Tasik Kenyir Jadi Tempat Menarik di Terengganu dengan Pelbagai Aktiviti Air yang Hebat

Tasik Kenyir Jadi Tempat Menarik di Terengganu dengan Pelbagai Aktiviti Air yang Hebat

Assalamualaikum dan apa khabar semua pembaca setia website kami. Kalau anda pergi ke Terengganu mesti banyak tempat yang menyeronokkan untuk anda pergi bukan? Jadi kali ini admin ingin kongsikan tempat menarik di Terengganu iaitu sebuah tempat yang dikenali sebagai Tasik Kenyir!

Sekejap, kalau bercakap tentang Tasik Kenyir, pasti anda hanya terfikirkan rumah bot dan aktiviti memancing atau berkhemah sahaja bukan? Maka anda sebenarnya silap kerana anda banyak lagi perkara menarik yang ada disini. Tetapi sebelum pergi jauh, admin nak tanya adakah anda semua tahu bahawa Tasik Kenyir ini ialah sebuah tasik buatan manusia dan bukannya tasik semula jadi?

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 260 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil. Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988. Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya ialah petani.

Baiklah rasanya sudah banyak kita bercakap tentang pengenalan Tasik Kenyir ini, maka nanti kami akan kongsikan lebih details mengenai apa aktiviti menarik yang boleh kita buat di Tasik Kenyir. Untuk pengetahuan semua, lokasi Tasik Kenyir ini telah kami masukkan juga dalam destinasi tempat bercuti menarik di Malaysia di dalam Peta Tempat Menarik ini.

Pelbagai Aktiviti dan Tempat Menarik di Tasik Kenyir Terengganu 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kenyir Hulu Terengganu, 21700 Kuala Berang, Terengganu
  • Nombor Telefon :  011-1293 3468
  • Waktu Operasi : Setiap masa
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Tasik Kenyir

10 Aktiviti Menarik di Tasik Kenyir Wajib Anda Cuba

Terdapat begitu banyak tempat menarik dan aktiviti best yang anda boleh lakukan di Tasik Kenyir ini sebenarnya. Mari admin kongsikan 10 aktiviti menarik disini jika anda berkunjung kemari.

Aktiviti #1 : Mandi Manda di 14 Air Terjun di Tasik Kenyir

Tasik Kenyir bukan sekadar ada tasik tapi ada 14 air terjun! 5 air terjun yang paling popular di antara 14 itu ialah Air Terjun Lasir, Air Terjun Tembat, Air Terjun Saok, Air Terjun Sungai Buweh, dan Jeram Lata Terap.

Menurut sumber yang kami perolehi, Air Terjun Lasir mempunyai air terjun setinggi 500 kaki atau 150 meter serta bertingkat-tingkat. Selain air terjun tertinggi ini, Air Terjun Lasir juga merupakan antara yang tercantik dan sesuai pula untuk mandi-manda. Tarikan Air Terjun Lasir ditambah dengan Menara tinjau dan jambatan gantung.

Untuk ke tempat air terjun, anda hanya perlu ke Pengkalan Gawi dan menyewa bot dari situ kecuali Air Terjun Sungai Buweh di mana pengunjung boleh pergi dengan kereta.

Aktiviti #2 : Berkayak di Sekitar Tasik Kenyir

Sebenarnya kebanyakkan aktiviti ini datang dengan 1 pakej lengkap. Jika anda datang kesini banyak perkara yang anda boleh lakukan. Maksudnya selain mandi manda anda juga boleh berkayak, memancing dan pelbagai lagi aktiviti. Harga yang perlu dibayar sangatlah murah iaitu kira-kira RM5-RM10 mengikut jenis kayak. Dengan harga semurah itu, pengunjung dapat berkayak selama mana yang mereka mahu.

Kalau pengalaman admin sendiri, admin pernah berkayak mengelilingi pulau Poh (kalau tak silap) dengan berkayak pada waktu tengah hari. Nampak macam panas, tetapi sebenarnya tidak terasa sangat kerana kita terlalu seronok dengan sejuknya air dan pengalaman berkayak di air dalam. Jadi jangan tinggalkan Tasik Kenyir tanpa berkayak kerana pengalaman berkayak ini sangat hebat terutama jika berkayak bersama-sama dengan keluarga!

Aktiviti #3 : Berkhemah di Sekitar Tasik Kenyir

Pengalaman tidur di dalam khemah di tepi sungai, tidur di dalam hutan tebal bersama-sama binatang-binatang berkeliaran dan bunyi unggas memang hebat. Malah jika lokasi yang dipilih adalah dikawasan yang strategik, anda mungkin boleh menangkap ikan sendiri, bakar ikan sendiri dan makan sendiri.

Pengalaman seperti ini pastinya akan ada peminat yang tersendiri bukan? Jadi kalau anda salah seorang yang suka aktiviti seperti ini maka adalah satu pilihan wajib untuk anda pergi berkhemah di Tapak Perkhemahan Gunung Lawit, Pengkalan Gai, Pulau Poh, Tanjung Bewah, Saok, Lasir dan Pulau Petang. Ya, banyak pilihan dengan pengalaman yang berbeza-beza.

Aktiviti #4 : Jungle Treking dan Mendaki Gunung Gagau

Perkara pertama yang anda perlu lalkukan ialan anda perlu dapatkan kebenaran dari pihak berkuasa Taman Negara dahulu. Kemudian dapatkan jurupandu khas dari pihak mereka. Kalau 2 perkara ini sudah lulus, maka pastinya aktiviti ini menjadi aktiviti sangat menarik untuk anda. Nampak seperti menyusahkan tetapi percayalah 2 langkah ini sangat penting bagi menjamin keselamatan anda dan rakan-rakan. Jadi, ikut sahaja syarat yang diberikan insyaAllah selamat.

Kalau anda suka mendaki, maka Gunung Gagau dengan tinggi lebih kurang 4,514 kaki dari paras laut sangat sesuai untuk anda. Selain mempunyai pelbagai pokok-pokok yang mungkin jarang ditemui tetapi ianya juga mempunyai pelbagai lagi haiwan hebat yang jarang kita temui seperti tapir. Lokasi Gunung Gagau ini ialah di sebelah Taman Negara, Pahang.

Aktiviti #5 : Berjalan Memasuki Gua Bewah & Gua Taat

Kedua-dua jenis gua ini anda boleh masuki tetapi perlulah dengan ilmu dan peralatan serta persediaan yang betul kerana ianya agak mencabar. Ok ini beberapa penerangan ringkas untuk kedua-dua jenis gua, pastikan anda baca dengan teliti supaya anda faham apa situasi yang bakal anda hadapi ya.

a) Gua Bewah

Sebenarnya ada banyak kelawar di Gua Bewah jadi anda boleh memakai penutup hidup sebagai persediaan memasuki Gua Bewah. Berjalan memasuki Gua Bewah sidikit mudah kerana adanya anak-anak tangga dan pengcahayaan dari lampu solar.

Seperti biasa, anda mungkin akan dapat melihat haiwan lain di dalamnya seperti ular putih. Ini gua bersejarah di mana para pengkaji arkeologi menemui barangan purba lalu menunjukkan adanya penempatan di sini suatu ketika dulu.

b) Gua Taat

Gua Taat pula berkedudukan 50% sehingga 70% di bawah paras air. Bila paras air naik, gua ini pun tenggelam. Jadi, pastikan anda mendapat maklumat di Pusat Penerangan Pelancongan atau di Pengkalan Gawi sebelum berkunjung ke gua ini.

Gua ini lebih mencabar daripada Gua Bewah. Ia lebih gelap dengan kedudukan tanah tidak sekata. Tapi di dalamnya anda akan menemui pelbagai jenis stalaktit dan akan menangkap bunyi air mengalir.

Aktiviti #6 : Memancing Pelbagai Jenis Ikan di Lubuk-lubuk Ikan di Tasik Kenyir

Secara umumnya pasti tahu Tasik Kenyir merupakan 1 tempat yang hebat untuk anda penggemar aktiviti memancing. Jadi disini bukan sahaja anda boleh memancing di tepi tasik, bukan sekadar boleh pergi mandi manda, tetapi anda boleh menyewa rumah bot dan memancing terus di atas rumah bot itu.

Kalau itu belum cukup menggembirakan anda, sebenarnya ada banyak lubuk-lubuk ikan air tawar yang mungkin sangat ramai belum ketahui. Ya, hanya segelintir sahaja yang tahu tentang lokasi-lokasi lubuk ikan di Tasik Kenyir ini. Jangan tak percaya kalau admin cakap lubuk-lubuk ikan ini memang hebat sampai lenguh tangan anda untuk menaikkan ikan yang sangat besar dan banyak. Nak tahu lokasi lubuk ini? Jadi jangan tunjuk ego anda disini tetapi banyakkan bermanis muka dan berkenalan dengan petugas-petugas atau orang dikawasan sekitar kerana mereka memang sangat baik. Kalau ada rezeki anda, mesti ada diantara mereka yang boleh bawa anda ke lokasi lubuk ikan ini!

Aktiviti #7 : Memerhati Burung yang Cantik

Tasik Kenyir bukan sahaja syurga kaki pancing untuk mendapatkan ikan air tawar. Ia juga menjadi lokasi untuk peminat burung memerhati burung. Kira-kira 290 spesis burung ditemui di Tasik Kenyir dengan 9 spesis enggang yang sebelum ini hanya ditemui di Sarawak.

Ini menambah satu lagi tarikan kepada pelancong terutamanya yang datang dari luar negara. Dikhabarkan bahawa Pulau Terengganu Mati dipilih menjadi lokasi Taman Burung Kenyir. Jadi kalau anda peminat burung, maka segeralah ke sini dan nikmati pemandangan pelbagai jenis burung disini.

Aktiviti #8 : Bermain dengan Ikan di Santuari Kelah di Sungai Petang

Cerita mengenainya sudah banyak terpampang di dada akhbar. Justeru, jika tidak singgah ke sini mungkin tidak lengkap percutian ke Tasik Kenyir. Lebih 5000 ikan kelah ada di kawasan ini. Ikan-ikan ini sangat jinak dan tidak takut untuk mengerumuni anda.

Tapi, hanya 100 orang yang dibenarkan masuk setiap hari di mana 80 orang terdiri daripada pelancong dari rumah bot. Manakala selebihnya pula yang memohon dari Kenyir Travel. Mereka menutup santuari ini dari bulan November sehingga Februari untuk tujuan pemuliharaan dan akibat musim tengkujuh.

Aktiviti #9 : Berjalan di Sekitar Taman Herba di Pulau Sah Kecil

Untuk aktiviti ke-9 ini, kami ingin mengajak anda untuk melawat di taman Herba. 15 minit perjalan dari Pengkalan Gawi akan membawa anda ke Taman Herba yang terletak di Pulau Sah Kecil. Dengan keluasan 15000 hektar, anda akan melihat sebanyak 26000 pokok herba!

Aktiviti #10 : Bermain Air di Tasik Kenyir Water Park

Tarikh keramat iaitu 31 Mei 2015 telah dibukanya Taman Tema Air Tasik Kenyir yang sekarang sudah menjadi 1 tarikh utama di sini. Jika anda datang ke Tasik Kenyir tetapi tidak datang bermain air disini maka pasti tidak lengkap percutian anda itu.

Untuk pengetahuan semua, pembinaan Tasik Kenyir Water Park ini menelan kos yang sangat besar dan dibini secara berperingkat. Pada binaan fasa pertama, banyak kemudahan permainan air dibina khas untuk kanak-kanak. Bagi fasa kedua pembinaan taman tema air ini pula ialah lebih meluas kepada permainan atau aktiviti orang dewasa serta pelbagai kemudahan lain serta kemudahan penginapan.

Mari kita lihat lebih details mengenai Taman Tema Air Tasik Kenyir ini.

  • Lokasi : Pulau Poh, Tasik Kenyir Hulu Terengganu.
  • Cara akses : Menaiki bot di Pengkalan Gawi

Harga tiket untuk ke Taman Tema Air Tasik Kenyir ini sebenarnya sangat murah jika dibandingkan dengan taman tema lain seperti Sunway Lagoon, A Famosa Water World, Fantasia Aqua, Bayou Lagoon dan banyak lagi. Mari kita lihat harga tiket di sini.

  • Dewasa: RM 25 seorang 
  • Kanak-kanak: RM 15 seorang 
  • Warga emas: RM 15 seorang

Mengikut sumber, terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini. Apa yang penting, kos pengangkutan iaitu kos bot adalah sudah disekalikan dengan harga tiket memasuki taman tema. Ini bermakna anda sudah jimat banyak  dan bukan itu sahaja pengalaman menyelusuri tasik menaiki bot pastinya menjadi satu pengalaman yang hebat untuk anda dan keluarga.

 

 

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tasik Kenyir

Tasik kenyir water park tasik kenyir santuacry tasik kenyir santuacry tasik kenyir sungai lasir tasik kenyir rumah bot

Jom Lihat Review Pengunjung di Tasik Kenyir

Terbaik! Harga tiket berpatutan termasuk harga makanan tak macam theme park biasa yang harganya berganda-ganda. Dak Zai

Sedap pergi kesini mandi. Sesiapa tidak pergi sini memang rugi. Mustaqim Aziz

Mempunyai hotel bajet berpatutan. Saya suka sukan air di sana. Air terjun ini adalah sangat cantik. Muiz Iz

Kemudahan ini adalah baik tetapi saya berharap taman boleh menambah lebih banyak taman permainan air 🙂. Nuranis Zainudin

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, pihak tempatmenarik.my telah banyak mendapatkan sumber google maps sebagai rujukan dan review.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tasik Kenyir, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tasik Kenyir.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Lokasi
Harga
Previous articlePanorama Shah Alam Yang Memukau Dan Patut Awak Semua Singgah
Next articlePemandangan Cantik Yang Unik Dan Patut Awak Semua Pergi
tasik-kenyir-tempat-menarik-di-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!