

Assalamualaikum. Jika berkungjung ke Kota Bharu wajib singgah di Warung Pak Mat yang merupakan salah satu tempat makan menarik di Kelantan. Warung Pak Mat Teh Tarik Madu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung di Kelantan. Ia terletak di kampung Kedai Buloh yang berdekatan dengan Medan Ikan Bakar Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Teh Tarik Pak Mat menjadi tarikan kerana berbeza daripada teh tarik di warung lain. Ia menggunakan tepung susu yang dicampur sedikit madu yang menghasilkan buih. Campuran teh ais dan madu lebah asli dengan buih yang melimpah keluar daripada gelas memberikan rasa yang sangat enak. Tambahan pula, rasanya yang kaya dengan kemanisan tersendiri menjadikan rasa teh tarik madu lain daripada yang lain. Kebanyakan pelanggan pasti akan memesan lebih daripada segelas kerana keunikan rasanya.
Selain itu, di warung ini juga mempunyai resipi turun temurun yang menjadi perhatian orang ramai iaitu sup kepala ikan. Keunikan sup kepala ikan di warung Pak Mat ialah isi ikan dan dagingnya yang lembut, ditambah pula dengan sup yang mengandungi campuran perencah rahsia keluarga amat. Sup yang sedap ini lebih menyelerakan jika dimakan bersama nasi putih. Beliau mewarisi resipi unik ini daripada arwah ibunya, Nik Zainab Nik Mud.
Teh tarik madu dan sup kepala ikan ini telah berjaya menarik ramai pelancong dari dalam dan luar. Antara pemimpin dan selebriti popular yang pernah berkunjung ke sini ialah mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, keluarga kerabat diraja Kelantan, Lisa Surihani, Yusry KRU, Fizo Omar dan isteri, Mawar dan pemain The Red Warriors (TRW).Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menikmati teh tarik madu dan sup kepala ikan di Warung Pak Mat dan warung ini telah dikongsikan di Peta Tempat Menarik ini.
NIKMATI TEH TARIK MADU DAN SUP KEPALA IKAN YANG POWER DI WARUNG PAK MAT, KELANTAN
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Nombor Telefon :Â +60 13-919 8131Â
- Waktu Operasi :Â 7:30 a.m – 4:00 p.m
- Facebook : Warung Pak Mat
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Warung Pak Mat
Makanan Popular
- Teh Tarik Madu
- Sup Kepala Ikan
Harga dan Kos Terlibat
Teh Tarik Madu : RM 3:00
Sup Kepala Ikan : Mengikut saiz ikan
Jom Lihat Menu di Warung Pak Mat
Jom Lihat Review Pengunjung di Warung Pak Mat
Sup best, lauk pauk simple tapi ngam, the best is teh tarik madu beng. Aniss Rahman.
Makanan yang simple tapi sedap. Memang akan datang ke sini setiap kali ke KB. Rosshapawi Idris.
Berbaloi makan sup kepala ikan walaupun harga meletops kababom. Teh Tarik Madu Beng pun terbaik. Irwan Anuar.
Staff tetap tersenyum mesra walaupun stress melayan pelanggan. Teh ais madu terbaik. Sup ikan terbaik. Nuurul Radhiah.
Teh madu sedap sgt. Tak jumpa lagi kat tempat lain. Siti Angah Rahmat.Â
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, datang dan rasa sendiri keunikan teh tarik dan sup ikan di Warung Pak Mat. Terima kasih kepada ekspresi15.blogspot kerana telah memberi maklumat mengenai warung ini dan banyak maklumat yang telah diperolehi.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Warung Pak Mat, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Warung Pak Mat.