat Makan di Johor Bharu
Tempat Makan di Batu Pahat
- Nasi Lemak Cik Chom
- Restoran Kari Kambing 40 Hari
- Restoran Asam Pedas Ikan Air Tawar Empangan Mahkota
Tempat Makan di Kluang
- Restoran Nasi Daun Pisang NSM Tempat Makan Sedap Di Johor
- Jamal Satay Kampung Melayu Tempat Makan di Simpang Renggam
Tempat Makan di Kulai
Tempat Makan di Muar
Tempat Makan di Kota Tinggi
Tempat Makan di Segamat
Tempat Makan di Pontian
Tempat Makan di Tangkak
Tempat Makan di Mersing
Baiklah kalau anda ada tempat menarik yang nak kami review, sila hubungi kami melalui borang online ini.