Tasik Dayang Bunting Tempat Menarik di Pulau Langkawi

Tasik Dayang Bunting Langkawi

Assalamualaikum. Apabila anda berkungjung di Pulau Langkawi pasti hanya membeli belah menjadi keutamaan. Sebenarnya di Pulau Langkawi banyak tempat menarik yang boleh dikungjungi terutamanya tempat-tempat bersejarah. Tasik Dayang Bunting merupakan salah satu tempat yang perlu dikungjungi apabila sampai di Pulau Langkawi. Keunikkan tasik ini dan mitosnya tersendiri pasti akan mengujakan anda.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Tasik ini merupakan tasik air tawar yang luas melebihi keluasan 3 padang bola sepak. Tasik ini sungguh unik dan sangat cantik jika dipandang dari udara. Kedudukannya hampir dengan laut namun masih mengekalkan air tawar kerana bukit batu yang membentuk dinding memisahkan keduanya. Disebabkan tasik ini dikelilingi bukit pengunjung perlu mendaki bukit yang agak tinggi. Namun tangga dan laluan pejalan kaki selesa dibina hingga ke destinasi. Sebaik menruni tangga, terdapat kawasan aktiviti air yang dibina di atas tasik. Disini juga terdapat kedai cenderahati yang menjual berbagai barangan untuk kenang-kenangan.

Untuk mengetahui sendiri keunikkan dan kecantikan tasik ini, anda perlu datang sendiri ke tasik ini. Tasik ini pasti akan memberi anda ketenangan dan perasaan yang pelik akan timbul kerana keunikkannya. Datang ke Langkawi wajib singgah di Tasik Dayang Bunting. Admin ada kongsikan Peta Tempat Menarik untuk panduan pembaca. Kongsikan peta ini kepada semua agar bermanfaat.

TASIK DAYANG BUNTING UNIK DAN PELIK DI PULAU LANGKAWI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 04-959 3099
  • Facebook : Tasik Dayang Bunting
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Tasik Dayang Bunting Langkawi

Tarikan dan Keunikkan

  1. Hutan Semulajadi

Tasik ini telah diwartakan sebagai hutan simpan. Jadi tiada pembangunan akan dilakukan. Hutan yang terdapat disini dari jenis hutan bukit pantai. Berbagai jenis pokok yang berusia ratusan tahun masih kekal. Pengunjung dapat meliat pelbagai spesis binatang yang tinggal disini.

2. Batu-batu menarik

Dalam perjalanan menuju ke tasik ini, pengunjung akan mendaki bukit dimana terdapat batu-batu besar yang menarik boleh dilihat ditepi laluan pejalan kaki. Batu-batu ini sangat unik dan terasil akibat fenomena alam sejak beribu tahun.

Aktiviti Menarik

Beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di tasik ini. Yang paling popular ialah aktiviti air seperti berkayak, mandi manda, berenang atau mengayh paddle boat di tasik terbentang luas.

  • Di tasik ini, anda boleh duduk bersantai di platform terapung. Boleh juga merendam kaki untuk digigit ikan-ikan yang ada di sini.
  • Kalau anda boleh berenang, boleh mandi-manda. Tapi gunakan jaket keselamatan.
  • Nak romantik berdua? Naik bot kayu bersolar atau sewa kayak untuk melihat kawasan sekitar tasik.

Harga dan Kos Terlibat

Tasik ini 20 km dari bandar Kuah. Jadi anda perlu naik bot dengan pakej Island Hopping yang bermula dari RM35 ke atas.

Harga Tiket

Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM3

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tasik Dayang Bunting Langkawi

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Tasik Dayang Bunting Langkawi

Tempat yangg baik untk briadah.Tmpt plncongan yg menarik. Jebon Hitam.

Tempat pelancongn yang cantik dam menarik. Rosmaliana Saad.

It’s a place where one can spend whole day. Amazing beauty. Anand Kumar.

It was very incredible Trip. The lake is very nice and clean, the water there is different, sweet and very clear. When you see a sweet lake surrounding salty area at the middle of fantastic island, you are lucky enough. Marwan Ahmed Shibli Ayasrh .

The feeling when i swimming at dayang bunting lake is different its so exciting. Sawalia Lee Z.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada percutian budget.com kerana berkongsi maklumat dan gambar di Tasik Dayang Bunting Langkawi. Banyak maklumat yang telah diperolehi dan dijadikan bahan untuk perkongsian kepada sema pembaca. Terima kasih juga kepada langkawipages.com kerana berkongsi gambar.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Tasik Dayang Bunting Langkawi , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Tasik Dayang Bunting Langkawi.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleHafiz Rojak Makanan Wajib Dicuba Di Langkawi
Next articleMuzium Seni 3D Tarikan Pelancong di Pulau Langkawi
tasik-dayang-bunting-tempat-menarik-di-pulau-langkawiSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!