Telaga Harbour Langkawi Tempat Tarikan Pelancong

Telaga Harbour MarinaAssalamualaikum. Sekiranya anda ingin melihat kapal-kapal mewah berlabuh datanglah ke Telaga Habour. Telaga Habour merupakan salah satu  tempat menarik Langkawi
dan perlu dikungjungi.

Ia asalnya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan suram, kemudian LADA (Langkawi Development Authority) menaikkan tarafnya menjadi sebuah pelabuhan kapal layar. Selain itu, kawasan disekitarnya dijenamakan semula dengan nama Perdana Quay yang menempatkan restoran-restoran dan apartment mewah menjadikan tempat ini kelihatan mewah dan eksklusif.

Antara tempat makan menarik yang boleh anda kunjungi ialah kedai roti eksklusif The Loaf milik mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad. Kedai roti ini menggunakan cara pembuatan tradisional roti Jepun disamping sajian Asia dan Eropah lainnya.

Anda boleh jadikan Telaga Habour sebagai persinggahan untuk santai minum petang sambil melihat kapal-kapal berlabuh yang pasti menjanjikan pemandangan yang eksklusif. Anda juga boleh abadikan kenangan dengan mengambil gambar dengan kapal yang berlabuh. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada anda sebagai panduan.

TELAGA HARBOUR MENJANJIKAN PEMANDANGAN YANG EKSKLUSIF

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat :  Lot 1 Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-959 2208 
  • Facebook : Telaga Harbour Marina
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Telaga Harbour

Aktiviti Sesuai

Disini adalah tempat persinggahan untuk anda meliat kapal-kapal berlabuh. Disini juga sesuai untuk santai minum dan makan petang dengan suasana yang eksklusif.

Disini terdapat butik, restoran, bar, spa, hotel dan anda boleh melihat pelbagai jenis reka bentuk kapal layar mewah yang berlabuh di marina. Pada waktu malam ketika lampu telah dinyalakan, Telaga Harbour Park kelihatan cantik dan hebat.

Abadikan kenangan anda dengan mengambil gambar pemandangan yang eksklusif di Telaga Harbour.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Telaga Harbour

Jom Lihat Review Pengunjung di Telaga Harbour

Nice place to relax and stroll. Few restaurant that is good for dining too. Paul Ong.

Highly recommended if you want to have a cup of tea or coffee n watch the sunset. Taha Razvi.

A great place for pictures. shehzad khalid.

Beautiful view. Danny John Kurian.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.azmeglobal.com, www.azmeglobal.com www.n-sabrinaa.com dan www.jomjalan.com.my kerana memberi maklumat dan gambar berguna kepada admin. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu dalam membuat ulasan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Telaga Harbour, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Telaga Harbour.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleTaman Agro Teknologi MARDI Tempat Menarik di Langkawi
Next articleGunung Raya Langkawi Menjanjikan Pemandangan Indah
telaga-harbour-langkawi-tempat-tarikan-pelancongSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!